Twenty two

2 1 0
                                    



Raykal diam membisu memandang wajah bengis Hani . Terkumat kamit mulut Hani dengan wajah berkerut kerut.

"Engkau dah kenapa nak berzikir pulak ni" tegur Raykal . Mata digulingkan keatas.

Pandangan tajam Hani baralih pada Raykal di kerusi bertentangan dengannya, serentak itu dia merengus geram. Diceritakan semuanya pada Raykal.

"What? Lelaki tak cukup sifat dia panggil aku? Aku ni top ten lelaki paling sempurna kat dunia kot" bebel Raykal setelah mendengar cerita panjang Hani.

"Ergh meremang bulu ketiak" seloroh Hani selamba.

Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Adib yang tiba tiba menarik kerusi sebelah Hani lalu melabuhkan duduk tanpa salam.

"Walaikumsalam" serentak Hani dan Raykal dengan nada berbaur sindiran.

"Hahahah gilaa...Assalammualaikum" adib tertawa kecil lalu barulah dia memberi salam.

"Kenapa kauorang berdua ni?Stress nampak" soal Adib tenang setelah perasan akan air muka Raykal dan Hani.

"Nothing" Raykal menghela keluhan kesal. Meja cafe dijentik entah mengapa jentik meja juga yang dia pilih bagi melepaskan marah. Geram barangkali.

"Lepasni korang nak pergi mana?" Soal Adib lagi sengaja mahu cari topik perbualan.

"Tak kemana" balas Hani pendek. Hatinya yang tadi membara api kemarahan kini sudah beransur pulih. Mana tidak nya lelaki idaman tarik kerusi duduk sebelah!

"Kalau macam tu kita keluar nak Hani?"soal Adib lembut bersama sebaris senyuman. Matanya setiap menatap wajah Hani sementara menanti kata putus dari Hani.

"Aih Hani je? Aku?" Celah Raykal. Sebelah alisnya diangkat. Wajah cemberut dipasang

"Kau nak ikut er?" Tanya Adib dengan wajah menjengkelkan. Haih kacau daun betul Raykal ni.

Hani dan Raykak saling berpandangan. Telefon pintar yang sedari tadi ditangan laju saja dihidupkan . Aplikasi WhatsApp dibuka, chat Raykal dituju.

Hani ;
Woi engkau kata nak tolong aku dapat kan adib! Yang kau asyik menyibuk ikut kitaorang kemana mana dah kenapa?

Ting!

Terdengar akan bunyi nyaring notification,Raykal laju mencapai telefon pintarnya

Dia angkat wajah memandang Hani dengan pandangan menyampah setelah membaca mesej dari Hani.

Raykal ;
Apa salahnya? Huh? Kau tu dalam misi rampas kekasih orang, kalau sefia datang serang kau macam mana? Aku lah tukang back up nanti!

Ting!

Kini giliran Hani pula mengangkat wajah memandang Raykal sebelum pandangannya kembali pada telefon pintar ditangan, laju jari jemarinya menari di atas permukaan telefon pintar.

Hani ;
Woi aku belajar taekwondo kot dari tadika sampai form five ! Setakat sefia tu jentik je dah tumbang!

Ting!

Hani;
Alaa please kalini je kasi aku peluang keluar dengan adib! Kau ni kacau daun lah

Ting!

Buat kesekian kalinya Raykal menggulingkan mata ke atas sebelum jarinya kembali menaip

Raykal ;
Fine.

Ting!

Putus Raykal. Malas benar dia mahu berbalah dengan Hani. Smartphone disimpan semula kedalam poket seluar. Ada benarnya juga kata Hani , dia perlu buat Adib jatuh hati pada Hani tapi dia pula sibuk mengikut kemana saja Hani pergi.

i wont let you goWhere stories live. Discover now