Twenty three

6 2 0
                                    

Raykal dan Sefia berjalan beriringan menuju ke luar shopping complex untuk mengambil udara. Permandangan disini dihiasi dengan budak budak remaja yang sedang ber'ootd' , pelbagai pose mereka lakukan hanya demi feed instagram.

Raykal dan Sefia melabuhkan duduk disebuah bangku panjang. Raykal masih diam tanpa kata manakala Sefia pula sedaya upaya menahan esakkanya, air matanya juga masih mengalir.

"Er ermhem" Raykal berdehem bagi memecahkan tembok kejanggalan antara mereka berdua.

Raykal menyeluk poket seluarnya .Sehelai sapu tangan berwarna biru laut yang terlipat elok di hulur kan pada Sefia . Semakin hairan Sefia dibuatnya.

"Kau kenapa sebenarnya hah?" Soal Sefia bersama pandangan menjengkelkan. Sisa air mata di kesat kasar.

Pelik rasanya Raykal mahu buat baik. Lelaki ini sepatutnya pupus sebab kerja dia nak hancurkan hubungan Lara dengan Aidan aje! Tiba tiba datang buat baik , ohgosh hantu apa yang dah rasuk kau ni RAYKALL!!!

Raykal guling kan mata ke atas. sapu tangan diletakkan ke atas telapak tangan Sefia lalu Raykal berpaling memandang ke arah lain.

"Buat jahat salah buat baik salah." Gumam Raykal perlahan.

"I can hear you." Sambung Sefia. keduanya terkebil kebil melontarkan pandangan ke arah lain bagi mengelak pertrmbungan mata.

"Aku dah kata dah ikut plan aku. Tengok sekarang siapa yang merana. Dari awal aku dah kata aku akan pastikan kau buat comeback." Ujar Raykal tenang. Sedar tak sedar rancangannya sudah menapak satu langkah ke hadapan.

"I told you right, aku tahu kelemahan kau" sambung Raykal lagi. Perasan Sefia memandangnya Raykal ikut rentak Sefia duduk menghadap antara satu sama lain.

Wajah Sefia yang tadi berkerut dengan pandangan tajam memandang Raykal kini berubah jadi sayu. Tubir matanya kembali berlinangan air mata

"Raykal..please! Aku merayu , tolonggg jangan buat kitaorang macam ni. Find your own happiness! Please! Im begging you please stop doing all of this!" Rayu Sefia bernada separuh membentak.

Jadi sekarang dia faham, kehadiran Raykal ketika ini bukan sesuatu yang baik. Ahh sungguh dia lupa akan kata kata lelaki itu tempoh hari.

Lelaki itu tahu dimana kelemahankuterletak . Jadi semua yang berlaku adalah kerana Raykal! jerit hati batin Sefia.

"Chs, sekarang kau dah nampak dan mula faham kan cara permainan?"ujar Raykal tenang. Saat ini air muka tenang Raykal lah yang membuat Sefia semakin bimbang.

Jika lelaki itu telah mencipta satu permainan. Kami lah yang perlu sedar demi kemenangan berada dipihak kami

Tapi bagaimana harus aku terang kan pada Hani dan Adib? Jika mereka saling jatuh cinta, itu kunci yang bakal menjatuh kan aku, Aidan , Lara dan termasuk lah juga mereka berdua kelak

Tidak! semuanya boleh dihalang jika aku tidak berbuat apa apa demi merebut cinta Adib dari Hani. Jika aku berbuat begitu , kesemuanya akan mengakhiri permainan ini dengan happy ending kecuali aku dan Raykal.

Namun begitu, mampukah aku berbuat demikian? Mampukah aku melepaskan Adib ke tangan Hani hanya untuk kebahagiaan mereka . Bagai mana pula dengan Kebahagiaan aku.

Jika aku merebut kebahagiaan ku sekaligus aku telah bertarung demi kebahagiaan Raykal juga.

"Raykallll!" Bentak Sefia. Air matanya mula gugur lebat buat kesekian kalinya.

"I'm sorry Sefia. Dalam game ni , semuaorang berhak merebut kebahagiaan sendiri. Pilihan terletak pada tangan mereka yang sedar sama ada mahu merebut atau melepaskan." Sambung Raykal lagi.

i wont let you goWhere stories live. Discover now