Seven

18 7 0
                                    

Lara tihani POV

Dua bulanberlalu , guess what ? hidup aku makin serabut ngehhh . boss aidan ni aku tak tahu lah kena rasuk hantu ke kena sawan babi tiba tiba ajak aku kahwin .

"lara tihani" tegur Boss Aidan dengan nada sedikit tinggi dan itu benar benar buat aku tersedar dari lamunan .

"awak fikirrr apaaa sayanggg"soal boss Aidan selamba.

aku ? aku seperti biasa tayang wajah jijik mendengar kata kata manis yang keluar dari mulut boss .

"hei cepat lah boss nak apa datang rumah saya hujan hujan ni ?" soal aku acuh tak acuh

"saja datang tengok bakal isteri." buat ke berapa kali entah malaun jatuh dari langit ni keluar kan kata kata buaya nya . ergh aku dah lali dengan ayat ayat crocodile.

"malehh betul aku nak layan dia ni" bicara aku sendiri perlahan . Boss aidan pula hanya tayang wajah gembira dengan senyuman tak lekang dibibirnya . sah ajal dah nak sampai diani .

"hah gatal sangat nak datang kan , duduk la kat luar ni hujan hujan . bye !" ucap aku selamba sebelum menapak masuk semula kedalam rumah . sorry la readers semuaa , aku memang akan hormat dia masa dekat cafe jeee

"ey lara tihanii . tak baikk tau buat bakal suami macam niii"

"kalau saya sakit macam manaaa ?"

"laraaa tihaniii , saya tunggu awakkk kat siniii"

"lagi jual mahal lagiii saya sukaaa"

berkali kali boss melaung memanggil namaku tetapi sengaja aku buat pekak dan terus menapak masuk ke dalam rumah .

***

sedang aku menahan tawa dari terhambur dek kerana menonton siaran tv comedy tiba tiba aku terdengar suara yang sangat aku kenal menjerit .

"aahhh"

terus terpelanting sudu aiskrim di tangan aku dek kerana terlalu terkejut mendengar suara Lana . aku malas malas bangun dari duduk dan menapak ke arah pintu utama .

"woi kak ! kau biar je bakal suami kau ni tidur kat luar rumah hujan hujan ni ?!" marah Lana

tak aku sangka Boss aidan masih di hadapan rumah sejak dari tadi siap tidurr pulak tuh ! aish dia ni memang sengajaaa nak buat aku kena bebel dengan lana .

"kau tengok apa lagi ?! tolong lah aku !" marah lana lagi . dia tampak kelam kabut dengan masih beruniform sekolah , beg sekolah nya lagi , payung lagi .

aku malas malas melangkah mendekati mereka berdua yang sudah basah kuyup dibasahi air hujan yang turun lebat .

***

Aku buat muka tak bersalah duduk di sofa ruang tamu tingkat bawah .

"apa nak jadi kau ni kak ? makin lama makin takda hati perut . ingat sikit dia tu boss kau , kalau dia datang rumah dia jadi tetamu dan the last one dia tu bakal suami kau! boleh pulakkk kau biar dia sadai dekat depan rumah tu hujan hujan" bebel lana tak puas hati .

haaaaasyiummm!

buat kali kedua sudu aiskrim aku terpelanting dek kerana terkejut . kali ini disebab kan Boss bersin pulaaa .

wah dah tukar bajuuu dah mamat ni , nasib baik lah ada baju tshirt abah ,kalau tak kau pakaiii lah baju kelawa ibu ke baju lana ke baju jiran ke , jangan harap dapat pakai baju aku .

"ha kau tengok dia dah sakit ." sambung lana lagi

"ek eleh kau ni gelabah kuda laut sangat dah kenapa ? kau jela jadi bini dia ey." balas aku juga turut tak puas hati bila lana tak habis habis nak menyebelahi Aidan .

"dah dah tak payah nak bergaduh la lanaa , abang Dan balik dulu ."potong Boss aidan sambil sebelah tangan nya melambai kami dan sebelah lagi masih sibuk menenyeh hidung nya .

*.*.*

"terima kasihhh datang lagiii..." ucap aku ramah kepada seorang pelanggan yang baru saja membuat bayaran .

tiga hari Boss aidan tak masuk kerja , dia ambil cuti sakit selama lima hari disebab kan demam panas . hah padan lah muka gatal sangat nak tunjuk hero konon duduk bawah hujan nak mintak simpati aku ke apa .

"Ahhh sudahhh dia datang lagii" rungut Hadee serentak menghela keluhan berat . Aku angkat wajah , hm selain Boss Aidan , raykal ni pun telan dua papan panadol agaknya tiba tiba gila sangat kat aku .

"Sayanggg im back" ucap raykal lembut dengan senyuman penuh maknanya . Segeli geli ucapan sayang yang keluar dari mulut boss aidan, geli lagi yang keluar dari mulut raykal . Lelaki yanh pernah buang aku dulu kini datang dan tergila kan aku tanpa aku sendiri tahu sebabnya .

"Nak apa?" Soal aku kasar saja bunyinya

"Blah la raykal , kau ni hari hari nak buat kecoh kat sini" celah adam dengan jelingan

Raykal pandang adam atas bawah atas bawah sebelum dia kembali memandang aku

"Jom keluar kejap lara . I ada benda nak cakap dengan you" ajak raykal tetapi pantas dibalas gelengan dan wajah menyampah aku

"Please" rayunya lagi

"Taknak" balas aku sepatah

Tanpa diduga terus raykal menarik lengan aku untuk ikut bersamanya . Tetapi adam dan hadi lebih pantas bertindak melerai kan genggaman raykal pada lengan tanganku

"Kau blah sekarang raykal . Lara cakap dia taknak kan . Kau tak faham bahasa ke ?" Bentak Hadee kasar sebelum dia tiba tiba tergelak kecil dan menyambung lagi bicaranya

"Lupa pulak kau kann binatang , mana faham bahasa" sambung Hadee sinis saja bunyinya

"Kau apahal ?! Ni hal aku dengan lara , kau tak payah semak!" Marah raykal . Kini kami berempat sudah jadi perhatian semua diorang di dalam cafe termasuk hani .

"Dulu kau buang dia , sekarang kau nak kutip dia balik ? Pegi mampus kau ." Celah adam pula , jelas ketiga tiga lelaki di hadapan aku ini sudah mula memerah wajah mereka menahan panas dihati .

"Adam..hadee... takpa aku taknak buat kecoh."celah aku cuba menenangkan keadaan dek kerana tak mahu cafe kecoh pula dengan acara bertumbuk mereka bertiga

"See , dia suruh kauorang berdua ketepi dan beri laluan dia nak ikut akuu" sengaja raykal bersuara ibarat mencurah minyak kedalam api

To be continue

i wont let you goWhere stories live. Discover now