Twenty four

3 0 0
                                    

Lana merengus geram. Jenuh dia mengetuk pintu namun langsung tiada sahutan dari dalam. Ditolak perlahan daun pintu bilik kakaknya lalu menapak ke arah katil .

Lana menarik nafas lega. Ish dia ni kalau dah berangan , bom meletup tepi telinga pun tak dengar. Omel Lana sendiri , sakit hatinya melihat figura Lara yang sedang terbaring di atas katil.

Matanya terbuka luas sesekali berkelip seolah memikir kan sesuatu.

"Lara Tihani!!" Jerkah Lana kuat. Bagai ditampar realiti, Lara bingkas bangun dari posisi baring. Rasa nak terkeluar jantung nya tiba tiba saja suara nyaring Lana menyentak dirinya dari lamunan

"Kau kenapa hah ? Tak reti ketuk pintu ke sebelum masuk" bebel Lara geram lalu digulingkan mata ke atas.

Sepasang mata milik Lana merenung tajam wajah cemberut Lara.

"Aku dah ketuk pintu tu pakai kaki, tangan, bontot, dahi ha apa lagi kau nak? Engkau tu yang pekak!" Bidas Lana dengan jelingan.

Lara mula mengukir senyuman hambar.

"Hm kau nak apa ni?"

"Aidan suruh tengok kau. Dia call tak angkat, mesej tak reply . Ingat kan dah mati katak kat dalam bilik." Jelas Lana dengan nada berbaur sindiran.

Baru tiga hari suami kau pergi uruskan syarikat bapak dia dekat luar negeri dah tak terurus macam ni lepastu ada hati nak cakap kau langsung tak cintakan Aidan.

Ingin saja Lana mengeluarkan semua bebelan dari dalam hatinya.

Lara mula tersengih sengih kerang busuk! "Dah nampak aku hidup kan ? Pegi keluar" halau Lara .

"Aku pun tak hingin nak duduk bilik kau ni , macam tong sampah! Bangun kemas bilik la Lara Tihani!" Hambur Lana. Sempat dia mengkritik bilik sepah Lara ini serentak membuka langkah pergi.

Suara nya semakin lama semakin tenggelam menanda kan jaraknya semakin jauh dengan Lara.

Tetttt... tetttt....tettt

Telefon pintar Lara mula bergetar , nama Aidan terpapar di skrin, laju jari jemari Lara menakan icon hijau.

"Hello?" Sapa Lara sebaik saja talian disambungkan. sedaya upaya dia menahan rasa bahagiannya agar tidak kelihatan teruja mendapat panggilan dari Aidan.

"Hei! Jawab pun , awak pergi mana? Saya risau tahu? Lain kali nak buat apa apa pun inform la , tak pun bila saya chat reply . Ni tak diamm je, ingatkan dah arwah dah. Ha lepast-" belum sempat Aidan menghabiskan bebelannya Lara sudah memintas laju

"awak nak marah jugak ke? Tadi lana dah marah.."soal Lara bernada pasrah.

Kedengaran Aidan menghela keluhan berat ditalian sebelah sana sebelum ton suaranya bertukar lembut.

"Haih.. awak dah makan sayang?" Soal Aidan lembut . Sepasang mata milik Lara sudah terbuntang luas . Ah ! Suka benar suaminya bermain dengan panggilan itu. Cair tahu!

"Laraaa..." mendengar tiada sahutan Aidan kembali membuka suara memanggil nama lara dengan sebutan yang meleret panjang.

"H-ha. Hah? Apa tadi ?" Soal Lara menggelabah setelah berpijak di dunia nyata kembali.

"I'm asking you dah makan ke belum"

"Oh belum , baru bangun tidur.."jujur Lara. Rasa ada kupu kupu beterbangan didalam perutnya.

Semuanya tiba tiba menjadi sunyi.. kedua duanya diam membisu tanpa kata.

"I'm sorry. Saya takda niat nak marah awak tadi , saya cuma risau." Ujar Aidan . Suara Aidan sekali lagi telah menyentak lamunan Lara .

i wont let you goWhere stories live. Discover now