Three

28 8 0
                                    

AIDAN ADRIAN POV

Hari ni aku terpaksa turun padang disebab kan tiada siapa nak jaga kaunter bayaran . Kepala aku kusut , luka dihati setelah mendengar pengakuan jujur Sefia masih berdarah ditambah pula kes video viral Lara bersikap kasar pada customer ibarat luka yang di curah garam auchh .

Aku serta merta tersedar dari lamunan bila seorang pelanggan datang untuk buat bayaran .

"Terima kasih" ucap si dia lelaki remaja berwajah  tampan juga berpenampilan kemas dan swag .

"Sama sama.. enjoy your food.." balas aku ramah dengan sebaris senyuman

"Em bro . Staff yang selalu jaga kaunter ni mana eh?"soal si dia tiba tiba

"Ouh dia dah tak kerja dekat sini lah." Beritahu aku jujur . Jelas terpapar riaksi kecewa diwajahnya sebelum dia sekali lagi berterima kasih dan berlalu pergi .

Jam menunjuk kan pukul 10:00 malam dan cafe sudah pun  ditutup . Aku menghela keluhan berat sebelum melabuh kan duduk di sebuah kerusi di bilik locker . Mereka yang lain juga turut berada disini sedang berbual .

"Semua salah eddy buaya tu"

"Tah dasar buaya tak guna"

Aku agak tertarik dengan perbualan mereka .

"Siapa eddy ?" Soal aku dengan kedua belah kening terangkat .

"Eddy si buaya yang mandi fresh orange semalam tulah . Dasar jebon taguna ." Balas Hani beremosi .

"Cuba cerita apa jadi sampai mandi air fresh orange mamat tu" sambung aku cuba nak faham kan apa yang jadi sebenarnya.

"Cerita dia macam ni boss , Kitaorang berempat ni sengaja sedia kan blind date untuk Lara memandangkan  dia dah lama single ..."

"Lepas tu tiba tiba semua nya hancur lebuh berkecai manjadi karbon dioksida i guess bila kantoi yang Eddy ni sebenarnya buaya darat berjaya Malaysia.." jelas Hadee panjang lebar disambung hani pula

"Lepastu boss , masa Lara tengah borak dengan Eddy , ada sorang perempuan datang serang depa kata Lara ni perampaih la apa la ...." belum sempat hani menghabis kan kata kata Adam sudah memotong laju .

"Lara ni pulak dia memang anti gila dengan buaya darat sebab dulu dia pernah kena game sampai dia mental breakdown teruk. Lara ni pun geram punya pasai dia pi terajang bontot si Eddy tu sampai la Eddy tersungkur ."

Aku tayang wajah terkejut setelah mendengar penjelasan mereka .

"Teruk sangat ke lara kena game sampai dia betul betul anti dengan buaya darat ni ." Soal aku dek kerana tertarik dengan cerita mereka

"Hm , dulu masa form five lara ni dia ada bercinta dengan sorang lelaki nama Raykal .  Dia sayang sangat dekat lelaki tu.. semakin hari semakin sayang lara dengan raykal . Tapi berbeza dengan raykal , dia semakin hari semakin bosan dengan lara . Dah banyak kali kantoi dengan kitaorang dan lara  yang raykal tu ada perempuan lain . Sampai suatu hari raykal dia betul betul nak tamat kan hubungan dia dengan lara ... memang lara time tu dah tak keluar bilik , makan tak apa tak hampir sebulan jugak la dia berkurung ."Terang Hadee pula jelas , panjang lebar oiii

"Lara tu dulu dia perempuan normal, tapi lepas kena game dia bertukar jadi lelaki yang terperangkap dalam tubuh wanita . Kasar nak mampuihh"sambung Hadee lagi disambut anggukan mereka yng lain

Kami berempat saling berpandangan sebelum akhirnya semua kembali mengemas barang untuk segera pulang ke rumah .

___________________________________________________

LANA TIHAIRA POV

Aku turun ke tingkat bawah setelah selesai menunai kan fardu isyak seorang di atas tadi . Kelihatan Lara sedang terbongkang di ruang tamu dan jelas kelihatan Lara seperti orang tak terurus saja rupanya .

"Eh kak kau ni dah macam zombie kau tahu tak ?" Tegur aku sambil menapak satu persatu anak tangga menuju ke ruang tamu tingkat bawah .

"Ahhh , kau tahu tak aku dapat chicken dinnerrrrr huwaaaa finally ." Balas Lara dengan suara serak tetapi riaksinya cukup memapar kan yang dia sedang gembira .

Aku tergelak kecil bila teringat video viral lara bertengkar dengan Eddy . Hari ini hari kelima lara jadi penganggur di rumah dan video viral nya dah cecah 188,790 views !

"Kak , semalam ibu call aku.." beritahu aku sambil tangan sibuk menekan remote menukar siaran tv .

"Ha ibu kata apa ? Ibu sihat ? Abah ?" Soal Lara malas malas , matanya tertutup rapat , hanya mulut yang mengeluar kan suara

"Ibu cakap bulan lepas tak dapat balik..." belum sempat aku menghabis kan kata kata lara sudah memotong laju

"Bulan lepass ? Memang la aku pun tahu ." Potong lara selamba

"Aish ! Dengar la dulu hanjing . Ibu cakap last month tak dapat balik kann , so next week ibu balikkkkkkkk" terang aku jelas dengan senyuman lebar .

"Kau Serious lah . Aduhh mampus akuuuu . Kenapa kau bagitahu aku lambat . Aku dah la sekarang ni dah macam zombie duduk rumah main pubg , stalk kau kat tiktok astu tak buat apa apa . Mampussss akuu kena bebel tujuh keturunan dengan ibuuuu dikkk ." Terus bangun terduduk lara

Aku tak membalas apa apa dengan bicara , hanya cuma dengan senyuman sinis buat Lara .

•.•.•.

TASNIM HANI POV

Aku dengan berat hati melangkah mendekati boss Aidan . Kelihatan dia sedang sibuk membetul kan hiasan dinding di tangga menuju ke tingkat atas .

Perasan akan kehadiran aku terus dia pusing tubuh kebelakang dengan kedua belah kening terangkat.

"Hani , why ?" Soal Boss Aidan .

Aduhh nak cakap macam mana ehh ni . Hampir dua minit aku diam membisu tak tahu nak mula dari mana .

"Hani awak ada apa apa nak cakap ke ?" Soal boss Aidan sekali lagi meminta kepastian .

Aku mengangguk perlahan sebelum membuka kata .

"Boss saya sebenarnya nak berhenti kerja..." belum sempat aku menghabis kan kata kata boss sudah memotong laju

"Kenapa ? Awak dah tak suka ke kerja dekat sini ? Ok bagitahu saya kenapa ? Apa sebab awak nak berhenti ? Gaji sikit ke ?" Bertubi tubi soalan dia lempar kan .

"Tak bukan macam tu . Saya cumaaa , tak boleh buat kerja kalau tak ada lara... Lara tu ibarat nyawa saya , sehari dia takda rasa macam dah sampai penghujung hayat pula ." Sengaja aku pancing boss dengan ayat minta simpati .

"Eh okay okay , macam ni. Saya akan pujuk Lara untuk kerja dekat sini balik . Jadi awak jangan berhenti kerja ok ? Please.." balas boss dengan nada rayuan .

Setelah selesai semuanya boss terus melangkah pergi . Aku diam diam menyimpan senyum , aigooo power juga aku berlakon sampai boss pun termakan umpan .

Heh aku terpaksa jadi hipokrit minta simpati buat muka pengemis minta dua puluh sen depan boss semata mata nak selamat kan Lara dari kena marah dengan ibu sebab menganggur . Ni kalau Lara tak sayang aku jugak memang aku santau tujuh keturunan dia .



To be continue
Sorry duhh chapter ni pendek . Vote untuk next chapter ! ❤️

i wont let you goWhere stories live. Discover now