Twenty

6 1 2
                                    

LARA TIHANI POV

Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah dengan Aidan aku masih duduk berteleku di atas sejadah . Terasa tenang duduk di posisi ini .

"Lara.." tegur Aidan . Lembut saja nadanya . Di hulurkan tangannya untuk bersalam , sementara aku pula sudah gugup tak tentu pasal .

Mana tidak nya . Sepanjang berberapa minggu kami bergelar suami isteri , ini kali pertama kami solat berjemaah . Selalunya aku akan mengelak dengan mengatakan bahawa aku sudah solat sendiri di dalam bilik , namun tidak hari ini . Setelah mendengar bebelan Lana tempoh hari ,aku rasa ada benarnya apa yang dikatakan Lana .

"Engkau tu isteri Aidan . Apa salahnya solat berjemaah , kau takut waktu nak bersalam lepas solat nanti ? Sampai bila kau nak macam ni Lara ? Walhal kau yang bersetuju dengan lamaran Aidan tapi kau pula yang masih jual mahal . Ingat Lara , syurga kau sekarang di bawah telapak kaki Aidan , kalau dia terasa dengan tingkah laku kau , berdosa kau Lara....

"Aku tengok dia layan kau baik aje , kau tu yang acah jual mahal !"bidas Lana yang berada nun jauh di meja makan .

Aku dengar akan kata kata Lana... cuma aku buat buat tak dengar . Ada benarnya apa yang dikatakan Lana , tak aku nafikan . Tetapi entah mengapa hati ini terus bergini .

"Sayang.." tegur Aidan sekali lagi bersama perkataan 'sayang' yang meleret panjang . Serta merta aku tersedar dari lamunan .

Lantasku menyambut huluran tangannya, lalu dilekapkan lama di bibirku sebelum semuanya kembali sepertia tadi.

Lama keadaan sunyi sehingga aku memecah tembok kesunyian antara kami berdua. "Aidan" kini giliran aku pula memanggil namanya .

"Ye saya , kenapa ? Awak lapar ke ? Nak burger , saya pegi beli eh" balasnya tenang . Aku cakap sepatah , berpatah bapatah dia jawab . Ish .

Aku menggeleng perlahan sebelum menghela keluhan berat .

Jelas terpapar riak hairan di wajah Aidan , namun dia masih tidak berbuat apa apa atau menanyakan sebarang soalan lagi .

Aku perbetulkan dudukku. Duduk bersila berhadapan dengan nya sebelum membuka bicara .

"Awak ada terasa ke dengan saya ?"

"Tak ada lah , kenapa pulak ni ? Awak kenapa ?" Balas Aidan hairan . Sebelah alisnya diangkat.

Buat kesekian kalinya aku menghela keluhan berat . Jantungku berdegup kencang. Ah ! Terasa sesak nafasku mahu berterus terang dengan Aidan bahawa aku sebenarnya rasa serba salah melayannya kasar padahal dia suamiku , syurgaku di bawah telapak kakinya .

Aku tersentak saat Aidan menarikku kedalam dakapannya dengan keadaan aku yang masih bertelekung .

"Saya tak pernah marah atau terasa pun dengan sikap awak sayang.. kan saya dah cakap , saya yang akan buat awak jatuh hati pada saya ." Bisik Aidan disebelah telingaku lembut .

Aku angkat wajah mencari sepasang mata milik Aidan , mata kami secara tak sengaja bertaut . Pandangan redupnya buat aku tenggelam dalam duniaku . Semakin erat dan kemas pelukkannya .

Krekkk

Bunyi pintu dikuak dari luar membuat kami serentak menoleh ke arah pintu . Wajah Lana tersembul di muka pintu dengan sengihan hambarnya .

"A-ahh sorry sorry kacau daun pulak . Continue lah aku turun ye"ujar Lana dengan tawa kecil dan senyuman mengusiknya .

Sebaik saja daun pintu tertutup rapat aku dan Aidan kembali berpandangan antara satu sama lain sebelum tawa kami pecah .

i wont let you goWhere stories live. Discover now