01 : PEMBUNUHAN

232 25 10
                                    

"Kyle!!"

Apabila namanya dipanggil dia menoleh ke belakang. Keningnya diangkat sebagai tanda tanya.

Seorang wanita mendekatinya lantas memberikan sebatang pen dan sekotak hadiah. Kyle yang melihat telatah gadis itu mulai hairan.

"Pen ni tolong sign dan hadiah ni untuk awak." Kata gadis itu tersipu-sipu.

Kyle sebagai seorang pelakon hanya tersenyum sahaja perkara ini amat biasa bagi dirinya apabila berjumpa dengan peminat.

Setiap kali berjumpa peminat dia mesti akan mengelak. Namun berkemungkinan pada hari ini dia telah pun memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dia sanggup melayan peminat.

Setelah selesai menandatangani pada poster gambarnya wanita itu langsung mengucapkan terima kasih. Kyle tidak membalas malah menganggukan kepalanya.

Wanita itu terhenti dan menoleh ke arah Kyle semula. Kyle hairan, dia mulai bertanya.

"Ada apa-apa lagi?"

"Takde, cuma nak cakap tahniah la sebab dapat anugerah tadi." Wanita itu tersenyum manis dan mula meninggalkan Kyle.

Setelah kelibat wanita itu hilang, dengan sekelip mata koridor itu mulai sunyi bagaikan tiada penghuni. Setahu Kyle, hotel ini adalah hotel yang paling ramai pengunjung.

Apa-apa jelah, asalkan dia dapat tidur dengan nyenyak malam ini. Dengan perlahan-lahan dia mula membuka kunci pintu biliknya.

876

Tertera nombor itu di hadapan pintu bilik itu. Pandangan Kyle dihalakan ke arah katil yang tersedia. Dia membuka lampu dan suis air-cond. Tanpa membuang masa dia mencapai tuala yang tersedia untuk membersihka badannya.

Tok! Tok!

Kyle menoleh ke arah pintu. Siapa pula yang datang. Dengan perasaan malas dia membuka pintu namun hairan tiada seorang yang berada di depannya.

"Hello? Siapa tu?" Soal Kyle memandang ke kiri dan kanan.

Dia melihat ke bawah ada sehelai kertas yang tertulis.

HAPPY DEAD DAY!!

Kyle meraut kening, tulisan yang tertulis mungkin digunakan oleh sesuatu yang bewarna merah tetapi takkanlah pekat sebegini.

Kyle mengambil kertas itu. Hanyir. Tiba-tiba tangannya terketar. Ini bukan pen ataupun cat. Ini darah!!

Kyle mula menutup pintu dan menguncinya. Dia bersandar pada pintu kayu itu nafasnya cuba diatur sebaik mungkin namun perasaan takut kembali semula.

Dia melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya sambil memegang sebilah parang. Pakaiannya hitam mukanya memakai topeng jason.

Kyle ingin melarikan diri namun mulutnya ditekup dari belakang. Lelaki itu berbisik kepadanya.

"Sleep forever."

BERSAMBUNG...

Case (✓)Where stories live. Discover now