08 : INGAT

82 15 1
                                    

Lee sekali lagi berdiri tegak bagaikan disumpah sesuatu. Seorang lelaki mendekatinya dan membisikan sesuatu di telinganya. Lee hanya mengikuti langkah lelaki ke sebuah bilik dan dia telahpun dipukau.

Klack!!

Setelah pintu bilik itu terkunci, hilang pukauannya terhadap dirinya. Pistol di tangannya menembak tombol pintu namun sebutir peluru langsung tidak keluar dari muncung pistol.

'Tak guna!!' Jeritnya dalam hati.

"To...tolong." Panggil satu suara asing dari bilik tersebut.

Lee memusingkam badannya ke arah punca suara tersebut namun matanya masih dikaburi keadaan yang gelap di bilik itu.

"Siapa tu?" Soal Lee dengan berani.

"Tolong saya!" Panggil suara itu lagi dengan nada tidak bermaya.

Dengan beraninya Lee menuju ke arah punca suara tersebut. Dia yakin itu adalah manusia dan sangakaannya tepat apabila dia terpijak sesuatu.

"Argh!!" Lelaki itu menjerit kesakitan.

Dengan perasaan bersalah Lee mulai meminta maaf kepada lelaki itu dan membawa lelaki itu ke tempat yang cerah.

"Kau siapa?" Soal Lee.

"Aku..Adam." Kata Adam tersangkut-sangkut.

"Kau pulak? Macam mana kau boleh sampai sini? Kau kena culik ke?" Soalan bertubi-tubi terbit dari mulut Adam.

Lee menerangkan kepada Adam bahawa dia ada seorang anggota polis dan dia menceritakan bahawa dia mengejar seorang penjenayah lalu masuk ke rumah ini.

"Heh! Kau memang sengaja cari maut Inspektor." Senyuman sinis terukir di mulut Adam dan dia merebahkan dirinya pada dinding.

Lee mulai tidak faham akan kata-kata lelaki tersebut. Adakah maut tersebut datang daripada Maya dan lelaki misteri itu.

"Apa maksud kau?" Soal Lee.

"Zal...dia yang bunuh semua orang. *Uhuk*" Lelaki itu menjawab pertanyaan Lee dengan lemah dan terbatuk-batuk.

"Siapa Zal?" Soal Lee semakin hairan.

"Nama pembunuh tu. Dia bekerja dengan Maya...*Uhuk*.." Jawab Adam kepalanya tersandar di dinding.

Matanya perlahan-lahan ingin ditutup. Oksigen di udara semakin sedikit untuk disedut masuk ke dalam peparu. Imaginasinya mulai terbayang-bayang perbuatan kejamnya terhadap seseorang.

"Lee, sampaikan pesanan ini pada Maya." Adam mula memegang bahu Lee.

Lee hanya memandang wajah Adam dengan harapan menanti jawapan dari mulut Adam. Namun Adam masih terbatuk-batuk semasa ingin berkata.

Chuupp!!!

"Ergh!!!" Adam menjerit kesakitan apabila perutnya seakan dirobek oleh sesuatu dari dalam.

Mata Lee terbeliak apabila melihat kejadian tersebut. Ini kali pertama dia menyaksikan kejadian menakutkan dan ngeri di hadapan matanya.

"Kau...kata pada Maya...Aku...minta...maaf..." Tak semena Adam menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

Keadaan perutnya menjadi lebih teruk akhirnya sesuatu telahpun terkeluar dari perut Adam. Ususnya terburai apabila benda asing itu keluar dari perut Adam.

Lee mendekatkan diri pada perut Adam. Kelihatan ada sehelai rambut keluar dari celahan usus Adam. Dengan beraninya dia menarik helaian rambut itu menjadi gumpalan.

Semakin lama semakin banyak dan akhirnya keluarlah sesuatu yang mengejutkan Lee. Sebuah anak patung yang dijumpainya pada pembunuhan Kyle.

 Sebuah anak patung yang dijumpainya pada pembunuhan Kyle

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tuan!! Tuan ok!?" Sebuah suara memanggil Lee.

Lee mengenali suara tersebut. Kepalanya ditoleh ke arah punca suara. Kelihatan Sarjan Jamal mendekatinya dan membantu Lee bangun.

"Mayat ni macam mana?" Soal Lee.

"Takpa tuan, pihak kita telahpun menangkap seorang lelaki dan wanita tu hilang secara ghaib." Terang Jamal yang semakin memeningkan kepala Lee.

Asalkan dia sudah pun keluar dari rumah ini dengan selamat.

BERSAMBUNG

*Wazzup guys!! Dah berapa lama aku tak on kat akaun ni sebab aku dah jadi pembaca untuk beberapa story. Btw, harap korang enjoy dan faham dengan part ni. So bye.

Case (✓)Where stories live. Discover now