09 : CERITA

75 13 6
                                    

Meja di bilik soal siasat itu dihempas kuat oleh Detektif Mirul. Lelaki misteri yang menganggu Lee telah ditahan dan disoal siasat. Sudah beberapa kali disoal namun dia tidak menjawab.

"Sila beri kerjasama." Kata Sarjan Kamal.

Koperal Fadli cuba menenangkan Detektif Mirul yang sudah hilang sabar. Lelaki misteri itu seakan tidak memberi kerjasama. Bibirnya tidak lepas dari senyuman.

Kreeekkk!!!

Pintu bilik itu dibuka Lee memasuki bilik itu dengan wajahnya yang seakan menahan marah. Kertas laporan di tangannya dihempaskan atas meja.

"Michael, dah lama kau buat kerja ni?" Soal Lee merenung mata Michael. Lelaki misteri itu tadi.

Michael tidak menjawab malah tersenyum seperti biasa. Lee menghela nafas sebentar. Telefonnya dikeluarkan gambar sekumpulan keluarga ditunjukkan ke arah Michael.

"Ini anak kau dan ini isteri kau. Sebelum aku apa-apakan mereka baik kau cakap." Ugut Lee.

Ketiga-tiga anggota polis melihat Lee dengan hairan. Sepatutnya seorang anggota polis seharusnya mengikut prosedur ketika soal siasat.

Belum sempat Mirul menahan Lee, Michael mula bersuara.

"Heh, ugutlah aku takkan bagitau." Jawab Michael badannya disandarkan ke kerusi.

Lee tersenyum sinis.

"Jordan Angelo, 17 tahun. Anak sulung kau. Mia Aurora 15 tahun anak kedua kau. Hana Cheng 32 tahun isteri kau." Kata Lee menyimpan telefonnya ke dalam poket.

Terbeliak mata Michael apabila mendengar kata-kata Lee. Mukanya mulai berpeluh, air liurnya ditelan.

"Sebelum aku bagitau pada anak isteri kau yang kau buat kerja ni..." Lee memberhentikam ayatnya dan mendekatakan mukanya pada Michael.

"Bagitau aku, berapa lama kau buat kerja ni." Kata Lee membuat gaya cool.

"Erm..." Michael teragak-agak untuk memberitahu. Kepalanya ditoleh kekiri dan kanan tanda memikirkan alasan.

"Takpa, aku bagitau." Lee mengeluarkan telefonnya.

"Ok-ok...setahun." Jawab Michael.

"Haa kan bagus kalau bagitau benda ni awal-awal. Sebab apa?" Soal Mirul pula.

"Sebenarnya, aku ni tukang kebun ja. Aku bekerja untuk Maya." Kata Michael menunduk.

"So, apa kena mengena dengan kes pembunuhan ni?" Soal Lee melipatkan tangannya di dada.

"Dia tawarkan aku untuk....." Michael memberhentikan ayatnya.

"Untuk apa?" Soal Mirul suaranya cuba dikawal dari ditinggikan.

"Sleep with her." Jawab Michael menunduk.

"Gajinya pun lumayan, dia paksa aku buat kerja ni." Kata Michael.

BERSAMBUNG....

maaf kalau bosan.

Case (✓)Where stories live. Discover now