19 : SEBENAR

60 6 0
                                    

1981. SMK ANDERSON, PERAK

"Kakak buat apa tu? Rajinya pengawas sekolah kita buat kerja." Soal seorang gadis sambil menyakatnya.

"Tengah buat kerja lah, kau tu bila nak buat?" Soal kakaknya pandangannya fokus pada buku.

"Alah, kat rumah nanti saya buat lah." Jawab adiknya.

"Mia!!" Jerit seorang lelaki. Secara tiba-tiba memasuki pusat sumber itu.

Gadis yang bernama Mia tadi memberhentikan kerjanya. Riak wajahnya menunjukkan kemarahan kerana dia diganggu ketika membuat kerja.

"Ada apa?" Tanya Mia tangannya dilipat di dada. Mukanya serius.

"Huh...huh...huh...Adam, dia kena buli!!" Kata lelaki itu tercungap-cungap nafasnya.

"Dia kat mana?" Soal Mia.

"Mereka ada kat belakang dewan."

Mia dan adiknya langsung bergegas keluar tanpa memikirkan apa-apa yang pelik. Sesampainya mereka berdua di sana, kelihatan tiada siapa berada di kawasan itu.

"Kakak, kenapa macam tak ada apa-apa yang berlaku? Mana Adam?" Soal gadis berambut twintail itu.

"HAHAHA!! Akhirnya, korang berdua datang juga." Muncul suara garau dari belakang mereka membuatkan kedua gadis tadi ketakutan.

"Kau nak apa Kyle!!?? "Marah Mia.

"Kau dah cemarkan nama aku haritu. Sanggup kau suruh aku cuci tandas depan ayah aku!!! Sekarang kau terima balasannya." Kata lelaki itu bagaikan penuh dendam.

Dengan beraninya Mia menampar kedua konco Kyle yang mendekati mereka berdua dan segera melarikan diri. Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk menyorok di dalam dewan.

"Kakak, saya takut." Kata seorang gadis kepada kakaknya. Mia hanya menenangkan sahaja adiknya yang ketakutan.

"Sabar ye Maya. Akak harap mereka tak datang sini." Kata gadis itu.

"Kat sini korang rupanya!!" Jerit Kyle.

Kedua kembar itu ingin segera melarikan diri namun gagal. Maya sempat ditarik manakala Mia telahpun ditumbuk.

"Kyle, kau buatlah apa yang kau nak. Aku dengan Haikal akan uruskan dia ni. Hahaha!!" Kata Ilham dicampur dengan gelak ketawa.

"JANGAN!!!"

Mereka berdua telahpun dirosakkan pada hari itu. Akhirnya dendam mereka terbalas apabila rancangan untuk membunuh ketiga-tiga pelakon itu telah berjaya.

Mia mengupah Micheal untuk membunuh ketiga pelakon tersebut namun Micheal enggan. Akhirnya dia menawarkan ganjaran yang susah untuk Micheal menolak akhirnya lelaki itu menerimanya.

(Rujuk Bab 9 : Cerita)

Maya pula menggunakan pelbagai cara mistik untuk memastikan penyiasatan Lee dan Mirul gagal. Namun Lee berani menghadapi gangguan Maya dengan mudah dan hampir berjaya menyelesaikan kes ini.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now