16 : GANGGU

59 9 5
                                    

Satu petikan lighter  langsung menyalakan rokok yang berada celah bibir Lee. Oleh kerana pelanggan di kedai mamak 24 jam itu telah pun kurang dia terus menyalakan rokok Dunhill itu.

"Rumah tu kat mana?" Soal Lee setelah lama menyepi.

"Rumah tu sebenarnya berada kat hujung bandar and keadaan rumah tu pun hampir runtuh." Jawab Mirul.

"Kejap. Sebelum tu kenapa kau berlegar-legar kat sana?" Tanya Lee.

"Aku dah bagitahu kat kau yang aku ronda-ronda kawasan bandar." Jawab Mirul.

****

"Eh Dr. Rizal, doktor tak balik lagi ke?" Soal seorang jururawat bernama Liya. Apabila bertemu dengan Rizal di tempat parking kereta.

"Saya nak balik la ni. Saja duduk sini sekejap nak ambik angin." Jawab Rizal sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"By the way, awak tak balik lagi ke?" Soal Rizal pula kepalanya melihat ke arah Liya.

"Saya nak pergi ke kereta alang-alang saya terserempak doktor saja saya tegur lah." Jawab Liya.

Dengan sinaran lampu oren yang menghiasi perkarangan parking kereta itu, menghadkan pemandangan Rizal terhadap wanita dihadapannya.

"Baiklah kalau begitu saya nak balik dulu." Kata Liya setelah beberapa saat tidak tahu berkata apa.

Rizal menganggukkan kepala sambil tersenyum. Langsung Liya bergegas ke arah kereta dan menghidupkan enjin dan meninggalkan Rizal seorang.

"Hihihihihi..."

Kedengaran hilaian tawa membuatkan bulu roma Rizal terpacak. Matanya memandang ke atas dan langsung masuk ke dalam kereta.

'Padan muka!! Itulah sebab kau lepak sorang-sorang!!' Marah Rizal kepada dirinya sendiri.

****

Mail segera keluar dari tandas setelah selesai mengajar kelas tuisyen malam. Hatinya sedikit lega apabila anak muridnya tidak bising di dalam kelas.

"Eh cikgu!!" Sapa Pak Aziz iaitu pengawal keselamatan di sekolah rendah tersebut.

"Eh Pak Aziz. Ada apa?" Soal Mail lalu mendekati pengawal keselamatan itu.

"Nih saya nak bagitau, cikgu jangan naik tingkat atas sebab tadi saya nampak 'sesuatu'". Bisik Pak Aziz mengingatkan Mail tentang apa yang dijumpainya.

Mail faham benar apa yang dikatakan oleh Pak Aziz tentang sesuatu itu. Dia menganggukkan kepalanya dan mengucapkan terima kasih pada Pak Aziz. Lalu mereka berdua langsung bergegas ke pondok pengawal di mana terletaknya motosikal milik Mail.

"Terima kasih lah Pak Aziz sebab ingatkan saya pasal..." Langsung kata-kata Mail terhenti.

"Kenapa?" Soal Pak Aziz.

"Telefon saya ada kat atas!!" Jawab Mail setelah menyedari kehilangan telefonnya.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now