02 : MULA

141 21 2
                                    

Kring!!!

Kesan jam loceng itu langsung mengejutkan Lee daripada tidurnya yang nyenyak. Dengan segala berat yang terkumpul di mata, badan dan hatinya dia terus menutup jam itu.

Perlahan-lahan dia membuka matanya meneliliti jam digital Casio itu.

6.00 a.m

Dengan segera dia berlari masuk ke dalam tandas menyiapkan dirinya. Waktu yang menunjukkan pukul 6 pagi itu amatlah sesuai baginya untuk berjogging.

Setelah menyiapkan diri, dia langsung pergi ke sebuah bilik. Pintu bilik diketuk beberapa kali namun bagaikan tiada siapa di dalam.

Setelah kesabarannya mulai hilang, dia mencari anak kunci dan akhirnya berjaya juga hasilnya membuka pintu yang dikunci tersebut.

Lee terus masuk ke bilik itu tanpa mempedulikan kebenaran dari tuan bilik. Yelah, tuan bilik itu langsung tidak memberi kerjasama dia pun redah jela.

Langkah Lee terhenti di hujung katil rakannya. Lee mendengus kasar apabila dia mengetahui jam digital Casio yang dibelinya sepasang hilang di meja rakannya Rizal.

"Ijal, aku tahu kau dah bangun." Kata Lee masih di hujung katil Rizal.

"So? Bukan masalah aku." Jawab Rizal spontan.

"Ouh, melawan eh?" Lee mula hilang sabar dan menarik selimut yang menutupi Ijal dan dengan pantas Lee mula memegang gayung yang berisi air.

"Aku bagi dua pilihan. Cara baik atau cara buruk?" Soal Lee tersenyum sinis.

Rizal yang masih tidur meniarap itu langsung tidak mempedulikan amaran Lee.

"Fine." Perlahan-lahan Lee mendekati kepala Rizal dan..

Splash!!!

"Woi!! Sejuk bodoh!!!" Jerit Rizal yang disimbahi air sejuk itu. Tak pasal-pasal mandi atas katil.

"Ha! Sekarang mandi! Aku tunggu kat bawah. 10 minit je aku bagi kau kena sharp!!" Lee mula serius dan meninggalkan bilik Rizal.

Dengan gelabahnya Rizal mengapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Lee mula pergi ke bilik terakhir di mana bilik housemate ketiganya Mail.

Belum sempat dia mengetuk pintu Mail keluar tidak menghiraukan Lee. Lee hanya tersenyum melihat rakannya itu.

****

"Buang tebiat ke bangun pepagi?" Soal Lee sedikit menyindir.

"Guess what! Aku malas nak rasa air sejuk pagi-pagi. So, start harini aku nak berubah." Jawab Mail.

"Ha, macam nilah."

"Woi!! Jomlah gerak!" Pekik Rizal dari tangga.

"Dah jom." Ajak Lee.

Disebabkan Rizal adalah anak yatim piatu, keluarga Mail dengan sukarela mengambil mereka berdua sebagai ahli keluarga mereka.

Walaupun dia hanyalah anak angkat namun hubungan keluarga mereka amatlah rapat seperti keluarga kandung. Mail juga melayani Rizal seperti adik angkatnya.

Begitu juga Lee, mereka bertemu semasa di bangku sekolah menengah. Akhirnya mereka bertiga menjadi kawan rapat setelah tamat pembelajaran SPM.

Mereka bertiga juga berjaya menyambung pelajaran namun rezeki masing-masing. Rizal telahpun menjadi doktor manakala Mail pula menjadi seorang guru. Lee hanya menjadi pegawai polis yang berpangkat Inspektor sahaja.

Kasut Nike dicapai dan dipakai. Kunci Volkswagen Golf GTI diambil terlebih dahulu. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu membelah jalan untuk menuju ke destinasi.

****

"Ya, saya Inspektor Lee." Jawab Lee dalam panggilan.

"Boleh kamu datang ke Hotel Daimond? Ada kes pembunuhan." Soal DSP Khairul.

"Saya akan datang secepat mungkin." Jawab Lee.

"Baiklah." Panggilan ditamatkan sejurus menerima kata-kata dari Lee.

"Ada apa?"  Soal Mail meminum air kosong dari botolnya.

"Panggilan tugas. Korang berdua naik teksi boleh?" Soal Lee.

"Takpa, tugas kau lagi penting." Celah Rizal seakan faham dengan situasi Lee. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menempah grab sahaja.

BERSAMBUNG

Maaf ye jun resouljune kalau part 1 aku sama macam prolouge kau 😅

Case (✓)Where stories live. Discover now