18 : DATANG

64 7 0
                                    

Bang! Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan ke arah Jason. Namun peluru itu langsung tidak menunjukkan kesan. Lelaki bertubuh besar itu semakin mendekati Lee.

Bukk!!

Tendangan tepat diberikan ke arah perut Lee. Jauh dia terpelanting akibat tendangan padu oleh lelaki tadi. Mirul yang baru sahaja masuk terkejut akan kejadian itu.

Belum sempat Mirul melepaskan tembakan dia diserang oleh objek terbang. Mirul menjerit kesakitan apabila mukanya dicakar oleh objek terbang itu.

'Arghh!! Sial!!' Marahnya.

Lelaki berbadan besar itu memandang ke arah Mirul yg terbaring menahan kesakitan. Dengan pantas dia melarikan diri menyerang ke arah Mirul.

Poww!!!

Tembakan tepat di kepala lelaki tadi meyebabkan dia hilang keseimbangan. Mirul mengambil peluang itu menendang perut Jason lalu pegangan parang di tangannya terlepas.

Lee mendekati lelaki yg sedang terbaring lemah itu dan mengambil peluang untuk membuka topeng Jason voorhees. Siapakah lelaki tersebut.

Srapp!!!

Malang baginya perutnya ditusuk oleh sebilah pisau. Dengan kekuatan yang ada, Mirul segera bangun dan menolong Lee yang  hampir jatuh.

"Korang takkan boleh keluar dari sini!!!" Jerit Maya suaranya menggegarkan rumah agam itu.

Langkah Mirul terhenti apabila jeritan Maya menutup segala pintu masuk menghalang mereka berdua keluar. Lee tidak mampu berbuat apa-apa kerana kehilangan darah yang banyak.

Pangg!!!

Mail sempat memukul Maya di kepalanya membuatkan wanita itu semakin berang dengan tingkah laku lelaki tersebut. Langsung dia terbang menuju ke arah Mail dan mencekiknya.

"Kau nak buat apa!?" Soal Mirul apabila melihat Lee mencapai pistol glock nya.

"Aku nak bunuh Maya." Jawab Lee dalam keadaan lemah.

"Kau dah gila ke? Takkan kau nak bunuh..." Kata-kata Mirul terhenti apabila melihat Mail dilempar dari jauh menghampiri Mirul dan Lee.

"Apa yang kau nak!!!??" Marah Lee.

"Aku nak bunuh korang semua." Jawab Maya berjalan mendekati mereka. Kulitnya yang putih pucat membuatkan dia bagaikan mayat hidup.

Langkahnya terhenti apabila seorang lelaki mendekati lelaki bertiga. Matanya terbuntang luas kerana terkejut akan kehadirannya.

"Kenapa kamu buat semua ni?" Soal lelaki itu.

"Aku...nak balas dendam atas perbuatan mereka." Jawab Maya.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now