06 : LELAKI MISTERI

97 15 7
                                    

Mirul ingin ketawa saat Lee mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Lee. Lee yang perasan akan tingkah laku Mirul hanya membiarkan sahaja.

"Kau percaya takpa. Aku tak kisah." Kata Lee menghembuskan asap rokok yang keluar dari mulutnya.

Balutan tembakau yang hampir mencapai ke kapas itu dilemparkan ke tanah dan dipijak. Suasana tiba-tiba menjadi senyap.

*Kring!!Kring!!*

Lee mengambil telefon yang terselit di poket seluarnya. Dia meneliti skrin telefon tersebut, tertera nama Tuan Khairul. Punat hijau ditekan telefon yang berada di tangan didekatkan pada telinganya.

"Saya dapat maklumat, pasukan forensik menjumpai mayat dalam rumah awak." Kata Khairul tanpa menunggu kata-kata dari Lee.

"Ya tuan."

"So, apa report yang awak dapat?"

"Belum lagi, tengah tunggu keputusan."

"Baiklah kalau begitu. Sekarang kamh berdua ada di mana?" Soal Khairul.

"Kami berada di hospital sekarang dan masih menunggu keputusan." Jawab Lee.

"Baiklah. Kalau ada apa-apa maklumat saya akan bagitahu awak." Khairul ingin menutup percakapan.

"Baik tuan." Jawab Lee dan langsung menutup panggilan.

Setelah beberapa saat Lee menamatkan percakapan mereka berdua hanya menunggu sahaja di tapak parking kereta.

"Tuan!" Panggil Sarjan Said.

"Ada apa?" Tanya Mirul.

"Mereka dah selesaikan hal bedah sisat dan tuan boleh tengok keputusan." Kata Sarjan Said.

Lee dan Mirul hanya pergi ke lif untuk naik ke atas. Lee mula mencelah memanggil Said.

"Erm..Said, ada ahli keluarga Kyle tak kat atas?" Soal Lee.

"Ada tuan, dia mengaku bahawa dia abang dan kakak kepada Kyle. Tapi kami ragu-ragu nak percaya dengan kata-kata dia." Jawab Said.

Lee tidak berkata apa malah menganggukkan kepalanya sahaja. Setelah pintu lif terbuka seorang doktor memanggil mereka.

"Kamu anggota polis ?" Soal seorang doktor. 

Bengap ke apa? Dah terang-terang ada seorang pakai baju uniform polis. Takkan tak kenal? Mirul memarahi doktor tersebut dalam hatinya.

"Mari masuk." Ajak doktor itu.

Semasa mereka bertiga ingin memasuki bilik tersebut ekor mata Lee memandang seorang lelaki bersama seorang wanita yang duduk tidak jauh dari bilik pembedahan.

'Eh, tu bukan lelaki kat rumah Mia ke?' Soal Lee.

Lee mula hairan dengan lelaki tersebut. Semenjak dia terlihat lelaki itu membawa bungkusan plastik hitam, Lee mulai merasakan ada sesuatu pada lelaki itu.

"Mayat ini telahpun dibawa lari dari hospital ini dan..." Ahli forensik itu memberhentikan ayatnya dan membuka bahagian perut mayat.

"Isi perutnya dikeluarkan." Sambungnya.

'Tapi, macam mana mayat ni boleh sampai kat rumah aku?' Tanda tanya mulai muncul di minda Lee.

"Lee? Did you see what happend?" Soal ahli forensik itu pada Lee.

"Kalau saya cerita, semua takkan percaya." Sekali lagi Lee mengeluarkan ayat itu. Seakan sudah mengagak kata-kata mereka.

"What is it?" Tanya ahli forensik itu.

"Pontianak makan isi perut Kyle, seakan pontianak itu menyimpan dendam padanya." Lee melipatkan tangannya di dada.

Kesemua mereka yang berada di bilik pembedahan itu mulai tersengih-sengih mendengar kata-kata Lee.

"Takpa, terpulang kalau kamu semua tak percaya." Lee mula beredar dari bilik itu.

Sedang dia berjalan keluar dia terlanggar dengan seorang gadis. Cepat-cepat gadis mengutip failnya dibantu oleh Lee.

"Thanks." Wanita itu berterima kasih sambil menepikan rambutnya. Memaparkan wajah sebenar wanita itu.

"Mia? Awak doktor?" Soal Lee tanpa ragu-ragu.

"Maaf ye, awak silap orang saya Maya." Gadis itu tersenyum seperti kerang busuk.

"Eh, muka awak sama lah! Tipulah kalau awak bukan Mia!" Lee cuba menafikan kata-kata gadis itu.

"Mia tu adik kembar saya, dia dah lama meninggal."

"Apa? Meninggal?"

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now