14 : DAHULU

65 9 1
                                    

Krieeekk!!

Pintu bilik mayat itu ditolak perlahan oleh Lee dan Mirul membuatkan Dr. Henry terkejut akibat bunyi pintu tadi.

"Selamat petang tuan." Mirul terlebih dahulu memberi salam kepada doktor India itu.

"So, kami berdua kat sini datang nak tengok keadaan mayat boleh?" Soal Lee tanpa melengahkan masa.

Dr. Henry seakan faham dengan arahan itu langsung bergegas ke peti mayat dan membuka satu demi satu peti.

Mirul dan Lee menelan air liur saat memandang ke arah jasad yang sedang pucat membiru di hadapan mereka.

Satu demi satu fail diberikan kepada mereka berdua. Lee terlebih dahulu mengambil fail yang pertama.

Haikal Zakir, 28 Tahun juga merupakan seorang pelakon namun disebabkan kurang peminat, dia hanya menghabiskan masa menjadi youtuber sahaja.

'Haikal, Kyle dan Ilham. Kenapa Maya macam berdendam dengan mereka?' Gumam Lee sendirian.

"Macam biasa, menurut bedah siasat bahagian dalam perut mereka dikeluarkan. Namun bahagian lain tidak diusik kecuali..." Dr. Henry memberhentikan ayatnya dan memandang mereka berdua.

"Kecuali?" Soal Mirul.

"Alat sulit mereka dipotong dan dibuang tapi kita bernasib baik, pihak forensik menjumpainya." Kata Dr. Henry.

Le menghela nafas memandang ke arah tiga jasad yang tidak bernyawa dihadapannya.

"Doktor, Mirul. Saya mintak diri dulu." Ucap Lee dan beredar.

****

1981. SMK Anderson, Ipoh.

"Kakak, saya takut." Kata seorang gadis kepada kakaknya. Gadis itu hanya menenangkan sahaja adiknya yang ketakutan.

"Sabar ye dik. Akak harap mereka tak datang sini." Kata gadis itu.

"Kat sini korang rupanya!!" Jerit seorang lelaki.

Kedua kembar itu ingin segera melarikan diri namun gagal. Adiknya sempat ditarik manakala kakanya telahpun ditumbuk.

"Kyle, kau buatlah apa yang kau nak. Aku dengan Haikal akan uruskan dia ni. Hahaha!!" Kata Ilham dicampur dengan gelak ketawa.

"JANGAN!!!"

****

"Dah siap?" Soal Mirul.

"Baiklah, setelah saya bertanya kepada beberapa orang yang pakar lukisan ini memang berhantu." Terang Afiq. Seorang ahli forensik.

"Lukisan ini dilukis oleh seorang kapten daripada pasukan tentera jepun dan akhirnya dibiarkan di rumah itu." Sambungnya lagi.

"So, awak nak disimpan ke macam mana?" Soal Mirul.

"Kita boleh simpan dan kita boleh bakar. Tapi jalan terbaik lebih baik kita simpan." Terang Afiq.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now