15 : LAPORAN

53 9 0
                                    

"Lee, aku ada berita ni." Sapa Mirul dan memberikan air minuman.

Lee menoleh ke arah Mirul yang menghulurkan minuman tin itu. Tangannya mengambil minuman itu dan soalan mula keluar dari mulutnya.

"Apa beritanya?" Soal Lee.

"Semalam, aku ada ronda-ronda sekitar kawasan bandar ni dan aku jumpa sebuah rumah." Jawab Mirul.

"Aku pergi kat rumah tu dan aku nampak seseorang." Sambungnya.

"Siapa?"

"Maya." Jawab Mirul. Lantas riak wajah Lee berubah.

Keadaan mereka senyap seketika. Kini hanya kedengaran bunyi keyboard ditekan beserta mouse sahaja.

"Puan mohon bersabar ye, sebenarnya kami pun masih menyiasat punca kematian ketiga-tiga rakan baiknya." Kedengaran perbualan seorang pegawai menenangkan seorang wanita.

"Tapi cik, teman lelaki saya tu dah hilang dah seminggu!!" Wanita itu cuba meninggikan suaranya.

"Wey Lee, tu bukan Mona Lisa ke?" Soal Mirul.

Kerja menghadap komputer terhenti sebentar apabila mendengar nama pelakon dan penyanyi terkenal itu. Lantas kepalanya memandang ke arah kaunter.

'Dia buat apa kat sini?' Soal Lee sendirian.

Lee berdiri dan membuka langkah untuk ke sana. Bagi menggelakkan masalah itu bertambah besar, segera dia menuju ke arah mereka berdua.

"Kenapa ni?" Soal Lee mencelah perbualan wanita tersebut.

"Tuan, Puan Mona ni buat report teman lelaki dia hilang dan kita dah buat research." Terang Koperal Hana yang bertugas sebagai operator.

"Jadi apa masalah sekarang?" Soal Lee bagaikan dia seorang yang berpangkat tinggi di situ.

"Puan Mona tak sabar-sabar nak tahu keputusan pihak kita." Kata Koperal Hana.

"Puan, saya harap puan bersabar dan puan tak payah nak susahkan diri nak ulang-alik datang balai." Lee mula memandang ke arah wanita yang berumur dalam lingkungan 20 an.

"Saya tahu saya ni artis, tapi tak payahlah nak berpuan-puan dengan saya." Kata Mona memandang ke arah Lee dengan senyuman penuh makna.

Lee hanya mengerutkan dahi sahaja memandang hairan ke arah Mona.

"Lagipun saya ni muda lagi." Kata Mona masih tersenyum memandang Lee.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now