10 : PULANG

63 14 6
                                    

"Kau tahu tak yang kau buat tu salah?" Soal Mirul.

Lee hanya mendiamkan diri. Rokok yang terletak di poket seluarnya diambil. Mirul hanya memerhatikan sahaja tingkah laku kawan setugasnya.

Bunyi cengkerik membelah segala kesunyian tempat itu. Setelah menerima pengakuan daripada Michael mereka terus menghantarnya ke lokap.

"Aku tahu. Tapi aku terpaksa." Jawab Lee setelah lama mendiamkan diri.

"Banyak lagi cara lain kau boleh buat kan?" Soal Mirul suaranya kini mendatar.

"Memang, tapi entah-entah sampai kiamat dia tak jawab soalan kau." Jawab Lee. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

Suasana mereka berdua kini senyap seketika. Bunyi cengkerik menggantikan perbualan mereka.

Sssrhhh!!

Pantas kepala Lee dan Mirul memandang ke arah semak di belakang mereka. Mereka pasti memang ada sesuatu di situ.

"Kau dengar?" Soal Lee.

Mirul hanya mengangguk. Tiba-tiba wangian bunga kemboja menusuk hidung mereka berdua. Lee sudahpun masak dengan bauan ini.

Mata Mirul memandang ke arah Lee. Lee meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda diam. Mirul mengangguk.

"Kita blah dari sini." Bisik Lee.

Mereka berdua membuka langkah menuju ke arah kereta Lee namun langkahnya terhenti.

"Abang berdua nak pergi mana?" Soal seorang wanita. Suaranya seakan menangis.

"Err awak siapa?" Soal Mirul.

"Kau jangan layan dia. Masuk dalam kereta cepat." Kata Lee.

"Tapi..."

"Masuk je!!" Marah Lee.

Tak semena-mena gadis di belakang mereka berdua mulai ketawa mengilai. Kereta Lee dipecut laju meninggalkan kawasan taman tasik tersebut.

***

kriieeekk!!

Pintu rumah itu dikuak dari luar. Setelah masuk, Mirul memberi salam dan mengunci semula pintunya.

"Eh abang, kenapa lambat balik?" Soal isterinya Layla lalu menyambut tangan suaminya.

"Er..abang ada something kena urus. Maaflah." Jawab Mirul.

"Abang nak saya masak apa-apa ke?" Soal isterinya lagi.

"Takpa-takpa, lagipun abang nak tidur ni." Kata Mirul segera masuk ke bilik mereka.

Dia menghempaskan badannya ke katil itu. Matanya cuba dipejam dan dia ingin lupakan gangguan mistik tadi.

"Eh abang, bila sampai?" Soal isterinya.

Terbeliak mata Mirul apabila mendengar suara isterinya. Lantas dia bangun dari perbaringannya.

"Eh, bila masa awak pergi tandas?" Soal Mirul.

"Saya memang dalam tandas tadi." Jawab Layla.

Siapa yang dijumpainya tadi?

BERSAMBUNG

ok?

Case (✓)Where stories live. Discover now