11 : LAGI

70 13 0
                                    

"Cut!!" Jerit pengarah Azmi langsung memberhentikan lakonan para pelakon di hadapan.

Kesemua kru-kru produksi memberiknn tepukkan gemuruh apabila setelah hampir sebulan lakonan mereka siap juga.

"Tahniah kat semua orang sebab berjaya meneruskan shooting ini sampai habis." Kata pengarah Azmi sebagai pembuka bicara.

"Untuk meraikan kejayaan kita, minggu hadapan kita akan buat jamuan makan ye." Sambungnya lagi.

"Dekat mana?" Tanya Ilham pelakon utama filem itu.

"Kita akan buat dekat Hotel Crystal." Jawab Azmi.

Setelah semua peralatan dikemas dan disiap, kini tibalah masa untuk mereka berehat. Separuh daripadanya sudahpun pulang ke hotel untuk berehat.

Setelah menyiapkan barangannya Ilham menuju langkah ke arah keretanya untuk pulang ke hotel.

Suasana pada malam itu memang menakutkan ditambahkan lagi dengan persekitaran yang sunyi membuatkan Ilham melajukan langkahnya.

"Shhhhh"

Langkah Iham terhenti apabila mendengar bisikan suara tersebut. Air liurnya ditelan, kepalanya ditoleh ke belakang.

"Siapa kau?" Soal Ilham dengan marah. Seperti seakan mengetahui siapakah si pelaku.

Lelaki itu masih berdiri. Tangannya setia memegang sebilah parang. Mukanya ditutup dengan topeng jason vorhees.

"Sebab korang kejam." Kata satu suara.

Lantas Ilham menoleh ke belakang, kelihatan seorang wanita memandangnya dengan penuh amarah.

Kerana asyik sibuk memerhatikan gadis tersebut, Jason memusingkan kepala Ilham ke belakang lantas membuatnya meninggal di tempat kejadian.

Prakkk!!

****

"Pembunuhan misteri ke atas pelakon tanah air semakin menjadi tanda tanya. Siapakah si pelaku yang membunuh para pelakon terkenal ini?"

Suara pemberita itu memecahkan suasana sunyi di balai polis itu. Pegawai polis yang berada di sana ligat memikirkan siapa pembunuh dari kes ini.

Papp!!

Puntung rokok yang semakin habis itu dipijak oleh Lee. Fikirannya kusut setelah menerima banyak kes pembunuhan.

Nafasnya dihela, pintu bilik mayat dimasuki olehnya. Kelihatan rakan baiknya Rizal berada di sana.

"Macam mana?" Soal Lee.

"Menurut bedah siasat, lehernya patah dan isi perutnya..." Rizal tidak sanggup mengatakannya.

"Takpa." Jawab Lee menggelengkan kepala.

"Aku...tak sanggup tengok mayat dia Lee." Luah Rizal.

"Takpa, aku faham." Lee cuba menenangkan kawan baiknya itu. Dia menepuk belakang badannya.

"Jadi macam mana doktor?" Soal Ditektif Mirul memasuki bilik mayat. Tangannya membawa laporan kes.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now