13 : KEMBALI

63 10 5
                                    

Chapter ni panjang dan aku selit sedikit flashback so, harap enjoy.

Lee memerhatikan setiap maklumat yang terpapar di kaca skrin komputer. Mata kian sakit dan pedih apabila melihat benda itu dengan tempoh telalu lama.

Setelah puas meneliti dia menyandarkan badannya di kerusi. Matanya dipejam cuba melupakan kejadian yang berlaku.

Tiba-tiba kepalanya diusap oleh sepasang tangan. Terkejut juga dirinya akan situasi itu. Matanya cuba dibuka namun gagal seakan ada sesuatu menghalang.

"Awak memang baik." Bisik satu suara yang langsung membuat Lee teringat akan dosa lamanya.

Matanya dibuka dan segenap ruang bilik itu diteliti olehnya. Kepalanya kini berpeluh dan nafasnya tidak teratur.

****

1981, Lata Kinjang.

Sekumpulan remaja leka bermandi-manda di kawasan air terjun tersebut. Kemeriahan yang dapat dirasakan apabila berakhirnya peperiksaan SPM dan berakhir juga gelaran mereka sebagai pelajar sekolah menegah.

Oleh disebabkan itu, Syafiq sebagai salah seorang ketua batch mengajak rakan-rakannya untuk menikmati cuti mereka.

Lee salah seorang pelajar tingkatan 5 juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati percutian ini.

Zaman sekolah menengah merupakan zaman yang tidak lepas daripada zaman percintaan. Lee juga tidak terlepas, dia bercinta bersama seorang gadis melayu.

Melati. Itulah gadis kaya yang digilai oleh ramai pelajar lelaki pada batch nya. Namun dalam ramai-ramai lelaki Melati hanya tertarik dengan Lee sahaja. Ya, lelaki berbangsa cina itu.

Sedang Lee termenung di atas sebuah batu, Melati melabuhkan punggungnya di sebelah Lee membuatkan Lee terkejut.

"Eh, Melati...awak buat apa kat sini?" Soal Lee yang hampir fasih berbahasa melayu.

"Nak teman awak. Tak boleh ke?" Soal Melati riak wajahnya hairan.

"Boleh je, tapi apa kata kawan awak nanti?" Jawab Lee seakan memberi peluang kepada Melati untuk bersama rakannya.

Melati tidak menjawab malah meletakkan kepalanya di bahu Lee dan memeluknya. Rakan-rakan mereka yang sedang seronok mandi ada yang mengenakan Lee.

"Saya tak kisah Lee. Sebab...saya rasa ini kali terakhir kita jumpa." Kata Melati suaranya sedikit sedih.

Lee cuba melawan perasaan malu. Dia melepaskan genggaman tangan Melati dan memandang kekasihnya itu.

Melati terkejut apabila Lee melakukan hal begitu. Sangkaannya Lee tidak mahu bersamanya. Namun Lee memegang kedua pipi Melati.

"Awak, saya janji. Saya akan bersama dengan awak. Lepas saya dapat kerja, saya kumpul duit, saya akan kahwin dengan awak." Kata Lee memandang tepat ke arah mata Melati.

Dengan muka merahnya, Melati terus memeluk tubuh lelaki yang berada di hadapannya itu. Ucapan terima kasih diberikan diselangi tangisan.

Beberapa jam kemudian, mereka semua telahpun bersiap dan bersedia untuk pulang. Pada waktu itu orang-orang kaya seperti Melati sahaja yang mempunyai kereta.

Lee pada masa itu hanya mempunyai sebiji moto sahaja sebagai kenderaan. Setelah bersiap, Lee ingin memberikan sebuah hadiah kepada kekasihnya itu namun seluruh tempat sudah dia pergi masih tiada kelibat kekasihnya.

Mereka semua bercadang untuk pulang pada pukul 5 petang namun kerana waktu masih lagi menunjukkan 4.30 petang Lee menggunakan peluang ini.

"Kau ada nampak Melati tak?" Soal Lee kepada Jamal.

Jamal hanya menggelengkan kepalanya.

Lee terus menuju langkah ke sebuah tempat sunyi. Sebatang rokok dikeluarkan dan dari sinilah tabiat merokoknya muncul. Setelah rokok dinyalakan dia duduk di sebuah batu.

Perasaan tidak sedap hati mulai terbit di hatinya. Dimanakah kekasihnya itu pergi. Dia tidak berputus asa, segera dia bangun dan berjalan sekeliling kawasan itu tiba-tiba kedengaran bunyi orang menangis.

'Melati ke?' Gumam Lee sendirian.

Dengan senyap dia menyelak beberapa dedaun yang menutup kawasan itu. Alangkah terkejutnya apabila apa yang ditatapnya ialah Melati telahpun dirogol beramai-ramai oleh Syafiq sendiri.

Dengan perasaan amarah dia menyerang keempat-empat lelaki di situ namun nasib tidak menyebelahinya, Melati telahpun dibunuh oleh Syafiq secara tidak sengaja.

Dengan berat hati, Lee mengajak Jamal, Mail dan Rizal untuk menguburkan mayat Melati di situ.

Setelah beberapa bulan, Lee mengalami kemurungan. Hatinya masih bersalah dengan apa yang dia lakukan terhadap Melati.

Sehinggalah dia kembali.

****

"Hello Mirul. Ada apa?" Tanya Lee suaranya serak.

"Kau nangis ke?"

"Aku tengah potong bawang ni. Cakaplah ada apa?" Soal Lee.

"Lukisan itu sebenarnya...." Kata-kata Mirul terhenti.

"Sebenarnya?" Lee menunggu jawapan.

"Berhantu."

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now