07 : KEMBAR

85 13 2
                                    

Secawan kopi yang dipesan oleh mereka langsung tidak disentuh. Mereka berdua hanya memulakan percakapan kosong.

Terlintas di pemikiran Lee untuk menanyakan pasa Mia adiknya. Tanpa melengahkan masa dia langsung memulakan bicara.

"Maya, awak cakap adik awak dah meninggal?" Soal Lee.

Maya menghela nafas sebentar, dan langsung dia membuka cerita yang sebenar.

"Saya dan Mia kembar seiras. Tapi disebabkan ayah dan ibu saya bercerai, kami berpisah. Dia ikut ibu saya dan saya ikut ayah saya. Setelah umur saya 20 tahun saya dikabarkan adik dan ibu saya terlibat dalam kemalangan...dan...mereka meninggal dunia." Tanpa Lee sedar Maya telahpun menintiskan air mata.

Ingin sahaja Lee katakan bahawa adiknya masih hidup namun hasratnya itu disimpan dan dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai.

Lee mencatat beberapa maklumat pada buku nota kecilnya. Mata pen ditutup dan disimpan dalam poket. Buku kecilnya juga disimpan.

Air kopi yang dipesan olehnya beberapa minit yang lalu diminum juga. Dia menumpang sedih apabila melihat keadaan Maya sebegitu.

Dia menghulurkan sehelai tisu pada Maya. Maya hanya mengambil dan tersenyum manis pada Lee.

Jam Casio G-Shock pada tangan kanannya dilihat. Tertera beberapa digit nombor yang tertulis 2348 a.m. Dengan tenangnya dia meminta izin pada Maya untuk pulang.

Semasa perjalanan menuju ke kereta dia terserempak dengan Mirul yang kelihatan gelabah tidak tentu pasal. Lee yang hairan mula menegurnya.

"Eh, kenapa Rul?" Soal Lee.

Dengan nafas tercungap-cungap bagaikan berlari sejauh beberapa kilometer dia pun menjawab.

"Mayat Kyle hilang!!" Jawab Mirul.

"Eh, macam mana boleh hilang?" Soalnya lagi.

"Aku pergi soal ahli keluarga dia, bila balik nak tengok mayat dia dah hilang tapi aku ada jumpa something." Rul mula memberitahu apa yang terjadi.

Bam!!

Pintu bilik bedah siasat itu dihempas kuat. Benar kata Rul, mayat Kyle memang hilang namun ada sesuatu membuatkan mereka menjadi lebih hairan.

'Patung ni, bukan patung ni yang aku jumpa kat hotel tu?' Gumam Lee.

"Rul!" Panggil Lee.

Rul mendekati Lee yang sedang melihat patung itu. Rul mula perasan sesuatu pada patung itu.

"Lee, ini patung yang ada kat beg lelaki tu." Terang Rul apabila dia mengenal pasti patung yang dihiaskan sebagai keychain.

"Lelaki? Lelaki misteri tu?" Soal Lee.

Rul mengangguk.

"Kau repot pihak kita. Aku rasa aku tahu siapa yang buat kerja ni." Lee mula mengesyaki sesuatu dan mula berlari keluar dari bilik pembedahan itu.

Lee bergegas keluar dari hospital dan berlari ke arah keretanya. Dengan pantas kunci keretanya sudah diunlock.

Kereta Volkswagen GTi nya memecut keluar dari perkarangan hospital dan dia tahu dimanakah tempat yang ditujuinya.

Skreet!!!

Brek mengejut daripada tayar kereta itu meninggalkan kesan pada tar jalan. Lee menghiraukan perkara tersebut. Dia segera keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk rumah itu.

Ting tong!!!

Lee menahan sabar apabila loceng sudah ditekan beberapa kali namun kelibat seseorang masih belum keluar.

Akibat kesabarannya mulai hilang, dia menendang pagar tersebut dan mencekah pistol Glock37 miliknya.

Keadaan rumah itu sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Bukankah, ada orang beberapa hari lepas. Takkanlah lesap macam tu je?

Pintu coklat di hadapannya diketuk beberapa kali dengan kuat dan keputusannya masih sama. Masih tiada seseorang yang ingin membuka.

Bang! Bang!

Dua tembakan dilepaskan da akhirnya tombol tidak bersalah itu memakan peluru dari Lee.

Bam!!!

Pintu ditendang dan terlihatlah sesorang sedang asyik dengan dunianya. Mata Lee terbeliak apabila melihat Maya seakan memuja sesuatu dan menjadikan mayat Kyle sebagai hidangan untuk sesuatu.

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now