04 : SIASAT

107 17 8
                                    

Lee memarkirkan keretanya di hadapan rumah. Dia menutup pintu kereta dengan kasar dan langsung menuju masuk ke dalam rumah.

Mail dan Ijal yang sedang makan itu hairan melihat tingkah laku Lee yang pelik itu. Selalunya dia sentiasa menyapa mereka berdua namun tidak pada hari ini.

"Eh, Lee jom la makan." Pelawa Mail.

Lee tidak menjawab malah merebahkan dirinya pada sofa ruang tamu rumah mereka. Ini lebih menimbulkan persoalan kepada Mail dan Ijal.

"Lee, kau ok ke?" Soal Ijal pula.

"Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?" Lee tidak menjawab malah menyoal kembali kepada rakannya.

"Kau jumpa apa? Mayat?" Teka Mail.

"Kak Pon." Jawab Lee dan bergegas naik ke bilik.

Ijal sudahpun memahami kata-kata Lee itu hanya mendiamkan diri manakala Mail masih terpinga-pinga apakah maksud Lee.

"Kak Pon? Siapa tu?" Soal Mail pada Ijal.

"Pontianak." Jawab Ijal dan menyambung makannya. Meremang bulu roma Mail apabila mendengar jawapan rakannya itu.

****

"Mia Adriana berumur lingkungan 20 an. Mengikut maklumat Sarjan Ilham, dia adalah orang terkahir yang jumpa Kyle Azhar." Kata Koperal Hafiz.

Lee hanya meneliti maklumat yang tertera pada komputer tersebut. Dalam fikirannya dia ingin menyiasat lebih dalam pasal wanita itu.

"Kau boleh bagi alamat rumah dia?" Soal Lee.

"Sebentar tuan." Koperal Hafiz mula menekan anak kunci pada keyboard itu. Entah apa ditaipnya langsung tidak difahami oleh Lee.

Lee hanya berdiri di situ menunggu keputusan sahaja daripada Koperal Hafiz.

"Dapat tuan, alamat dia di sini." Koperal Hafiz mula menunjukkan skrin monitor kepada Lee.

Dicatatnya alamat gadis tersebut dan ucapan terima kasih diberikan kepada Koperal Hafiz yang menolongnya. Baru sahaja dia ingin beredar Koperal Hafiz memanggilnya.

"Tuan!" Panggilnya.

Lee hanya menoleh dan mengangkat keningnya.

"Seorang ditektif akan bekerjasama denga tuan. Dia sekarang tunggu kat pejabat Tuan Khairul dan tuan perlu pergi ke sana." Terang Hafiz.

Lee hanya menganggukan kepalanya dan pergi ke pejabat DSP Khairul. Pintu kayu bewarna coklat itu terbuka luas namun Lee sebagai anggota bawahan mesti menjaga adab dalam pekerjaan.

Tok! Tok!

"Ha! Inspektor Lee, masuk." Khairul menyambut kedatangan Lee.

"Baiklah, perkenalkan ini Inspektor Lee dan Inspektor Lee perkenalkan ini Detektif Amirul." Kata DSP Khairul memperkenalkan mereka antara satu sama lain.

Lee menghulurkan tangannya untuk bersalam dan huluran tangannya disambut mesra oleh Mirul.

"Mulai hari ini, korang berdua akan menyiasat kes kematian pelakon itu. Berita buruk hari ini, seorang lagi pelakon dijumpai mati dan kami mengesyaki itu kerja pembunuh yang sama." DSP Khairul mula berubah serius.

"Jadi, buat masa ini kamu berdua perlu melihat tempat kejadian." Sambungnya lagi.

"Er, tuan. Boleh saya pergi ke rumah seseorang untuk menyoal siasat." Lee mula memberitahu isi hatinya yang terbuku.

"Baik, saya izinkan. Jadi kamu berdua boleh pergi." DSP Khairul mula memberikan kata-kata putus.

"Terima kasih tuan!"

****

Lee memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang tidak berapa besar, tidak berapa kecil.

Dia meneliti semula alamat rumah yang ditulis pada nota kecilnya dan nombor di hadapan rumah itu dipandang beberapa kali.

'Betul lah rumah ni.' Katanya sendirian lalu enjin kereta dimatikan.

Loceng rumah itu ditekan, tidak menunggu masa yang lama akhirnya pagar itu dibuka oleh seorang lelaki.

"Encik cari siapa ye?" Soal lelaki tersebut.

"Ermm...ini rumah Cik Mia Adriana ke?" Soalan mula keluar dari mulut Lee.

"Saya abang dia, kenapa ye?"

"Saya polis dan saya nak tanya sedikit pasal adik awak. Boleh saya masuk?" Soal Lee.

Lelaki itu hanya menganggukan kepalanya. Lee mula melangkah masuk ke dalam rumah itu. Langkahnya mengikuti langkah lelaki tersebut.

"Mia, ada polis nak jumpa kau ni." Kata lelaki itu memanggil adiknya.

Dengan pantas gadis itu turun dan melihat abangnya bersama seorang lelaki. Mia mula mendekati Lee.

"Ada apa encik nak jumpa saya?" Tanya Mia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Saya inspektor Lee. Mengikut maklumat pihak polis, awak ada berjumpa dengan Kyle Azhar bukan?" Tanya Lee.

Mia hanya menganggukan kepalanya.

"Dalam rakaman cctv, kami lihat awak ada bagi sesuatu. Boleh saya tahu apa yang ada dalam tu?" Tanya Lee.

"Saya cuma bagi hadiah je. Dalam tu berisi sebuah jam untuk dia." Kata Mia.

"Jam tangan?" Soal Lee.

Mia menganggukan kepalanya sahaja.

"Lepas awak bagi hadiah, ada sesiapa yang keluar dari lift?" Soal Lee lagi.

Mia menggelengkan kepalanya.

"Baik. Kalau macam tu, terima kasih sebab beri kerjasama kepada saya." Lee mula ingin keluar dari rumah tersebut.

Ekor matanya melihat lelaki tadi membawa sesuatu di dalam bungkusan plastik hitam namun dibiarkan sahaja.

"Inspektor Lee." Panggil Mia.

Lee hanya menoleh.

"Saya nak nombor telefon awak boleh?"

BERSAMBUNG...

Case (✓)Where stories live. Discover now