20 : SELESAI

87 10 0
                                    

Suasana hospital pada pagi itu kian sunyi kerana pelawat yang semakin berkurang pada waktu itu. Hanya kelihatan para-para petugas atau jururawat yang berlegar-legar di kawasan hospital itu.

Namun pada pagi itu ramai pegawai polis yang memenuhi hospital tersebut bagaikan balai polis. Mirul sempat berjumpa dengan isterinya dan keadaan Mirul hanyalah cedera ringan. Dia hanya menunggu Lee sedar untuk memberitahu keadaan sebenar.

"Kau dah sedar." Kata Mirul setelah melihat kedua mata Lee terbuka.

"Eh, macam mana kita boleh ada kat sini?" Soal Lee melihat keadaan sekeliling. Kepalanya yang dibalut dipegang.

"Ustaz Aiman dah selesaikan Maya. Lagipun mereka berdua dah kena tangkap." Jawab Mirul tenang walaupun tangan kirinya dibalut.

"Jason tu siapa?"

"Cuma pembunuh upahan. Macam Micheal juga gajinya." Jawab Mirul tersenyum.

"Yang kau senyum-senyum ni kenapa?" Soal Lee hairan akan senyuman Mirul.

"Kes kita dah settle. By the way, kita dah ambik masa lebih kurang sebulan jugak nak selesaikan kes ni." Kata Mirul.

"Lagipun, aku dah bagitahu keluarga mangsa tentang hal ni. Yang lain kau jangan risau." Sambunya lagi.

"Terima kasih lah tolong selesaikan bahagian aku." Lee tersenyum.

"Lagipun kau akan tukar cawangan kan?" Soalnya lagi.

"Tak, bini aku suka tempat ni. Aku pun dah mula suka, lagipun aku akan stay sini." Jawab Mirul.

Situasi perbualan mereka terhenti seketika. Kini hanya kedengaran bunyi air-cond sahaja
Tiba-tiba bilik Lee dimasuki seorang jururawat.

"Encik Lee, kawan kamu sudah selamat." Kata jururawat itu.

"Boleh saya tengok keadaan mereka?" Tanya Lee ingin melihat kedua rakan baiknya itu.

"Maaf encik, keadaan encik belum stabil lagi."

"Tak mengapa." Lee tersenyum pasrah sahaja.

****

"Pembunuh ke atas tiga pelakon tanah air telahpun ditahan dan akan dikenakan tindakan. Suspek yang dikenali sebagai Mia Laura dan Maya Laura telah ditahan pada malam semalam. Pihak makhamah akan menjatuhkan hukuman terhadap kedua kembar ini."

Tuppp!!!

Punat berwarna merah ditekan pada alat kawalan itu yang langsung membuatkan skrin televisyen itu gelap. Keluhan berat dilepaskan akibat perbuatan mereka membuatkan lelaki ini kecewa.

'Cara mereka salah.' Gumamnya seorang diri.

Clackk!!

Pistol berjenis Walther telah dicekah perlahan-lahan muncung pistol itu diletakkan di kepala. Jarinya bersedia untuk menekan picu yang terletak di situ.

Poww!!!

Bunyi bising daripada tembakan itu membuatkan ramai orang memasuki bilik lelaki tadi.

Bangg!!

Pintu pejabat lelaki tadi dibuka. Mereka merempuh masuk untuk melihat apa yang terjadi. Mirul juga turut serta namun dia yang pertama. Terbeliak mata Mirul apabila dia melihat siapakah yang melepaskan tembakan tadi.

"Tuan Khairul !!??"



Sᴏundtrack :
Now Playing ⏸️

[ 🎵 Beowulf - Savior ]



T                               A                               M                           A                                T


-SMK ANDERSON - Antara sekolah berhantu di Perak, Malaysia.

-Saya tidak menyatakan tempat di manakah kejadian Maya dan Mia ditahan juga Balai polis Lee bersama Mirul bertugas.

-SEGALA WATAK HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.




Case (2020)

Genre : Horror, Mystery, Investigation, Paranormal.

Akan datang : Misteri Melati.

Ⓒ︎ RED_ZXNE ALL RIGHT RESERVED

Case (✓)Where stories live. Discover now