05 : GANGGUAN

96 15 9
                                    

Klack!!

Kunci kereta Volkswagen GTi miliknya diletakkan dengan kasar di atas meja. Setelah pulang dari rumah Mia, dia pulang ke balai sebentar untuk melaporkan maklumat dan memulangkan senjata.

Namun atas arahan Khairul, Lee dibenarkan membawa senjata di rumah namun berhati-hati. Jam besar yang melekat di dinding menunjukkan pukul 4.30 petang.

Mail dan Ijal masih belum pulang walaupun waktu sudah petang. Walaupun waktu kerja Mail sudahpun tamat pada waktu 2 petang dia masih belum pulang.

'Takpelah, aku buat air jelah.' Gumam Lee sendirian dan menuju ke dapur.

Bam!!

Pintu bilik tingkat atas seakan dihempas kuat oleh seseorang. Lee yang berada di bawah hairan, setahunya rumah ini dia seorang sahaja.

'Haih, kena ganggu lagi.' Lee seakan menerima gangguan itu terhadap dirinya dengan rela.

Sedang dia meminum air milo panasnya dia terhidu sesuatu yang mengingatkannya di tempat parking kereta bawah tanah tempoh hari.

Bau bungka kemboja. Lee mulai berasa tidak sedap hati, sejak dari hari itu dia selalu mencium bau bunga ini.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar Mail dan Ijal masuk ke dalam rumah. Hah, lega hatinya apabila rakannya pulang tepat pada waktunya.

"Eh, Lee. Apesal muka kau pucat semacam je? Kena sampuk hantu ke?" Soal Mail dengan sedikit gurauan.

"Jap. Kenapa ada bau bunga kemboja ni?" Mulut celopar Rizal mulai membuatkan ketiga-tiga daripada mereka mulai berasa tidak sedap hati.

"Aduh!! Kenapa kau tegur!!" Marah Lee perlahan kepada Ijal.

Lingsir wengi...
Sepi durung biso nendro...
Khagodho mring wewayang...
Kang ngreridhu ati...

"Siapa yang.." Belum sempat Rizal menghabiskan ayatnya mulutnya ditekup oleh Lee.

"Shh!! Diam!" Marah Lee.

"Mail, kau call ustaz suruh dia datang sini. Kau Rizal baca apa yang patut." Arah Lee.

"Kau?" Soal mereka berdua.

"Aku bukan islam lah!" Kata Lee mendatar dan langsung naik ke atas.

'Berani gila dia tu.' Kata Mail dalam hatinya.

****

Lee mengeluarkan Glock37 dan senjata itu telahpun dicekah. Dengan langkah berhati-hati dia semakin mendekati dari manakah asal nyanyian lingsir wengi tersebut.

'Setahu aku, lagu ni untuk menyeru pontianak.' Akhirnya Lee mendengar nyanyian lagi itu dengan jelas di sebuah bilik kosong.

Tombol pintu cuba dibuka namun terkunci. Secara tiba-tiba nyanyian di dalam bertukar menjadi ngilaian. Bau bunga kemboja telahpun bertukar menjadi bau kemenyan.

Hik...Hik...Hik...Hik...

Lee semakin berang, bukannya takut. Dia ingin melihat siapakah di dalam dan betulkah dia adalah pontianak.

Dengan amarahnya dia menembak tombol pintu tersebut dan menendang pintu itu.

Bam!!

Pintu terbuka luas, bayangan wanita yang berpakaian baju putih itu seakan dicam oleh Lee namun dia tidak pasti. Badannya keras seperti disumpah, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain melihat.

Mulutnya dipenuhi darah, matanya yang hitam dan rambutnya panjang sampai ke pinggang. Alangkah bagaikan nak tercabut jantungnya apabila dia melihat mayat Kyle Azhar yang terbaring di hadapan matanya.

Isi perutnya dirobek, keadaannya memang tragis. Lee memandang semula kelibat wanita tersebut, ia telahpun hilang dari pandangannya.

Pap!

"Bertenang, saya dah usir makhluk itu." Kata seorang ustaz menepuk bahu Lee.

Lee yang seperti dikejutkan dari mimpi itu mulai menyedari dirinya masih berada di bilik itu.

Nafasnya dihela, telefonnya diambil dari poket hoodie bajunya. Nombor telefon Koperal Hafiz di dail.

"Hello tuan, ada apa?" Tanya Ahmad dari panggilan.

"Sorry ganggu kau tapi kau memang kena tolong aku."

"Tolong apa tuan?"

"Panggil pasukan peronda datang sini, termasuk forensik sekali. Ada hal paling misteri di sini." Kata Lee dan langsung menutup panggilan.

****

"Kau hisap rokok?" Tanya Lee kepada Mirul.

Mirul hanya menggelengkan kepalanya. Namun pelbagai soalan yang dia ingin tanyakan kepada Lee.

Lee semakin khayal menghembuskan asap rokok Dunhillnya. Manakala Mirul hanya memerhatikan sahaja keadaan sekeliling.

"Lee, kau jumpa apa tadi?" Soal Mirul.

"Kalau aku ceritakan dekat kau, kau mesti takkan percaya." Balas Lee seakan sudah mengagak perbuatan Mirul.

"Apadia?" Soal Mirul.

"Pontianak makan Kyle Azhar."

BERSAMBUNG

Case (✓)Where stories live. Discover now