[1]

3.5K 184 90
                                    

KRING !

" Ish ! " keluh Jiya setelah terdengar bunyi jam loceng itu lalu menutup telinganya dengan bantal .

KRING !

" Arghhh bising lah ! Ish dengki betul jam ni .. tak boleh bagi aku tenang langsung ! " jerit Jiya lalu membaling jam loceng itu ke dinding dengan kuat hingga rosak .

Jiya pun mengambil telefon pintarnya yang ada di atas meja lampu tidur itu dengan malas lalu menekan button buka yang ada di tepi telefon pintarnya dan terpaparlah jam yang sudah menunjukkan pukul 10:50 pagi waktunya untuk pergi kerja namun dia telah terlewat satu jam yang lepas .

" Bangang punya jam loceng ! Lepas satu jam baru kau nak bunyi ?! " tengking Jiya kepada jam loceng yang telah rosak dan tidak bernyawa itu .

Masalahnya tu salah dia sendiri sebab kunci jam tak tengok nombor .

Walaubagaimanapun dia tetap bersiap ke kerja . Apakan daya dia hanyalah seorang pekerja dan bukanlah boss yang boleh datang ke tempat kerja sesuka hati cepat atau lambat .

Selepas bersiap , Jiya pun keluar dan dia terus mencari bapa saudaranya . Cari punya cari , dia pun ternampak ahjussi nya sedang duduk di sofa . Jiya terus turun ke ruang tamu untuk bertemu dengan ahjussinya .

" Yah ahjussi , kenapa ahjussi tak kejut Ji-- Yah ! Ahjussi ! ahjussi minum lagi ?! " marah Jiya lalu menolak botol arak yang dipegang oleh bapa saudaranya itu .

" Yah ! " jerkah Jung Jihyuk .

" Ahjussi ! Kan Jiya dah larang ! Kenapa ahjussi minum lagi ?! " tempik Jiya .

" Arghhh suka hati aku lah ! " Jihyuk terus menolak bahu Jiya lalu Jiya terdorong ke tepi .

Belum sempat Jihyuk ingin menaiki tangga dan menuju ke bilik , Jiya lantas menarik lengan bapa saudaranya dengan kuat .

" Ahjussi , Jiya tak habis cakap lagi . Ahjussi , ahjussi tau tak yang arak ni tak elok ! dah lah mahal pulak tu ! mana ahjussi dapat duit beli semua ni ? ke ahjussi pakai duit Jiya ? kan ? "

" Ahjussi ! Jiya kerja keras untuk ahjussi tau tak ? duit semua Jiya bagi dekat ahjussi tu untuk beli benda yang berfaedah tapi ni yang ahjussi beli ?! Beli arak ! main judi ! semua tu duit Jiya ! Ahjussi berhentilah buat semua ni ! Cari lah kerja ! ahjussi sedarlah diri tu yang ahjussi ni dah tua ! " tengking Jiya dengan suara yang tinggi lalu Jihyuk lantas menampar pipinya dengan kuat .

" Hey kau ni budak kecik tau so kau tak payah lah nak ajar aku ! Hey kau dengar sini .. " Jihyuk terus mencekik leher Jiya dengan kuat .

" Kau dengar sini ye .. Duit kau , duit aku . Aku bela kau so kau kena bayar , Faham ?! " Jihyuk pun melepaskan tangannya lalu menuju ke bilik .

Manakala Jiya sudah terdiam dengan kata kata bapa saudaranya itu . Perasaan sedih dan marah telah bercamu baur . Penat dengan kehidupan sebegini . Walau dengan keadaan begini dia tetap gagah untuk pergi ke kerja .

Jiya pun keluar dari rumah lalu masuk ke dalam perut kereta dengan perasaan amarahnya .

Satu kata untuk Jihyuk ?

[C] In Love With A Bad Mafia [ Kth ]Where stories live. Discover now