Chapter 4

12 3 0
                                    

Aku mengumpul kudratku untuk terus mengekori langkah seseorang yang sangat ku kenali untuk memastikan kebenaran yang disaksikan oleh mataku. Aku tidak peduli tentang keberadaan zul disitu.

Aku melihat fakir dengan perempuan lain sedang berpelukan dan berpegangan tangan. Ya allah engkau sahaja tahu ape yang aku rasa sekarang. Dia kata harini dia perlu merawat pesakit vip jadi dia akan busy. So perempuan tu lah pesakit vip dia. Kalau boleh aku nak buat dia jadi pesakit betul ii. Aku rasa dikhianati. Aku datang mall ni pun dia tahu sebab aku pergi mall ni pun aku maklumkan dekat dia sebab nak keluar dengan abang, zul dan aulia. Air mataku mula bertakung tapi aku takkan biarkan setitis pun air mata aku jatuh sebab lelaki tak guna tu.

"Qisha kau nak pegi mana ni...kau ok tak ni?" zul bertanya kepada aku dengan muka risau. Mata zul terarah kepada tempat aku melihat sekarang dan aku tahu dia boleh agak bila tengok air muka aku.

Aku terus meminta telefon dari zul dan menaip nombor telefon fakir. Amik kau sampai nombor dia pun aku hafal. Nampak sangat aku sayang mamat ni tapi dia. Curang belakang aku.

"Hello awak ade ape call saya ni?" suara dalam talian mengangkat telefon. Aku cuba mengumpul kekuatan yang ada.

"Tak de ape pun awak. Saya rindu je. Awak tengah buat ape sekarang?" Aku tau aku ni fake sangat tapi kisah ape aku.

"Omg...bukan senang sayang saya ni cakap rindu kat saya. Saya kan tengah rawat pesakit vip sekarang. Saya dah bagitahu awak dah kan...takkn lah lupa" aku benci betul dengan penipu ni. Berasap je telinga aku dengar dia bercakap. Boleh pulak dia panggil aku sayang...sayang kepala kau.

"Owhh yeke awak tengah busy ye sekarang. Kalau saya nak jumpa boleh tak?" Aku bertanya sambil senyum sinis.

"Hmm...sekarang tak boleh lah sayang. Saya tengah busy sangat ni...sorry" huh aku dah agak.

"Ok buat keje elok ii ye sayang nanti kita jumpa ok" sarcastic sangat. Memang kita akan jumpa pun nanti.

"Ade bende best ke harini qisha sebab tak pernah ii awak panggil saya sayang. Ni bende baru ni" dia bertanya dengan nada gembira. Gembira lah kau sebelum aku tempah batu nisan kau nanti. Tapi memang aku susah untuk mengucapkan sayang...aku pun tak tahu kenapa.

"Takde bende best pun. Saya panggil mestilah sebab saya sayang awak. Kann sayang." Aku hanya mendengar ketawa fakir dalam talian. Ketawa lah kau puas puas sebelum aku buat kau tak boleh ketawa sampai bila-bila. Kalau aku ikhlas perkataan sayang tuu takkn mudah untuk keluar.

Selepas itu aku terus memutuskan talian dan terus menuju kearah lelaki tak guna tu. Zul hanya mengekori langkah aku. Aku dah suruh dia pergi tapi dia sibuk jugak nak ikut. Takut aku bunuh mamat sekor ni kot.

"Enjoying your time?" Aku bertanya kepada dua pasangan yang sedang berpelukan itu. Diorang buat agenda suap-menyuap pula. Panas jee hatu aku ni.

"Awak buat ape kat sini qisha?" Terus mereka melepaskan pelukan setelah melihat aku. Seronok aku tengok muka cuak dia.

"No ape KAU buat kat sini?" Dah tak main awak saya sekarang. Mimpi lah aku nak berlembut lepas aku tangkap dia curang depan mata.

"Qisha ni semua salah faham. Dia ni cuma adik angkat saya" omg gais dengar tak alasan dia.

"Wah! Adik ANGKAT boleh ke pegang, peluk macam ni. Omg so sweet?" Aku menunjukkan expresi kakak tiri cinderella yang kejam tu. Wait yang kejam tu bukan aku mamat curang ni hah yang kejam.

"Ok fine saya mengaku kitorang bersentuhan tapi kitorang takde ape-ape dia just perempuan simpanan je. Betul sumpah. Saya sayang awak sorang je" die berkata sambil mengangkat sumpah. Wahh senangnya dia nak angkat sumpah. Kalau aku kene pikir masak ii dulu nak angkat sumpah atau berjanji tentang sesuatu. dia ni memang playboy profesional dah kene tangkap tapi nak menipu lagi.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now