Chapter 17

11 3 0
                                    

Perempuan itu bangun dan satu lempangan melekap pada muka. Aku tak expect pun bende tu. Terkebil-kebil aku berdiri disitu.

"Kau ni memang tak sedar diri! Orang macam aku ni lagi tinggi martabat dari kau. Tah tah kau ni pengemis je. Hei! Kalau nak minta sedekah bukan kat sini lah. Aku rasa mak ayah kau yang tak reti jaga anak. Sebab tu bodoh sangat" dia berkata dengan sinis. Aku menampar mukanya semula. Ada hati dia tampar aku.

"Hello, kalau aku nak minta sedekah pun aku takkan pergi dekat kau lah. Tengok muka pun dah tahu sengkek. Lagi satu mak ayah aku ajar aku manners atleast. Aku rasa kau manners pun tak tahu apa. Pergi sekolah baliklah" aku membidas. Panas je hati aku bila jumpa manusia macam ni. Pekerja yang tadi tu berdiri kat situ je tak buat apa. Tak tahu apa nak buat kot.

"Kau ni memang kurang ajar" perempuan tu mengangkat tangannya semula sebelum tangannya digenggam oleh seseorang. Zul.

"Ishh...lepaslah. kau sia..." tiba-tiba mata perempuan itu membulat. "Zul?" Perempuan tu bertanya.

"Don't you dare lay your hand on her" zul menjeling tajam ke arah perempuan itu. Aku melihat perempuan itu menelan air liurnya. Mungkin gerun dengan zul. Zul melepaskan tangan perempuan tadi dan terus menghala ke arah aku.

"Sayang ok? Dia memegang dan mengusap pipiku yang merah akibat dilempang perempuan tu tadi. Aku mengangguk.

"Owh means you're the next target huh" perempuan itu berkata dan tertawa kecil. Keningku berkerut. Apa maksud dia.

"She is not like you tiara, she's different" zul berkata seperti memberi amaran kepada perempuan itu.

"Wait! Apa yang terjadi sekarang ni. Do you know her?" Aku bertanya kepada zul.

"Yes, she is one of my flings" zul berkata selamba. Aku melihat mulut tiara terbuka sedikit. Tak percaya agaknya dengan kenyataan itu.

"What did you just said. I thought we had something special" tiara berkata geram. Mari mulakan sesi menyakitkan hati orang.

"Baby kalau ye pun nak cari perempuan, patutnya baby kene lah cari yang ada manners baru boleh jadi my competitor" aku berkata sambil menyilang tangan aku pada tangan kanannya dan menyandar kepalaku pada dada zul. Zul pun terkejut dengan tindakan aku. Kemudian aku memberi isyarat untuk dia berlakon sama. Tiara lagi lah, dia memandang aku macam nak bunuh aku sekarang. Relax...sis i baru nak mula.

"Sebab tu lah baby break dengan dia sayang" zul berkata. Dia merangkul pinggang aku dengan sebelah tangannya. sambil menarik dagu aku sehingga muka aku memandangnya. Dan...dia bagi aku senyuman yang mencairkan hati.

"Zul! You tak boleh buat i macam ni. Perempuan ni tak layak untuk you!" Tiara memekik dalam butik itu. Haish bising lah perempuan ni.

"Dah lah biy, sayang malas dah nak dengar anjing ni menyalak. Lagipun sayang penatlah. Semalam biy ganas sangat" aku berkata sambil menepuk dada zul. Dia terkaku dengar aku cakap gitu. Jangan risau aku pun tak percaya bende yang aku cakap.

"Ish...kau-kau tunggu" tiara memberi jelingan maut pada aku sebelum dia beredar dari situ. Aku tersenyum sinis kerana misi aku berjaya...hahaha.

"Cik, terima kasih sebab tolong saya" pekerja tadi tu berkata.

"Makcik, kalau ada orang serang makcik macam tu lagi, makcik lempang je dia. Ajar sikit diorang" pekerja itu tergelak kecil

Aku tengok sekeliling butik...alamak! Ramainya orang. Tulah aku ni khusyuk sangat gaduh sampai orang lain ada pun aku tak sedar. Muka aku dah berbahang sebab malu orang tengok. Tiba-tiba zul merapatkan tubuh kami. Dia merangkul pinggang aku dengan kedua tangannya. Dia nak buat apa pulak ni.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now