Chapter 28

9 2 0
                                    

Setelah kami berada di depan pintu, zul terus melepaskan aku ke bawah. Aku mengaduh sakit. Sakit bontot aku ni. Kalau nak lepaskan pun dekat atas sofa lah. Ni tak, lepas atas lantai terus. Aku bangun dari duduk sambil menggosok tempat sakit aku tadi.

"Takyah lah campak orang dekat lantai" aku memberi jelingan maut padanya. Sakit perut aku yang tadi tu terus hilang sebab amarah aku ni.

"Don't care. Yang kau tu menggatal sangat dengan si nasir tu dah kenapa" suaranya meninggi sedikit. Apa dia cakap menggatal? Aku menggatal? Dia tengah fitnah aku sekarang ni.

"Mana ada orang menggatal. Yang awak tu sibuk pegang-pegang dengan maya dah kenapa" suara aku juga tertinggi satu oktaf.

"Kenapa qisha, kau jealous" zul membuka satu langkah mendekati aku dan aku kebelakang. "Kau kata kau dah tak sayang aku" satu lagi langkah. "Sekarang kau nak aku".

Pap!

Bunyi belakang aku yang terkena dinding. Pandangannya membuatkan liur aku ditelan.

"Awak yang menggatal dengan orang lain tapi awak tuduh saya" aku cuba mengubah topik. Aku nampak zul meraup kasar rambutnya. Dia kelihatan sangat penat kebelakangan ni. Aku marah dengan sebab dia sengaja sakitkan hati aku tapi aku kesian jugak dengan dia.

"Memang kau cakap sendiri kau suka dekat nasir, sekarang kau nak cakap aku tuduh kau" zul berkata sinis.

"Tu-tu..." aku mula tergagap. Tapi bende tu aku tipu je.

"You know what qisha? I will never let you go. No! I will make you can't go" zul terus meragut bibir aku dengan kasar. Aku terkejut dengan tindakannya. Aku menolak beberapa kali dada zul untuk melepaskan diri tapi tidak berjaya. Tapi zul mengunci badan aku dengan sebelah tangannya dan menarik tengkuk aku untuk mendalamkan lagi ciuman itu.

Zul melepaskan ciuman itu selepas kami berdua betul-betul memerlukan oksigen. Aku dapat merasakan sakit dibibir kerana tercalar akibat kekasaran zul. Dada kami berombak kuat kerana kekurangan udara. Aku menampar muka zul secara tidak sengaja. Kepalan terdorong ketepi akibat tamparan aku.

"If i can't get you, no one else can" zul berkata serius.

Tanpa disedari air mata aku terjatuh. Kenapa zul sayangkan aku sangat. Macam mana aku nak tinggalkan dia nanti. Aku nampak mukanya risau. Dia menyapu air mata yang jatuh di pipi aku.

"Don't touch me" aku menepis tangan zul kasar. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Perasaan aku bercampur-baur. Aku rasa marah, risau, sayang, sedih, kecewa, gembira dan cinta.

"I'm sorry dear" zul memegang pipi aku lembut dan mengusap bibir aku yang tercalar sedikit itu.

"You hurt me" aku berkata padanya.

"I know" dia memandang aku sayu. Aku rasa kami kene berbaik semula. Kami kene rasakan bahagia semampu yang boleh.

"Don't do it again" aku berkata lembut. Muka zul nampak terkejut sebelum dia menarik aku dalam pelulannya. Aku membalas pelukannya. Rindunya aku dengam pelukan zul.

"I just don't want to lose you. Sayang cakap sayang suka dengan nasir. It hurt me like hell" zul berkata sedih.

"No, i lied. Sha cintakan abang sorang je" aku cuba memujuknya. Zul memeluk aku lebih erat sampai susah untuk aku bernafas.

"I'm sorry dear, abang memang sengaja nak buat sayang jealous sebab abang nak sayang rasakan benda sama yang abang rasakan. I really did'nt mean to do that" zul berkata menyesal. "Abang rasa lagi perit bila nampak sha sedih" zul mencium tubir mata aku yang ada bekas air mataku.

"Sha pun nak minta maaf sebab sha tipu abang. Sha tak bermaksud pun nak tipu abang" aku berkata sedih.

"It's okay dear, kita buka buku baru dan hidup bahagia selama-lamanya" zul berkata gurau seperti story teller tu. Aku tergelak kecil. Kalau lah zul dapat tahu yang aku ni dah tak lama macam mana.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now