Chapter 7

14 3 2
                                    

Hari ni aku cuti dan tak tahu nak buat ape. Bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Ummi kene jaga butik, abang pula dengan kak nurul, maira pergi keluar dengan member dia, aulia pulang pergi date dengan farhan dia. Aku ni terperap dalam rumah ni sorang-sorang. Kalaulah aku ada boyfriend boleh pergi date sesama.

Lamunan aku terhenti apabila notifikasi telefon berbunyi.

"Assalamua'alaikum...qisha kau tengah buat ape sekarang" - zul

"Waalaikumussalam...takde buat pape pun. Kenapa tanya" takkn rindu kot. Eh eh kau qisha jangan lebih-lebih.

"Aku nak ajak kau keluar, jom teman aku pergi mall. Ada nak beli barang sikit" asal ajak aku eh. Tapi memang aku nak keluar pun. Bagus jugak tu.

"Cool, aku pun bosan sangat ni. Terperap kat rumah sorang-sorang" aku bagi green light dekat dia. Semakin lama aku kenal zul semakin ngam aku dengan dia dan ini bukan kali pertama kami keluar sekali tapi ini kali pertama kami keluar berdua. Biasanya aku akan ajak faris atau maira keluar sekali.

"Ok nanti aku pick up kau depan rumah" nervous pula aku...dah macam nak pegi date. Aku menidakkan fikiran ku. Ehh kau jangan melebih-lebih qisha. dia taknak kat kau pun...perasan je lebih.

Aku melihat diriku di hadapan cermin dan menilik baju yang telah ku pilih setelah sekian lama mengorek almari aku. Aku memakai jumper dresses berwarna khaki dengan t-shirt putih didalamnya. Lepas tu aku tacap sikit muka and aku pakai lip gloss yang baru aku beli semalam. Siap, lawa ke tak lantaklah.

DING DONG

Aku bersiap untuk keluar dan aku melihat zul sedang menunggu aku di luar kereta. Asal tunggu kat luar panas kot. Aku senyum padanya. Dia nampak lain sikit hari ni. Dia tukar gaya rambut ke? Zul hanya memakai kemeja putih yang disingsing tangannya...omg my weakness, veins. Baju kemeja dipadankan dengan black jeans. Dia pakai pakaian biasa je tapi kenapa aku yang rasa berbahang ni.

"You look beautiful as always qisha" zul memuji aku. Hah mampus lagi merah lah muka aku ni. Dia tersenyum melihat muka ku yang memerah.

"You look handsome as always too" aku tak boleh biar dia menang.

"Thank you" dia hanya menghadiahkan senyuman pada aku. Ishh asal dia tak blushing. Aku pun nak tengok jugak mamat sado ni blushing. Kemudian aku masuk di dalam kereta dan zul terus berjalan menuju ke destinasi.

Kami berdua terdiam seketika tapi diam yang selesa.

"Zul kau ada berapa orang adik beradik?" Aku memulakan bicara.

"Aku anak tunggal" zul berkata.

"Habis bisnes papa kau siapa yang sambung? Yelah kau kan kick boxing coach...takkan kau nak berhenti jadi coach kot" papa zul ni pun ada syarikat juga dan paling aku tak sangka syarikat papa dia dengan abah ade urusan sekali. Ini kot namanya jodoh...ehh takde lah main-main je.

"Aku yang sambung bisnes papa. Lagipun aku jadi coach sementara je sebagai hobby tapi dalam masa yang sama aku run bisnes papa. aku sebenarnya lagi berminat dengan bisnes sebab berbisnes ni kan sunnah nabi" dia tersenyum ke arah aku. Aku mengiakan katanya.

Owhh dia memang suka bisnes ni.  Kalau Abang faris dah jadi tentera laut tapi dia still tolong abah run bisnes so aku rasa dia yang akan mewarisi syarikat nanti. Lagipun kak nurul memang nak dia berhenti pergi laut dan aku pun rasa dia akan jalankan bisnes tu sebabnya abang aku ni dia ada 2 passion iaitu pergi laut dengan bisnes so bila dah puas pegi laut dia akan teruskan legasi syarikat abah. Aku cuma akan tolong sikit-sikit je dalam bisnes ni sebab bukan minat aku pun tapi aku tahu lah nak uruskan bisnes tu.

"Kau pula qisha kenapa kau nak jadi polis. Tak ke bahaya" zul berkata dengan kening yang berkerut.

"Kau kenapa nak jadi kick boxing coach. Tak ke bahaya" aku membalas. Zul melihat aku dan kami berdua terus gelak. "Aku memang suka benda yang merbahayakan and aku jadi polis supaya dapat lindungi orang yang aku sayang. Cuba kau bayangkan kalau kita dalam masalah mesti kita akan report dekat polis kan...so kalau dah ada polis dalam rumah diorang tak perlu risau kalau kene rompak ke ape ke" memang betul pun cita-cita aku mula bersinar selepas kejadian hitam yang melanda kami dulu.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now