Chapter 24

9 2 0
                                    

"Abang hari ni sha ada buat reunion dengan kawan sha" aku berkata sambil mencedokkan nasi goreng kedalam pinggan zul.

Sejak dua menjak ni aku asyik sakit perut je. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab salah makan kot. Nak cakap period,  aku punya period dah lepas dah. Sekarang pun sakit perut juga. Aku tak bagitahu zul sebab, alahai hal kecik je. Takde lah sakit nak mati. Sakit cikit je.

"Kawan mana ni?" Zul bertanya sambil menuangkan air ke dalam cawan aku.

"Kawan masa smk. Lepas zuhur baru sha gerak" aku mula memasukkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Abang hantar sayang lah. Nanti balik pun abang ambik eh" zul berkata.

"Cool" aku bersetuju.

Kami mula menikmati makanan yang terhidang. Kali ni aku yang masak. Kenelah bergilir kan buat kerja rumah. Baru ada kerjasama diantara suami isteri. Barulah rumah tangga bahagia.

Aku hanya mengenakan pakaian biasa iaitu blouse berwarna kuning cair dipadankan dengan seluar slack hitam. Rambut aku di ikat toncang dan dibiarkan sedikit dilepaskan di tepi pipi.

"Dah siap. Let's go hubby" aku menghampiri zul yang sedang menunggu aku bersiap.

"Cutenya. Kalau macam ni takleh keluarlah. Nanti kalau ada orang ngorat sayang macam mana" zul berkata risau. Alahai my husband, itu yang dia risaukan.

"Abang, kalau ada orang ngorat pun. Sha takkn layan lah. Macam abang tak tahu bini abang ni" aku berkata berlagak.

"Ceh, belagak" zul mencuit hidung aku kuat.

"Adoi! Sakitlah abang" aku memberi jelingan maut kepadanya. Dia menjelir lidah ke arah ku.

~~~

"Sayang, abang nak cakap something boleh" laki aku ni dah buang tabiat ke. Tiba-tiba nak minta izin bila bercakap.

Sekarang ni kami berada di dalam kereta bmw biru zul. Kami dalam perjalanan ke restoran di mana reuion aku dijalankan.

"Sejak bila abang minta izin nak bercakap. Abang jangan pelik-pelik" aku berkata pelik.

"Ishh sayang ni. Orang serius dia main-main pulak. Nasib baik abang tengah drive. Kalau tak dah kene dah" zul memandang aku tak puas hati.

"Okok apa yang serius sangat ni hubby" aku berkata lembut.

"Abang ada oustation tau minggu depan. Sha nak ikut tak?" Zul bertanya teruja.

"Hah! Dekat mana? Sampai bila?" Aku berkata terkejut. Ni mesti pasal bussiness dia.

"Ehhh...jangan lah menjerit sayang. Accident nanti karang" zul berkata geram. "Dekat turkey, dua minggu duduk sana. Selasa depan kita gerak kalau sha nak ikut" zul menyambung. Turkey, Mak ai. Best tu. Kalau aku tak kerja memang aku dah ikut lama dah. Lagipun sekarang aku kene handle kes besar. Takkn nak tinggal pulak kan.

"Abang, sha rasa sha tak boleh ikut lah. Sya kan kene handle kes besar sekarang. Sorry hubby" aku buat muka comel.

"Alaaa...nanti kalau abang rindu sayang macam mana. Tak nak kawan" merajuk pulak dia ni. Laki siapa ni kutip cepat. Nasib hensem.

"Okok kalau macam tu. Nanti abang balik kita pergi dating. Sha belanja. Abang cakap je nak pergi mana, sha bawa cool?" Aku menunjukkan jari ok padanya.

"Fine, tapi janji yang sayang akan angkat call dan video call abang selalu. Mesej abang kene balas cepat cepat. Lagisatu, kalau sayang ada masalah apa ke. Please tell me okay?" Banyak pulak syarat dia. Aku tahu dia risau nak tinggal aku sorang-sorang tapi aku dah besar kot.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now