Chapter 3

13 3 1
                                    

"Weyh kau dah kenapa nangis" suara itu mengejutkan aku dan menarik perhatian aku untuk berpaling ke arahnya.

"Kau rupanya abang. Bagi lah salam ke ape ke" aku berkata padanya.

"bagi salam mende dalam rumah" dia menolak kepalaku perlahan.

"ni hah tak nampak ke aku tengah tengok movie ni. Sedih tau tak" ape lah dia ni orang tengah khusuk tengok movie sibuk je kacau.

"Movie ape ni?" Dia bertanya sambil merampas remote control dari tangan aku. Ni memang nak kene ni....dah lama hidup ke abang oi.

"Five feet apart...bak sini balik" aku merampas dari tangan dia balik. "Dah pegi main jauh jauh" sambil itu aku menghalau dia. Dia memberi jelingan maut pada aku. Ingat aku takot.

"Weyh kau boleh teman aku shopping ak esok. Barang perempuan" dia sambung.

"Untuk kak nurul ke? Dah pandai dah abang kita...nak ambik hati kak nurul balik ehh" sengaja aku mengusik.

"Yang tu aku dah settle kan" aku buat muka pelik. Yelah dia guna cara ape sampai boleh ambik hati bakal kakak ipar aku tu."adalah guna style aku" dia sambung lepas tengok muka tanda soal aku.

"Habis barang siapa? Kau jangan cakap kau curang dengan kak nurul ehh nanti aku kerat badan kau bahagi 10" aku mengugut dia.

"Mane ade ngok. Kak nurul kau tu lah orang paling lawa di mata aku ni. Tak cari lain dah weyh" sambil itu dia meluku kepala aku...sakit woi. aku tahu abang aku ni jenis yang setia. Saje je aku nak menyakat dia."kawan aku dia nak beli barang untuk mak dia sebab mak dia baru balik overseas. Tapi dia tak tau nak beli ape. So aku cakap lah yang aku ade adik perempuan yang baik hati boleh tolong. Lagipun aku terhutang budi dengan dia" huh sarcastic sangat...

"Yelah yelah aku tolong, tapi ade syarat"

"Aku dah agak dahh" dia hanya berbisik. tapi dia ingat aku tak dengar.

"Hah kau cakap ape tadi. Taknak aku tolong ke?" Aku senyum sinis kepada dia.

"Mane ade. Aku tak cakap pape pun" dia hanya mengeleng kepala."ape syaratnya?"aku tersenyum dengan pertanyaan dia. Senyum jahat ye gais. Suka aku dapat kenekan big boy nih.

~~~
"Kau serius ah. Takkan aku nak buat bende ni" aku cuma mengangguk sambil tersenyum."Fine!"dia mengeluh selepas keluar dari rumah. Aku mengikuti langkahnya.

Aku tergelak apabila melihat abang aku menaiki basikal budak-budak mengelilingi taman. This is payback time...hahaha.

Dulu masa aku sekolah menengah. aku tengah borak dgn boyfriend aku depan pagar sekolah. Boleh pulak dia malukan aku. Korang nak tau dia buat ape? Dia pasang radio kuat kuat pastu bukak segala tingkap kereta. Dia panggil aku dengan tekan hon kereta banyak ii kali. Padahal aku duduk betul ii depan kereta tu. Lepas tu bf aku terus minta break. walaupun dah lama bende tu tapi aku takde peluang nak balas dendam betul ii. And sekarang puas hati aku sebab dia pun dapat malu, semua orang kat taman ni tengok dia bawak basikal budak-budak. patutnya aku belikan dia lolipop sekali baru lengkap

"Abang!! Tekan loceng basikal tu!" Aku menjerit padanya kerana die berada jauh dari aku. Faris hanya menghadiahkan jelingan tajam kearah aku sebelum dia menekan loceng basikal. Hahaha... padan muka mu abe.

~~~

Keesokkan harinya,
"Weyh aku nak ajak member aku boleh an" aku bertanya kepada faris. Dia hanya mengangguk.

Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar aku dan menaip nombor yang dikenali.

"Assalamua'alaikum...puan, ada apa puan call saya?" Suara dalam talian bercakap.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now