Chapter 9

13 3 0
                                    

Dan tekaan aku betul memang ada rakaman fakir dan trisha dalam black box kereta jiran depannya. Tiba-tiba notifikasi phone aku masuk.

"Kenapa tak jawab call aku semalam" -zul

"Sorry aku busy sangat" -qisha
Memang aku busy pun cari bukti untuk humban manusia tu dalam penjara. Ehh jap fakir tu boleh dikategorikan manusia ke. Tak kott.

"Takpelah kalau macam tu. Aku ni bukannya sesiapa pun ;( " haish comey pulak baby besar ni merajuk.

"Atotototo...merajuk ke? Eeee dah besar pun perangai macam budak budak" melayan aja aku ni. Tapi hati aku sedikit tenteram bila dia mesej. Kalau tidak mesti panas je hati ni fikir pasal si fakir.

"Mana ada merajuk...kau jangan nak merepek eh" eleh dah terang lagi tersuluh. Nak nafikan pula.

"Alaa sian baby besar kita ni nanti mama tukar lampin ye" suka aku menyakat zul.

"Macam tu mama kene tidur sekali lah dengan baby ni sebab baby takleh tido kalau mama dia tak ada" zul ni suka buat muka aku berbahang. Nasib baik dia takde depan aku kalau tak malu aku. Ada ke dia suruh aku tido sekali.

"Kenapa mama diam dah tak sayang baby ke?" Zul sambung berkata sambil ketawa kecil. Tulah qisha kan dah kene. Kau pun tahu perangai zul tu macam mana lagi mau cari nahas. Aku tepuk dahi sendiri.

"Dah lah aku nak buat keje, bye" aku terus mematikan telefon dan meletakkan tanganku di dada. Uishh...ni tak boleh jadi, jantung aku berdebar sangat ni. Kau jangan bayang macam macam qisha.

~~~

Beberapa hari selepas itu aku mendapat keputusan kesahihan tulisan trisha dan ianya akan dijadikan bukti di mahkamah nanti. Semua bukti sudah cukup untuk retrial tapi ada satu je lagi bende takde. Confession.

"Puan suspek sudah menunggu" aku mengangguk padanya. Aku juga sudah mengeluarkan waran untuk tangkap mamat sial tu.

"Qisha kau kene banyak bersabar. Jangan hilang sabar dan rosakkan semuanya. Aku tahu kau memang nak bunuh dia tapi itu salah di sisi undang-undang. Aku buat ni untuk trisha jadi aku tak akan rosakkannya" aku bermonolog. Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya sebelum keluar dari office aku.

"Qisha aisha...lama tak jumpa. Awak sihat" sihat kepala bana dia. Kang engkau yang aku bagi tak sihat dekat sini. Aku hanya menjeling ke arahnya sebelum duduk menghadapnya. Dia bawa lawyer dia sekali. Dia ingat aku akan kalah dengan lawyer dia. Aku menyatakan maklumat tentangnya.

"Di mana kau berada pada malam 29 ogos 2020 " aku bertanya.

"Aku pergi kerja pastu balik rumah, ape masalahnya?" Dia bertanya dengan muka tak bersalah. Aku menyampah betul tengok muka dia. Tapi at least die tak menipu lah kali ni.

"Then tell me why is the victim goes to your house that time?" Aku bertanya sambil menunjukkan rakaman cctv dan black box yang aku kumpul.

"Puan, jika mangsa ingin pergi ke rumah client saya itu tidak boleh disabitkan kesalahan kerana kawasan rumah itu bukan tempat terlarang" lawyer dia cakap.

"Betul, but can you explain this?" Aku menunjukkan diary trisha kepadanya. Mata fakir terbuntang.

"This might be fake..." sebelum lawyer dia sambung, aku meletakkan fail yang berisi kesahihan tulisan trisha didepannya. Kau nak cakap apa lagi hah.

"Tuduhan yang dibuat dalam diary ini mungkin ditulis kerana kebencian mangsa kepada client saya. Perkara ini mungkin tidak berlaku kerana puan tiada bukti yang kukuh menunjukkan client saya merogol mangsa. Bukti yang puan tunjuk ini semua berdasarkan kemungkinan" die nak nafikan lagi. Ok fine fine kita tengok sape yang tersungkur nanti.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now