Chapter 18

10 3 0
                                    

Aku sedang duduk di ruang tamu dengan ummi. Layan drama korea. The beauty inside. Sapa dah tengok angkat tangan!

"Sha, bila ummi boleh dapat cucu ni. Takdelah bosan sangat ada budak-budak dalam rumah ni" ummi yang duduk di sebelah aku berkata. Terkejut aku sambil pandang kiri kanan.

"Ish! Apa ummi ni, sha kawin baru 5 hari dah mintak cucu. Ingat buat harini dapat esok ke" lagipun buat pun belum lagi. Aku pun tak faham kenapa. Aku ni tak attractive kot bagi zul. Kecewa pun ada. Sebab bila kitorang bercium je mesti stop sampai situ je. Haish...aku tak faham lah laki aku ni.

"Alaa ummi tanya je, mana lah tahu dapat tahun ni juga" aku mengeluh dengan apa yang ummi cakap. Ummi melihat reaksi aku dan keningnya berkerut.

"Korang belum ehem ii lagi ke!" Ummi menutup mulut kerana terkejut.

"Ummi jangan lah menjerit nanti orang dengar" aku berkata geram. Tak pasal-pasal satu family ni tumpang tadah telinga.

"Akak serious ah. Abang zul tu tak straight ke" maira menyampuk. Kan aku dah cakap. Sekali semut dah bau gula takkan dia nak pergi dekat beras kot. Ehhh...tiberr. aku hanya mengangguk.

"Maybe aku ni bukan taste dia kot" aku berkata kecewa.

"Takkn lah, kau ni lawa kot. Kalau lelaki lain mesti dah lama ngap kau" maira berkata gurau. Ummi tepuk bahu dia sambil menggeleng kepala.

"Macam ni lah sha. Sha cuba goda dia. Kalau sha nak ummi ajar pun boleh" ummi memberi cadangan. Muka aku memerah sebab malu. Ummi ni boleh tahan juga eh.

"Haah kak, kau pakai seksi-seksi depan dia" maira memberi cadangan. Seingat aku. Aku tak pernah pakai seksi depan dia. Sebab tu lah kot dia tak turn on.

~~~

Misi aku sedang dimulakan. Aku memakai linggeria yang aulia bagi haritu dan memakai sedikit perfume de xandra pada leher. Aku masih terconggok dalam tandas ni. Dari tadi tak reti duduk diam dalam tandas ni. Orang yang berada di luar tandas sekarang sedang elok duduk atas katil tengok phone dia. Jantung aku ni dari tadi tak reti duduk diam mengenangkan cadangan ummi dengan maira. Kalau tak jadi ni mau lari masuk tandas balik.

Perlahan-lahan aku buka pintu. Dan...terkejut aku melihat zul yang tidak berbaju berdiri depan aku. Aku tengok dia separuh bogel memakai boxer. Maybe dia nak masuk tandas nak mandi kot. Aku pandang six-pack dia. Aku telan liur tengok body lawa dia tu. Kalau macam ni tak payah dinner tadi pun takpe.

Okok...Sekarang sapa yang nak goda siapa sekarang. Aku pandang mata amber zul semula. Aku nampak pandangan matanya yang sukar ditafsir. makin menaikkan kadar degupan jantung aku ni. Aku membuka langkah untuk masuk tandas semula. Takut. Tetapi langkah itu terhenti apabila tanganku ditarik. Belakang badanku menghentak dinding. Dan zul berada betul-betul depan aku.

"Where do you think you going my dear" zul merangkul  pinggangku dan menindih bibir aku. Mula-mula aku terkejut tetapi aku mula membalas ciuman itu. Bibir kami bertaut dengan lama seperti tidak mahu dilepaskan.
Lama-lama aku kekurangan oksigen jadi aku melepaskan tautan itu sementara namun zul terus memegang belakang leher aku dan terus menyambung ciuman itu seperti aku lah udara yang dia perlukan. Aku melinglarkan tangan ku di sekeliling lehernya. Tangan zul bergerak pada peha aku dan mengangkat kaki aku mendekatinya. Kaki aku melingkari pinggangnya sehingga tiada lagi ruang diantara kami.

Zul mengangkat aku ke katil dan membaringkan aku tanpa melepaskan tautan bibir kami. Tangannya melingkar kedalam linggeria aku, tiba-tiba tubuh zul mengeras dan dia terus menarik semula bibirnya untuk melepaskan tautan itu. Keningku berkerut. Kenapa dia selalu buat macam tu, suka berhenti tengah jalan.

"Sorry sayang, a-abang tak patut buat macam tu" dia mengeluh sambil memejam mata. Posisi kami tetap sama, dia mendominasikan aku dari atas.

"Abang tak rasa sha ni attractive ke?" aku bertanya dengan nada kecewa.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now