Chapter 32

15 2 0
                                    

Aku memasuki cafe ilyass untuk mencari seseorang. Apabila terjumpa orang yang dicari terus aku menuju ke arahnya. Aku menarik kerusi dan duduk di hadapannya. Aku mengeluarkan semua gambar yang di edit itu dan meletakannya di hadapan maya.

"Kenapa kau hantar gambar ni dekat rumah aku" aku mula bersuara. Boleh pergi berambus dengan adab aku. Dengan perempuan macam ni tak boleh bawak bincang.

"Ehh...relax lah. Kau ni datang-datang terus serang aku dah kenapa? Aku tak buat salah apa pun. Lagipun gambar ni betul apa. Memang tu gambar aku dengan zul" maya memberitahu aku. Dia kata buka salah dia tapi dia kata gambar ni betul dan bukannya edit. Means memang bende ni kerja dia lah.

"Kau tak payah nak berlakon lah. Aku tahu kau nak rosakkan rumah tangga aku kan!" Aku mengertaknya

"Kau cakap apa ni. Dah terang-terang aku dengan zul tak dapat dipisahkan. Gambar tu pun dah terbukti. Tapi sebab kau perempuan! Zul terpaksa tinggalkan aku. Entah apa yang dia nampak dekat kau ni pun aku tak tahu lah" maya menambah. Eeee...geramnya aku ngan pompuan ni. Dah lah perasan.

"So betullah kau yang hantar gambar ni" aku bertanya meminta kepastian walaupun memang aku syak dia pun.

"So kalau aku hantar pun kenapa? Memang aku nak tengok korang bergaduh. Baru puas hati aku. Selama ni aku tunggu zul punya lama tapi kau yang dapat dia. Kau jangan mimpilah nak dapat dia!" Suaranya ternaik sedikit.

"Weyh aku nak cakap sikit eh. Aku ni percayakan suami aku. Kau hantarlah gambar macam mana pun aku tetap percayakan dia" aku berkata. "Tapikan aku rasa yang mimpi sekarang ni kau bukan aku. bangunlah eh, tak payah nak kacau laki orang. Ada ramai lagi lelaki dalam dunia ni. Kau pun cantik bukannya tak lawa. Kalau kau guna trick macam mana sekalipun tak akan menjadi dekat aku. So stop doing something ridiculous" aku menyambung panjang lebar. Nak nasihat sikit minah ni. Kalau tak makan juga aku pun tak tau lah.

"Kau tak yah nak nasihat aku lah. Kalau aku cakap aku nak dia means aku akan dapat" maya berkata.

"Tak semua bende dalam dunia ni kau boleh dapat" aku menyelit. Dia mendengus kasar.

"Dah lah malas aku nak layan kau" maya berkata sambil berdiri dari duduknya untuk beredar.

"Ehhh...jap makanan ni siapa nak bayar" aku memberhentikan langkahnya.

"Kau lah bayar. Kau yang ajak jumpa aku" dia terus keluar dari cafe. Takdelah setan sangat perangai dia. Dia cuma sukakan zul dan aku yang dapat zul. Perangai dia je yang macam budak-budak. Tapi cara dia salah sebab dia nak hancur kan rumah tangga orang. Sebab tu lah aku bagi nasihat dekat dia.

Aku bayar makanan dia dan terus keluar. Aku nampak maya berjalan nak lintas jalan. Tapi dia tengok phone. Nak kene minah ni. Ada kereta meluncur laju ke arahnya. Kereta tu pulak yang nak bawa laju sangat dah kenapa.

"Maya!"

Aku menjerit dan terus menarik maya. Kami berdua terjatuh atas jalan. Tak tak, aku lagi sakit sebab aku dekat bawah. Aku dengar dia mengaduh sakit.

"Weyh kau ok tak?" Aku bertanya padanya dan melihat tangannya yang terluka.

"Qisha! Kepala kau berdarah lah" maya mula cemas apabila melihat darah yang mengalir dari kepala aku. Patutlah rasa pedih je dari tadi.

"Takde ape pun. Sikit je ni" aku menenangkannya.

"Tak boleh ni. Aku bawak kau pergi klinik sekarang" maya berkata cemas.

"Aku ok je" aku menegaskan pendapatku.

"Takde jom bangun. Kau boleh bangun tak?" Degil juga budak ni eh. Aku hanya mengangguk. Malas nak layan kepala dah berpusing ni. Aku cuba bangun tapi terjatuh kerana kaki aku yang terseliuh. Maya memapah aku masuk ke dalam kereta.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now