Chapter 27

8 2 0
                                    

Pagi ni aku masak mee basah favourite zul. Walaupun aku nak zul benci dengan aku tapi masa aku masih isteri dia, tanggungjawab aku masih kene lakukan. Betul tak. Aku melihat zul turun tangga.

"Abang, makan lah. Sha buat makanan favourite abang ni" aku berkata lembut. Zul hanya menjeling ke arah aku sambil memasang tali lehernya.

Aku menghampirinya untuk membantu dia membetulkan tali leher. Memang bende ni kerja aku pun. Tapi selalunya kalau aku bantu dia pakai tali leher biasanya aku akan dapat morning kiss tapi kali ni zul hanya membiarkan aku sahaja. Dia buat macam aku tak wujud.

"Abang makan dulu eh" aku memujuk dia. Dia ni selalu tolak pelawaan aku bila aku ajak dia makan. Bukannya aku suruh dia terjun bangunan pun.

"Tak nak aku tak lapar" zul berkata dingin.

"Tak lapar bende. semalam pun abang tak makan. Dah lah selalu balik lewat. Buat sha macam takde dekat rumah ni. Kalau abang dah tak suka sha or sayang sha. Please, let me go. Don't torture me" aku merayu dengan mata sayu.

"No! It's you who the one toturing me right now" zul terus keluar dari rumah meninggalkan aku terpaku di situ.

Why zul? Why won't you let me go. I want to see you happy without me. Rasa sakitnya dalam hati ni lebih sakit dari sakit kanser aku ni.

~~~

"Weyh kau ni apahal termenung je, muka pucat macam dah tak lama" aulia berkata gurau. Aku terkejut dia cakap macam tu. Dia dah tahu ke. Ehh...tak kot dia gurau je tu.

"Eh lia bila kau masuk office aku ni" aku bertanya pelik.

"Tulah kau mengelamun dari tadi. Aku ketuk pintu pun tak dengar. Kau ada masalah dengan zul ke?" Aulia bertanya simpati. Aku hanya mendiamkan diri. Hal rumah tangga kan. Takkn nakbpergi canang dekat orang lain. Eh jap jap. Lia ni bukan orang lain so takpe kot.

"Betul kan aku teka. Hang meh habaq kat aku dia buat apo kat hang. Satgi aku pi tibai dia" aulia mengepal-ngepal penumbuknya seperti mahu dilayangnya ke muka zul sekarang jugak. Dia ni kalau marah memang keluar bahasa kedah dia tu. Aku tergelak kecil mendengarbtelatah aulia ni.

"Bukan salah dia lah" aku memberhentikan lamunan aulia yang sedang belasah zul. Kau nak belasah mamat sado tu, mimpi jelah lia. Takut kau yang kalah satgi.

"Habis?" Aulia bertanya.

"Aku yang salah. Aku pergi minta cerai dekat dia" oops terkeluar.

"Hah!" Mukanya terkejut. "Tapi kenapa babe. Dia ada perempuan lain ke?" Aulia berkata menuduh. Ish pompuan ni. Tak habis-habis fikir buruk pasal laki aku. Zul tu dah lah sebaik-baik manusia bagi aku.

"Bukan lah" aku berkata geram. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk beritahu perkara yang sebenar sebab aku dengan lia ni tak pernah berahsia. Aku memang percaya sangat minah ni. Dia kan bff aku. "Aku sebenarnya kan..."

"Sebenaq nya apa?" Aulia sudah mula tidak sabar.

"Sebenarnya aku sakit" aku memejam mata. Takut perempuan ni mengamuk sebab aku tak bagitau dia awal-awal.

"Sakit? Means? Kau sakit apa sha?" Bertubi-tubi soalan ditanya.

"Aku ada kanser lia, tahap 3 dah. Aku pun takleh hidup lama dah. Aku tinggal 3 minggu je lagi" aku berkata sedih.

"Kau jangan main-main qisha. Kau serius ke" dia bertanya meminta kepastian. Aku mengangguk lemah.

"Sha kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal. Patutlah haritu kau asyik muntah-muntah je. Aku ingat kau mengandung. Rupanya kau sakit. Aku ni memang kawan tak guna sebab aku tak tahu pun kau sakit" aulia memeluk aku sambil menangis. Aku pun nangis jugak.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now