Chapter 10

19 4 0
                                    

Perhatian kami teralih apabila pintu bilik sakit itu terbuka luas.

"Kak sha! Sapa buat kak sha macam ni? Biar qif belasah dia" thaqif menerjah masuk dan terus memeluk aku. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab dia datang. Jantung aku rasa macam nak tercabut tadi. Nasib baik lah thaqif ada.

"Akak ok lah, tak yah risaulah. Akak dah belasah dah pun mamat tu" aku berkata dengan bangga.

"Now, that is my sister" soleh masuk selepas ketuk pintu. Aku mengenyit mata padanya.

"Ya allah, sorry lah sha thaqif ni main terjah je masuk" mak zah berkata dengan muka risau.

"Takpelah mak, sha tak kesah pun. Bersyukur ada lah" aku menjeling ke arah zul sebelum kembali menghadap muka mak zah.

"Korang bila sampai?" Aku bertanya.

"Baru je tadi, ni kitorang belikan aiskrim favourite akak" soleh menghulurkan aiskrim magnum white choco almond kepada ku. Aku menerimanya dengan muka excited.

"OMG thank you...akak memang dah lama craving ni" aku ingin mencapai magnum itu sebelum zul merampasnya. Terkebil-kebil aku disitu.

"Kau tu tak sihat lagi. Ada hati nak makan ais krim" zul berkata.

"Haah lah, abang jelah makan ais krim tu kalau macam tu" soleh berkata.

"Ataupun bagi thaqif je ais krim tu" thaqif menyelit. Terjatuh rahang aku dibuatnya. Tidakkk ais krim akuu.

"Kau tak yah mengada eh. Habis ais krim kau sapa nak makan" soleh berkata pada thaqif. Dia hanya tersengih.

"Bising lah korang ni. Dah lah jom balik kak sha nak rehat pun tak boleh" mak zah berkata pada anak-anaknya. Aku tersenyum melihat gelagat mereka. Tak sah kalau tak gaduh walaupun sehari.

"Sha kitorang balik dulu, jaga diri ye sayang" mak zah berkata sayang padaku.

"Ok mak, sha jaga diri. Mak pun kalau ada ape-apa masalah bagitahu sha" aku peluk mak zah dan salam tangannya. Dia tersenyum mendengar kataku. Thaqif dan soleh melambai sebelum beredar dari situ bersama mak zah.

Aku menghulurkan tangan kepada zul menunjukkan telapak tangan ku.

"Nak apa?" dia bertanya dengan mengangkat kedua belah keningnya.

"Ais krim aku bak sini" magnum kot, takkan nak buang kot.

"Ehh...kau mana boleh makan" zul berkata dengan muka innocent dia.

"Alaa...kenapa tak boleh pula!" Aku geram. Dah lah aku lama tak makan magnum.

"Ada ke doktor cakap kau boleh makan ais krim?" Ish dia ni nak cari pasal pula dengan aku.

"Ade ke doktor kata tak boleh?" Aku mencabar dia.

"Ada. Sebab kau tak boleh makan selain dari makanan hospital " betul ke doktor cakap macam tu. Betul kot sebab aku tak jumpa doktor lagi. Tapi kesah pula aku.

"Alaaa...nak jugak" aku tunjuk puppy eyes aku dekat zul. Haraplah jadi sebab dia kata dia suka colour mata aku kan. "Pleasee" aku sambung. Aku dengar dia mengeluh. Yass berjaya.

Dia membuka plastik ais krim. Yey magnum aku. "Boleh tapi sikit je" kau ingat aku nak makan sikit je ke. Aku hanya mengangguk. Dia menghulurkan magnum itu pada aku dan aku menggigit ais krim sehingga mulut aku penuh. Ugh...brain freeze. Zul terkejut melihat tindakan aku. Dia terus merampas magnum yang tinggal separuh itu dari tangan aku.

"Woi! Aku kata sikit je kan" dia berkata. Aku mengangkat kedua-dua bahu aku dan menunjukkan muka innocent aku. Aku melihat dia menggeleng kepala.

"Kau ni qisha nasib baik anak orang" zul berkata dengan memandang tajam pada aku.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now