Chapter 2

23 3 0
                                    

Selepas penat memerah tenaga aku rasa macam nak pergi makan di cafe favaurite aku....Grato! Siapa yang tak tau tentang cafe tu memang aku nak high five muka dia...rugi rugi. Tambahan pula ada speghetti carbonara yang lain cara masakannya lebih berkrim dan pekat dengan rasa cheese tapi memang memenuhi cita rasa aku dan tiada tandingan. Siap boleh tarik lagi cheese mozarella dia. aku masak pun tak sedap macam dia buat.

Sampai sahaja ke destinasi. aku terus aku mencari tempat untuk duduk.

'Harini cafe ramai macam selalu' macam orang kesian dah makan sorang-sorang.

Selepas memesan makanan ada sesuatu perkara yang menarik perhatian aku di meja hadapan tempat duduk aku.

"You tak boleh buat macam ni kat i anas. You dah janji nak jaga i!" Wanita itu cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Hah u yang percaya sangat dengan i sape suruh. Entah ii anak dalam kandungan tu bukan i punya. U ni bukan bole percaya mana tahu u ada tidur dengan lelaki lain jugak." Aku nampak wanita tu menggenggam tangan lelaki adam tu dengan air mata mengalir tanpa henti.  Lelaki itu menarik tangannya kasar. Aku tengok dari jauh pun rasa macam nak lempang lelaki tu dah buat anak orang tak reti nak bertanggungjawab. Perempuan tu pun satu kenapa kene jual maruah dekat orang yang takde otak ni. Aku hanya menggeleng kepala dengan kesimpulan yang dibuat sendiri.

"U-u cakap elok sikit eh u yang kata kalau i bagi u akan kawin dengan i and ni memang anak you sebab i tak tido dengan lelaki lain selain u. Sekarang you cakap lain pulak you ni memang lelaki tak guna!!"

"You ingat i nak tepati ke janji i" lelaki itu gelak sinis. "Janji tu hanya di mulut lah and i ni banyak berjanji so i tak ingat pun you punya janji tu mane satu and ni bukan salah i sebab u yang bagi green light so u pandai-pandailah ehh" lelaki itu pergi meninggalkan perempuan itu dengan muka tidak bersalahnya.

Aku melihat perempuan itu nampak terkejut dengan kata-kata yang diterima. Aku sendiri panas bila dengar lelaki tu bercakap. wujud lagi rupanya manusia macam ni. Lelaki yang ingin beredar dari meja tadi bejalan melepasi aku dan terus terjelopok di atas tanah. Aku dengar dia mengaduh sakit sambil mengusap dahinya yang mencium lantai tadi.

"Oops sengaja"sengaja aku melunjurkan kaki supaya lelaki itu jatuh ke lantai.

"kau ni memang kurang ajar!" Lelaki yang digelar tak guna tadi bangun dari jatuhnya dan menjerit pada aku. jeritan itu menarik perhatian seluruh cafe.

"Tu laa lain kali jangan pandai guna mulut je mata tak reti nak guna" aku berkata sambil mengangkat sebelah kening dan senyum sinis padanya.

"Hei bro relax ahh ni permpuan kot"
Aku melihat seorang lelaki hensem dan berbadan tegap datang sambil memegang pergelangan tangan lelaki yang terangkat itu. eh eh ada hati nak angkat tangan ke muka aku ni. nasib baik tak sempat hinggap kat muka aku. Berkerut aku tgk lelaki tu bila tangan die kene genggam dgn kuat.

"Ehh dah-dah ingat aku takleh handle ke mamat senget ni tepi-tepi tak yah sibuk!"
Terbuntang mata lelaki itu. Lelaki itu terus melepaskan genggamannya.

"Kau ni salah sorang dalam blacklist aku. nak tau kenapa?" Sambil itu aku tunjal kepala lelaki tak guna tu. Lelaki yang berdiri di sebelahnya terkejut dengan tindakan aku." first kau ni mungkir janji. Haish benci aku dengan manusia yang munkir janji ni and kalau dah mungkir janji sah-sah lah penipu kann" Betul aku ada black list tapi ada 2 point je first orang yang munkir janji. Second penipu cause lying is like a plant,the more you feed it,the more it grows . Penipu yang aku maksudkan ialah dia tipu dalam perkara yang serius kalau pasal bergurau aku pun penipu jugak...hahaha. yelah bende ni serius kott. melibatkan masa depan seseorang.

"Kau nak sibuk apahal. Bende ni takde kene mengene dengan kau pun!" Muka lelaki itu merah. Tahan marah ke cik abang?

Sebelum aku membalas kata-kata dia wanita tadi lempang muka lelaki itu. Tertejut gigirl. kenapa dia tak lempang tadi je eh?

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now