Chapter 13

11 4 0
                                    

"Assalamua'alaikum...qisha, jom cari baju pengantin. Mama dah bising tu sebab aku busy sangat sampai lupa nak try baju pengantin dengan kau" notifikasi phone aku masuk dan orang yang mesejnya zul. Aku tersenyum. Dia ni tak pernah fail buat aku tersenyum. Zul sekarang memang sangat busy. Sampai nak jumpa aku dah jarang sekarang. Dia kata projek besar syarikat papa dia baru masuk and dia yang kene handle.

"Waalaikumussalam...cool. lepas zohor kau datang rumah owkay" panggilan kami masih tak berubah walaupun dah bertunang. Aku sebenarnya nak panggil dia nama manja tapi malu. Aku ingat lepas kawin kot, barulah hubungan kami lagi rapat.

"Okay...aku pun dah lama tak tengok muka kau. Kesian hati ni asyik kene seksa je sebab rindu" zul berkata. Merah muka aku.

"Tak payah nak mengada. Nanti terubatlah rindu tu bila tengok muka lawa aku ni" aku berkata dengan muka perasan. Aku dengar dia ketawa. "Ok bye, aku nak pergi siap. Jumpa nanti" aku sambung.

"Bbye, jangan pakai lawa sangat, takut aku knock out lelaki lain yang suka pandang kau" aku tergelak. Jealous ke abang oi. Talian diputus kan.

Aku decide untuk pakai halter top dan blue jeans. Rambut aku digayakan pony tail dan sedikit rambut dilepas kan pada bahagian hadapan. Lepas siap tacap muka aku terus keluar untuk menunggu zul datang. Biasanya zul akan tunggu aku, apa salahnya aku pula tunggu dia.

Aku tunggu zul sambil duduk di buaian dalam laman rumah aku. Kereta bmw warna biru zul terparking di depan rumah. Dia keluar dari kereta. Aku tengok dia pakai t-shirt putih dengan leather jacket tersarung di luar. Seluar slack hitam dipadankan dengan bajunya. Dia memakai ray-ban yang melengkapkan pakaiannya. Aku boleh meninggal dekat sini sebab dia hot gila. Dia pakai simple je tapi nampak macam model dah.

Aku keluar pagar rumah dan bergerak ke arahnya. Dia seperti terpegun melihat aku.

"Woi! Dah jom gerak" aku menyergah dia dari depan. Dia mengangguk dan kami masuk ke dalam kereta. Pelik asal dia tak cakap apa-apa.

~~~

Kami masuk ke dalam butik pengantin dan disambut oleh pekerjanya. Mama yang recommend butik ni sebab ni butik kawan dia.

"Kamu berdua nak design macam mana? Warna apa?" Pekerja butik itu bertanya. Aku mamandang zul dan mata kami bersambung. Aku menunjukkan riak, kau rasa?

"Aku tak tahu. Kau nak colour apa?" Zul berkata pada aku. Faham jugak ehh.

"Hmm...nikah kita ambik warna putih la. Kau pilih colour untuk bersanding" aku memberi cadangan.

"White sign of purity. Aku suka" zul berkata. "Kalau bersanding warna black velvet nak?" Dia bertanya kepada aku.

"Wow kontra sangat" yelah aku pilih putih dia pilih hitam. Aku suka warna putih dan dia suka warna hitam. Tapi aku tak kesah pun sebab kene lah adil kan.

"Ok apa sebab favourite aku memang hitam pun" zul menambah.

"Aku tak kesah pun. Asalkan kau suka colour tu" tapikan pernah ke orang pakai wedding dress warna hitam. Means wedding aku ni rare lah kan...hahaha.

"Kalau macam tu saya pinjam encik kejap untuk pilih baju lelaki" pekerja itu berkata. Zul mula bangun untuk mengikuti langkah pekerja itu.

"Dah pinjam pulang balik tau!" Aku saja menyakat dia. Pekerja itu tersenyum mendengar aku berkata.

"Don't worry my dear. Aku pergi sekejap je. Silalah rindu ye" dia kenyit mata pada aku dan terus masuk bergerak mengikuti langkah pekerja itu. Aku tersenyum malu kearahnya.

Aku menunggu zul menyalin pakaian pengantin. Lamanya groom ni. Pekerja tadi dah keluar dari sebalik tirai langsir berwarna merah di depan aku. Dia membuka tirai dan aku terpegun melihat zul yang sudah menyarung baju pengantin berwarna putih. Siap dengan tie hitam yang dipadan kan dengan tuksido putihnya. Rahang aku terjatuh sebab dia hensem sangat. Dah lah muka dia memang style aku badan dia lagi. Do i deserve him? He is perfect with no flaws.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now