Chapter 5

11 3 0
                                    

Aku masih ingat lagi tentang semalam. Macam mana aku dikhianati oleh orang yang aku sayang. Tapi bila zul ade dengan aku. kesedihan yang hadir semakin pudar...walaupun dia tak tanya pasal hal tu tapi dia comfort aku dengan cara dia sendiri. Maybe memang ni kot cara lelaki nak comfort orang.

"Assalamua'alaikum...puan" bunyi ketukan pintu memberhentikan lamunan aku.

"Waalaikumussalam...masuk" aku memberi arahan.

"Puan suspek sedang menunggu di bilik siasatan sekarang" sarjan alia memberi kenyataan. Aku cuma mengangguk dan mula beredar.

~~~
"Name:daniel oston,Age:26...." aku menyatakan semua maklumat tentangnya.

"Ok first question, 23 september 2020 where are you at 9pm to 10pm?" Aku memulakan pertanyaan. Aku berasa hairan kenapa dia memandang sinis pada aku.

"Woruber redest du? Ich verstehe nicht"
(What are you talking about? I don't understand) dia mengangkat sebelah keningnya dan senyum sinis pada ku. What the. Dia ingat aku tak tau dia bole cakap german and aku tahulah dia boleh cakap bi...no no bm pun dia boleh sebenarnya. Owhh dia nak game aku eh.

"Ich glaube nitch, hor auf zu spielen und beantworte meine frage!" aku berkata sambil mengetuk meja.
(I don't think so, stop playing game and answer the question!) lelaki itu beriaksi seperti orang yang tercekik tulang ikan. Nak cakap german dengan aku konon. Salah orang lah derr. Aku ni half-blooded eropean laa sebab tu kot aku dapat mata grey ni. Lelaki itu hanya menunduk kepala selepas aku membalas katanya.

"Kau buat ape dalam pukul 9 ke 10pm haritu" kami perlu memastikan alibi lelaki ni dan pengakuannya. Sebab dia salah satu suspek dalam pembunuhan seorang mangsa wanita yang dirogol dan dibunuh. Dia disyaki kerana berhubung dengan wanita itu melalui telefon pada malam itu.

"Saya pergi kedai. Beli barang runcit di 7-e" dia memberitahu. Tapi aku perhati jee tangan dia bergetar-getar dari tadi.

"Yeke... habis macam mana muka awak boleh ada dalam rakaman cctv depan rumah eva? Awak ialah pembunuh eva betul?" Aku menunjukkan video rakaman dia melawat mangsa. Aku dah nampak muka gelisah dia.

"Tu-tu...saya nak call peguam saya" dia meminta aku call peguamnya. Dah terang-terang dia menipu. Kemudian bunyi ketukan mengalih perhatian kami.

"Puan sampelnya dah sampai" inspektor khalid menyerahkan sampel pada aku. Aku menerimanya dengan senyuman.

"Baik. Awak dah boleh keluar" aku memberi arahan dan khalid terus membuka langkah untuk keluar dari bilik siasatan. Kemudian aku buka sampelnya dan keluarkan maklumat yang ada dalam sampel itu.

"Keputusan menunjukkan air mani awak ada pada eva" aku meletakkan sampel itu dihadapan daniel. Muka dia dah cuak.

"Dan kami menjumpai pisau yang digunakan untuk menikam mangsa berada 1 km dari kawasan rumah eva dan ia mempunyai cap jari awak daniel! Kenapa tak sorok betul-betul kan dah kantoi" "Awak nak tahu disebabkan awak keluarga eva tak dapat nak menerima hakikat kerana kehilangan orang yang mereka sayang...dan awak takkn paham ape maknanya bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Sekarang lebih baik awak mengaku bahawa awak yang bunuh eva!" Aku memandang daniel tepat pada matanya.

"Y-ya betul saya yang bunuh dia. Tapi saya tak sengaja. Dia asyik menjerit je minta tolong...ape yang saya boleh buat untuk diamkan dia ialah bunuh dia. Saya tak ada banyak pilihan. Saya tak bersalah" aku melihat wajahnya tanpa sebarang expresi. Aku memandang ke arah cermin tinted yang besar di sebelah dan mengangguk kepada orang yang berada di sebalik cermin itu menandakan kes ini sudah selesai. Kemudian aku beredar meninggalkan daniel yang seperti orang gila. Psycho ke apa dia ni boleh pulak bunuh orang sebab nak suruh dia diam.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now