Chapter 8

16 3 1
                                    

"Jangan nak merepek eh" aku berkata pada zul. Ni semua sebab soleh.

"Kamu dah sampai ke sha?" Mak zah menyelit. Aku mengangguk. Makzah menjemput kami masuk.

"Sha, ni siapa? Boyfriend sha ke?" Mak zah bertanya. Eh eh boleh pulak dia tanya macam tu...memang merah lah muka aku. Rasanya muka aku ni dah warna tomato dah. Yang semua nak match kan aku dengan mamat sado ni pahal.

"Bukan lah mak, ni kawan sha. Nama dia zul farouq" aku berkata sambil cuba menurunkan suhu muka aku ni.

"Bakal boyfriend makcik" zul berkata dengan muka tak tahu malu. Mereka hanya tertawa mendengar kata-kata zul. Tak sempat turun suhu aku dah naik balik. Dia ni memang suka tengok muka tomato aku ke apa.

"Tu lah tak pernah pernah sha bawa lelaki datang sini. Hensem eh macam om putih jugak" kami tergelak kerana teringat masa thaqif bende sama dulu. Aku tengok zul dan pandangan mata kami bertaut sebelum aku bertukar pandangan. Satu bende aku pelik iaitu pandangan dia bila tengok aku senyum atau gelak. Pandangan dia seperti aku lah bende paling berharga dalam dunia ni. Sebab tu juga aku tak boleh tenung mata amber dia lama-lama. Makzah menjemput kami masuk.

"Zul boleh panggil makcik mak zah. Dua budak ni anak makcik, soleh dan thaqif" mak zah mengalihkan pandangan kepada zul. Zul terkejut dan terus tersenyum memandang dua beradik itu. Thaqif dan soleh hanya tersengih dan menunding ke arah aku. Amboi amboi diorang nak salahkan aku pula. Zul melihat aku dengan keningnya terangkat sebelah. Aku tersengih dan menunjukkan tangan peace padanya. Muka dia seperti nak picit aku sampai lenyek dan muka itu bertukar dengan senyuman sinis. Aku hanya mampu telan air liur.

Habis sahaja berbual dan memberi hadiah kepada mak zah, soleh dan thaqif kami meminta izin untuk pulang ke rumah. Mak zah memberi karipap yang dibuatnya kepada aku dan zul. Selepas sesi bersalaman kami terus memasuki kereta.

"Nakal ehh cik qisha aisha ni" zul memulakan bicara. Keningku berkerut cuba untuk menghadam maklumat. Owhh pasal anak aku ke. Aku menghadiahkan senyuman lebar padanya.

"It's pay back time" aku mengenyit mata padanya. Puas hati aku tengok rahangnya terjatuh. Aku melihat dia menggeleng kepala sambil tertawa. "Sape suruh gelakkan aku bila pakai baju onezie tadi. Padan muka" aku mengibas rambut aku kebelakang.

"Itu sebab kau kalah game owkay, fair and square" dia cuba menegakkan kebenaran.

"Don't care" aku berkata sambil menjelir lidah padanya.

"Nasib baik kau bukan bini aku lagi kalau tak siap kau" zul bermonolog.

Aku pulang ke rumah dengan senyuman menitip di bibir.

~~~

"Woi! termenung ape tu" maira menyergah aku dari belakang. Terkejut aku dibuatnya. Aku terus tepuk bahu dia.

"Adoi sakit lah kak!" Dia memegang bahunya yang baru menjadi mangsa hempukan aku tadi.

"Tak payah lah terkejutkan aku macam tu" aku berkata sambil menjeling maut padanya.

"Kau teringat sape hah senyum sorang-sorang" maira berkata.

"Mana ada sape sape" muka dah berbahang. Aku tak perasan pun yang aku tersengih sorang-sorang tadi. Ni semua salah zul. Ehhh jap asal salah dia pulak...ish entah lah.

"Muka dah blushing betullah tu. Pasal abang zul eh. Aku dah agak lama dah akak suka dia"

nak tau kenapa maira tak marah sebab dia tahu pasal fakir curang dengan aku. Abang faris pun tahu sebab tu dia nak pergi serang si fakir tu tapi aku halang, takut mati budak tu. Yelah dia mainkan hati adik kesayangan dia kot...eceh perasan. Ummi abah pun tahu pasal ni. Aulia pun dah tahu pasal bende ni dan bila aku bagi tahu aulia aku boleh menangis depan dia. Maybe itu fungsi bff ni. Aku bersyukur ade kawan macam aulia. Dan of course orang pertama yang tahu ialah zul. Dia tak tanya pun aku ok ke tak tapi dia comfort aku dengan cara halus. Dia bagi aku lepaskan kesedihan dengan sentiasa berada di sisi aku. Yang paling penting mereka nak yang terbaik untuk aku.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now