Chapter 25

11 2 0
                                    

"I said stop calling me again. I already have my love one. Please get over it" zul sedang bercakap telephone di laman luar penthhouse. Haruslah aku dengar sebab zul menjerit-jerit melayan perangai si maya tu. Bukan aku tak tahu yang maya tu suka kacau laki aku. Kalau boleh nak mesej setiap hari. Nasib baik zul ni dah block dia kalau tak aku dislocate tangan gatal si maya tu. Yang tak boleh bla nya. Bukan maya je. Perempuan lain pun ada. Aduih...laki aku ni memeng lah hot tapi b0erpada-pada lah hubby oi. Siapa suruh pergi layan diorang dulu kan dah susah.

Zul menuju ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah aku. Aku buat tak tau je. Malas nak layan. Sakit hati. Dia memeluk aku sambil menyandarkan kepalanya pada bahuku.

"Abang cakap dengan siapa tadi?" Mataku masih memandang tv di hadapan.

"Maya, dia guna number lain untuk call abang" zul berkata selamba.

"Dia nak apa lagi" aku berkata geram.

"Dia nak ajak jumpa. Abang tahu sebab apa dia nak jumpa. Mesti nakg getback balik" aduih...sakitnya tuh disini.

"Habis abang nak pegi jumpa dia lah" aku bertanya dengan nada serius.

"Haah" aku memandangnya terkejut. Zul tergelak kecil. "Takkn lah abang nak jumpa dia. Nanti kalau baby girl ni marah macam mana. Bukan senang nak pujuk" zul berkata sambil mencuit hidung aku perlahan. Ku memuncungkan mulut. Mahu penyek hidung aku ni asyik kene dengan zul je.

Aku mencebik. "Ingat orang kesah ke" aku menyilangkan tangan ke dada.

"Tak kesah konon" zul berbisik. Ingat aku tak dengar. Aku menjeling tajam kearahnya. "Okok jom kita pergi dating. Lagipun lusa abang nak pergi dah" zul memujuk aku. Haah lah lusa dia nak pergi oustation. Huaaa...nanti mesti aku rindu dia.

"Jangan lah pergi abang" aku buat muka sedih. Aku mengelip-ngelip mata kelabu aku.

"Abang pergi sana buat kerja lah sayang. Kalau boleh abang pun tak nak pergi" zul pula buat muka kesian.

"Huaaaa" aku merengek dan memeluk zul erat. "Tak nak. Abang tak boleh pergi" aku menggelengkan kepala berkali-kali di dada zul. Dia mengusap rambut aku. Ni first time aku berjauhan dengan dia. Aku pernah rasa sedih macam ni. Itu pun waktu kecik dulu. Ummi dengan abah pergi oustation tak bawa kitorang. Tapi bila dah besar dah pandai jaga diri.

"Dah pergi siap. Kita nak keluar ni" zul cuba melepaskan pelukan aku tapi aku memeluknya lebih erat dan melingkarkan kaki aku pada pinggangnya. Aku menggeleng kepala beberapa kali. Enggan melepaskannya. Aku mendengar zul mengeluh.

Lalu zul mengangkat aku yang masih tergantung pada badannya. Asyik nak bermanja je aku ni. Aku pun tak tahu kenapa aku ni manja melebih pulak bila dengan zul. Ini kot orang panggil love syndrome. Asyik nak melekat je. Zul membawa aku ke wardrobe. Nak suruh aku tukar baju. Aku still tak nak turun.

"Sayang nak pakai baju apa?" Zul bertanya sambil menyelak baju didalam almari baju aku.

"Abang lah pilih" aku berbisik di telinganya.

"Sayang kita nak keluarlah. Kalau tak jadi keluar nanti semua salah sayang" zul seperti memberi amaran. Haih tergoda ke. Aku baru sakat sikit.

"Okok, i'm sorry" aku tersenyum kepadanya. Zul menggeleng sambil tersenyum.

"Yang ni ok?" Zul mengeluarkan cotton pleated long dress berwarna peach. Aku mengangguk setuju.

"Pandai abang pilih" aku turun dari dokongan zul dan mengambil dress yang dipegang olehnya.

"Ehh...biasa. tengok lah suami siapa" zul menjunkit kedua keningnya.

"Suami qisha aisha lah" aku mencuit dagunya dan terus menuju ke bilik air untuk menukar baju.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now