Chapter 11

15 4 0
                                    

Hari ni aku cuti. Aku rasa macam nak duduk rumah je lah tak nak pergi mana-mana. Malas. Aku bangun dari katil terus masuk bilik air. Lepas siap mandi aku turun bawah melihat sarapan dah siap dihidangkan. Sedapnya bau nasi goreng tomyam ni. Sah memang ummi yang buat.

"Bagus nya anak dara ni bangun bangun terus makan knn. Tak payah tolong ummi dengan bibik dekat dapur tu" aku tersengih sambil duduk dan mencedok nasi ke dalam pinggan. Memang tak tahu malu, aku tahu.

"Sorrylah ummi semalam sha tido lambat buat kerja" memang aku berjaga pun semalam sebab aku ada pegang satu kes ni yang belum selesai lagi. Ummi menggeleng mendengar alasan aku.

"Abah bila balik?" Abah yang duduk berhadapan aku yang sedang mengunyah nasi ditanya. Abah aku ni baru balik dari korea untuk settlekan bussiness kat sana.

"Malam semalam" abah berkata. Aku hanya mengangguk.

"Sha, hari ni tetamu istimewa nak datang rumah. Jadi kamu pakai elok-elok sikit nanti" tetamu istimewa mana pulak ni. Siapa yang istimewa sangat untuk abah ni.

"Siapa yang istimewa sangat tu" aku berkata.

"Haah, abah sha jeke yang pakai elok-elok. Faris tak payah pakai elok-elok lah maksudnya" faris menyampuk. Kami semua tergelak. Weyh kau nak pakai plastik pun akuvtak kesahlah. Tapi make sure tutup tempat yang sepatutnya tutup.

"Kamu tak payah pakai baju pun tak pe. Sebab yang nak datang tu bakal tunang sha" abah berkata gurau. Orang berada di meja itu terdiam.

"Tunang! Siapa abah?" Maira bertanya. Aku masih cuba untuk menghadam maklumat. Aku tengok ummi tak terkejut pun. Maksudnya ummi dah tahu tapi tak bagitahu aku. Aku ingat ummi dengan aku dah kamcing. Ishh...tapi takleh lawan lah aku dgn abah. Aku kan anak, abah suami.

"Nanti korang tengoklah dia sendiri. Dia kawan abah punya anak. Orangnya baik jadi abah yakin dia boleh jaga sha" abah aku berkata.

"No! Sha tak nak kawin dengan orang yang sha tak kenal" aku membangkang. Takkn aku nak kawin dengan orang lain sedangkan hati aku dah terpaut dekat orang lain. Zul. Ye aku mengaku memang aku suka dekat zul tapi salah aku sebab tak jujur dengan diri sendiri. Aku takut berdepan dengan perasaan sendiri. Aku takut untuk ambil risiko.

"Sha, ummi yakin sha akan suka dia. Ummi dah pernah jumpa dia jadi ummi tahu. Kamu terima ye, lagipun kamu tu bukannya muda lagi" ummi cuba memujuk aku.

"Sha nak naik dulu" aku malas nak bergaduh dengan ummi dan abah. Takut jadi anak derhaka.

Adakah ini bermakna aku tak ada jodoh dengan zul. Perlu ke aku berserah sahaja. Aku stress lah fikir pasal bende ni. Siapa pula mamat yang nak kawin dengan aku tu. Tak silap aku fakir dah ada dalam penjara.

~~~

"Sha! Tetamu dah sampai. Meh turun sini" ummi memanggil aku dari ruang tamu. Aku terperap je dalam bilik ni dari tadi. Aku terpaksa memakai jubah berwarna emas dan tudung colour creme sebab abah suruh pakai elok-elok knn. Aku turun tangga dengan muka monyok sebelum muka aku bertukar terkejut.

What the heck!

Apa mamat ni buat kat sini.

Mamat tu tengok aku balik. Kenapalah cantik sangat mata amber dia tu. Dahla harini makin hensem aku tengok dia. Pakai baju melayu babe. Sape tak cair. Aku melihat dia menunjuk tangan peace pada aku. Aku dah boleh naik gila sebab aku ingat aku kene kawin paksa, dia boleh bagi aku peace! Patutlah ummi yakin sangat aku suka budak ni. Sebabnya diorang pernah jumpa asa aku dekat hospital dulu.

"Kenapa tak cakap kau nak datang?" Aku bertanya pada zul.

"Susuriprise" dia berkata dengan muka excited dia. Aku ketawa sebab teringat kartun si nopal. Dia pun gelak sekali. Aku tak perasan mak ayah zul pun ada kat situ. Terus aku menyalami mereka.

~HIDDEN CHARM~Where stories live. Discover now