Aku membuka mata serta - merta apabila terdengar bunyi alarm phone. Aku matikan alarm tu. Aku gosok mata lepastu menggeliat kejap. Dari luar bilik lagi aku dah dengar bunyi tapak kaki mama naik tangga kayu tu untuk kejutkan aku.
"Mary, bangun sayang-" aku potong je ayat mama.
"Okay," Kataku. Aku dengar mama menjauh dari pintu.Aku capai tuala yang tersangkut di belakang pintu, lepaskan pakaian dan terus keluar bilik nak mandi. Aku nampak mama tengah masak kat bawah untuk sarapan kot. Aku masuk ke dalam bilik mandi. Pagi - pagi macam ni memang aku tak suka sebab sejuk tapi papa dah pasang pemanas air untuk kami so senanglah nak mandi walaupun sejuk.
Lepas mandi aku berdiri depan cermin yang dah berkabus sebab haba air panas aku guna tadi. Aku lapkan cermin tu dan aku nak gosok gigi. Masa aku tengah kumur - kumur dalam dua kali, aku terkejut sebab nampak lipas kat dalam singki.
"Aarrghh!" Kuat jugak aku jerit sampai mama ketuk pintu bilik air.
"Kenapa Mary?" Tanya mama.
"Ada lipas tadi," jawab aku. Aku dengar mama mengeluh.
"Lah, tu je ke? Dah lah. Pegi siap. Nanti tak sempat sarapan," ujar mama. Aku masih lagi menjauhkan diri dari singki.Kebetulan mama on the way nak pergi bilik dia terdengar aku menjerit. Aku keluar dari bilik mandi terus ke bilik aku. Aku bersiap nak ke sekolah sebab harini aku dah janji dengan Intan nak pulangkan iPod dia. Mesti dia dah sampai sekolah sekarang ni. Aku bukak tuala, sangkut balik kat belakang pintu, ambik pinafore, spender dan coli. Oleh kerana rambut aku ni panjang sampai ke bontot, cikgu Rosmah memang pantang nampak rambut macam pontianak. So dia buat peraturan di mana murid tidak bertudung diwajibkan ikat dan lebih elok sanggul rambut. Aku benci sanggul rambut aku ni.
Aku masukkan buku sejarah, BI dengan buku sains. Buku lain memang tak lah aku nak bawak sebab berat. Cikgu yang garang je aku bawak tapi cikgu BI tak garang, aku suka subjek BI. Sama jugak dengan Sains. Phone aku yang terlantar di atas katil aku capai, headset di tombol pintu aku ambik dan masukkan dalam beg pattern geometri warna hitam putih.
Aku buka langsir dan tingkap sebelum tinggalkan bilik aku. Aku tengok jam menunjukkan pukul 6:36. Boleh dikatakan lambat dah aku ni. Aku turun bawah dan melangkah ke dapur. Aku nampak mama dah sapu roti dengan Nutella. Nasi goreng yang mama masak tu aku tak sentuh langsung.
"Aih, Mary. Takkan kamu tak sarapan nasi?" Tanya Mama.
Aku menggeleng sambil mengunyah. Mama tuangkan susu HL dari dalam peti sejuk. Aku teguk sampai habis.
"Um, ma. Papa tak kerja harini?" Aku mencari kelibat papa yang selalu sibuk dengan kerja.
Aku rasa pelik lah jugak sebab orang macam papa ni mesti tepati masa. Papa selalu kerja and sometimes papa tak ada masa untuk aku dan mama.
"Papa cuti harini. Mama kamu yang mintak. Okay lah jugak sekali - sekala cuti rehat kat rumah," ujar papa sambil turun tangga menuju ke dapur.
Mama hidangkan nasi goreng kat pinggan papa dengan secawan kopi hitam. Aku tengok jam dah pukul 6:53. Serious, aku dah lambat ni!
"Mama, papa, saya pergi dulu, dah lambat ni. Bye!" Aku ambik roti Nutella lepas tu sumbat kat mulut. Aku pakai stokin dan kasut. Basikal purple aku ni aku sorong sampai ke luar pagar. Aku tutup pintu pagar. Headset dengan iPod Intan aku keluarkan. Aku sumbatkan headset ni kat telinga aku. Lagu Circles dinyanyikan oleh Post Malone berkumandang di telinga aku.
Aku mengayuh basikal dari rumah sampai ke sekolah. Sebenarnya tak lah jauh sekolah aku dari rumah. Dalam 4,5 minit macam tu sampai lah. Itu pun naik basikal. Kalau motor ataupun kereta mesti lebih cepat. Pukul 6 macam ni kereta dah banyak sebab ramai nak pegi kerja.
Runaway but we're running in circles,
Runaway,
Runaway,
Runaway,Sempat lagi aku nyanyi sambil mengayuh basikal. Lagu yang menghiasi telinga aku berhenti serentak dengan sampainya aku di destinasi. Aku rantai basikal aku di tempat letak basikal. Aku cari kelibat Intan. Dia berdiri depan pintu masuk dewan. Intan nampak aku serta - merta melambai.
"Woy Mary, ingatkan tak datang!" Sindir Intan.
"Sorry la beb!" Jerit aku dari jauh. Intan ketawa.Aku berlari mendapatkan Intan. Headset dan iPod aku dah masuk dalam beg. Takut nanti pengawas nampak aku bawak iPod, ada je yang dengki.
"Dah lama ke tunggu?" Tanya aku.
"Aku datang pukul 6:30 cam tu lah. Apalah sangat tunggu 30 minit tu," balasnya penuh sindiran. Aku tampar bahu dia.
"Tu lah. Siapa suruh datang awal sangat!" Kata aku.Aku dengar cikgu - cikgu melalak suruh pelajar berbaris dalam dewan. Semua pelajar nerds akan duduk depan. Pelajar macam aku, average, duduk kat tengah manakala pelajar macam kawan aku sorang nama dia Amirah tu selalunya kat belakang dan berpuak. Mujurlah Mira tak join kaum si Anita.
Dani datang mencium pipi aku.
"Kenapa lambat?" Dia tanya sambil menggenggam tangan aku. Aku tengok Intan.
"Kenapa tengok aku pulak?" Intan ni memang sial la.
"I lambat bangun harini. Penat," jawabku. Dani macam tidak puas hati.
"You malam buat apa je?" Tanya lagi. Aku terlintas idea nak bagi jawapan bodoh.
"Semalam I layan Netflix. Habis satu season I tengok," tipuku. Intan menahan tawa.
"Tip-" Tak sempat Dani nak habiskan ayat dia. Cikgu Aimi dah pegang mic."Pelajar lelaki, sila baris di hadapan. Sekarang!" Semua pelajar diam dan mengikut arahan.
Dani ni boyfriend aku dan jugak cousin Intan. Kitorang memang dah kenal. Even aku dan Dani pun dating sejak darjah 6 bila dia confess kat aku masa hari terakhir UPSR. Aku memang ada crush kat dia sebab dia cute dan muka dia babyface tapi aku pendam je. Last-last jadi boyfriend aku pulak.
Cikgu Aimi tak lah garang tapi dia tegas. Dia memang creepy bila ajar Math. Lagu negaraku, lagu selangor dan lagu sekolah bermain. Tiada satu pun pelajar yang semangat untuk menyanyikan tiga buah lagu tadi. Aku tengok seorang pengawas gemuk pendek 4 mata nama dia Ijat. Dia menguap banyak kali.
"Terima kasih. Kamu semua nyanyi dengan penuh bersemangat. Semua pelajar boleh duduk-" kata cikgu Aimi tapi terpotong dek kerana dewan bising dengan suara pelajar.
"Undur la babi!"
"Sempit bodoh kat sini!"
"Woy mangkuk!"
"Kau langgar je kurus kering tu!"
"Hey badak air ni!""-dengan senyap!" Cikgu Aimi menyambung ayatnya yang tergantung. Dewan serta merta senyap.
Intan macam biasa lah. Cermin mesti melekat kat tangan dia. Walaupun tudung dia dah perfect, tapi dia still kacau. Aku pernah tegur dia sekali...
"Intan, tudung kau dah ok. Tak payah la kacau,"
"Kau tak pakai tudung, tak tau macam mana susahnya nak betulkan tudung,"
"Tapi sekarang dah elok?"
"Hm, ni elok?" Dia tunjuk bucu tudung dia yang tidak tajam. Dia meniup ke atas untuk naikkan bucu tudung dia."Seterusnya saya mempersilakan cikgu Rosmah binti Madi untuk memberikan sepatah dua kata," kata cikgu Aimi. Cikgu gemuk tu berdiri dari tempat duduk dia untuk capai mic.
"Terima kasih, cikgu Aimi. Pertama sekali saya nak buat spotcheck untuk semua pelajar. Rambut, kuku, baju, lencana, nama, necktie, stokin, kasut dan beg pada minggu ini tapi saya tidak bagitahu bila tarikh- Intan Suryana! Baik awak simpan cermin tu sebelum saya pecahkan!"
Cikgu ni boleh pulak sambung topik yang dia nak sampaikan dengan dia marah kat Intan. Intan senyum malu dan menyimpan cerminnya kembali dalam beg.
"Um, Mary. iPod?" Bisik Intan. Aku baru teringat. Aku capai beg dan keluarkan iPod pink Intan.
"Thanks pinjamkan," kata aku. Intan menjelirkan lidah.Cikgu Rosmah masih lagi membebel. Jam menunjukkan pukul 8:00. Loceng berbunyi.
"Form 5 kena score A+ untuk SPM tahun ni-" ayat dia terpotong kerana loceng sekolah.
"baiklah. Masa mencemburui kita. Pelajar tingkatan 3 dan 5 stay di dewan ye? Form 3 akan ada taklimat tentang kelas form 4 dan form 5 ada ceramah tentang SPM. Tingkatan 4 boleh masuk kelas," aku syak cikgu Rosmah memang tak suka pelajar tingkatan 4. Semua budak form 4 bersurai macam semut jumpa bangkai.
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...