"Orang Melayu minta tolong Belanda untuk mengusir Portugis. Apabila berjaya, Belanda pulak ambik kesempatan untuk menjajah Melaka," Terang cikgu Azim. Kelas aku memang senyap waktu sejarah sebab diorang semua suka cikgu Azim bercerita. Well, aku pun.
"Ada soalan?" Tanya cikgu Azim. Semua menggeleng.
"Kira faham lah ni?"
"Ye, cikgu!" Semua jawab.
"Bagus. Saya nak mintak maaf sekali lagi sebab lambat masuk kelas awak. Saya merotan pelajar lambat datang ke sekolah tadi," oh lupa. Cikgu Azim ni guru disiplin tapi dia baik."Masa saya dah nak habis ni. Nak latihan tak?" Cikgu Azim mengemas barangnya yang bersepah atas meja guru.
"Tak nak, cikgu!" Semua jawab. Cikgu sejarah ketawa mendengar.
"Ok, Syafizan, Qamarul. Tolong cikgu angkat buku modul ni. Hantar kat kelas 5 Al-Falah," ujar Cikgu Azim. Ijan dan Qamarul ikut cikgu dari belakang.
"Cikgu keluar awal?" Tanya Mira. Cikgu Azim tengok jam dia.
"Saya bagi korang rehat awal-" tak sempat habiskan ayat dia, loceng sekolah berbunyi tanda rehat.
"Ok, kamu semua pergi rehat," kata Cikgu Azim.Aku tengok je Amani macam gelabah. Aku tanya lah dia.
"Kenapa Amani?"
"Rina. Dia tak sampai lagi," balas Amani.
"Dia tak datang lah tu," sampuk Adaw. Nama dia Adawiyah.
"Habis tu, ni beg sape?" Amani menunjuk beg Rina.
"Dia kat bilik guru kot?" Kata Mira.
"Maybe?" Ujar aku pula. Amani nampak tenang sikit.
"Ye lah kot?" Katanya lagi.
"Jom, kita rehat!" Adaw menjerit sebelah telinga aku.
"Intan. Tak nak join ke?" Tanya Amani. Intan macam biasa lah. CERMIN. Intan simpan cermin dia dalam kotak pensel. Kitorang on the way nak pergi serbu makanan makcik kantin yang tak berapa nak sedap tapi takde pilihan so bedal je lah.Kitorang sampai ke destinasi. Kantin sekolah macam biasa lah, penuh.
"Hai Mary,"
"Eh Mary,"
"Mary, hai!"
"Hai kak Mary,"
Satu sekolah kenal aku sebab aku buat cover lagu kat ig je. Kawan aku dah malas dengar suara-suara yang menyeru nama aku ni."Oh, hai Mary!" Ejek Mira. Intan ketawa terbahak - bahak.
Amirah memang macam ni mulut dia. Suka usik, ejek, sakitkan hati orang dan banyak lagi. Tapi Mira tak fake macam perempuan lain (Anita). Intan sebenarnya tak berapa nak suka si Mira ni sebab Mira suka usik dia.
"Wah. Kopok lekor habis, makcik?" Tanya Adaw. Makcik Kantin mengangguk.
"Woah. Laku ye kopok lekor makcik?" Tanya Adaw lagi. Makcik Kantin senyum je. Muka makcik kantin tu macam nak goreng je si Adawiyah ni tapi dia cover senyum."Beli milo je lah!" Aku terpaksa kuatkan suara sebab kantin bising sangat macam ada Ziana Zain tengah menyanyi kat sini.
"Takyah kot. Baik kau beli air mineral je," kata Amani.
"Kenapa?" Tanya Intan.
"Milo dia rasa macam air paip tapi warna milo!" ujar Amani. Budak pendek ni pun terpaksa kuatkan suara dia supaya Intan pekak ni dengar. Yeh, Intan pekak sikit sebab dia dengar lagu sambil tidur.
"Kau pernah rasa air paip ke?" tanya Mira.
"Hehe, cerita lama. Masa bulan puasa," balas Amani tersengih-sengih.Makcik Kantin dengar apa yang Amani cakap.
"Betul ke makcik yang air milo makcik tak sedap?" Ujar Intan.
Aku tak tahu lah si Intan ni menyindir ke atau dia betul - betul tanya.Kitorang gelak macam pontianak dengan soalan Intan. Kitorang beli roti gardenia butter je lepas tu kitorang balik kelas.
"Siapa lambat masuk kelas, suka Ijan!" Kata aku. Semua berlari masuk kelas. Aku sampai dulu, haha!Sesampainya aku di kelas, aku dapati kelas aku kosong. Aku penat dan duduk kat tempat aku. Meja aku berdepan dengan Intan. Sebelah kanan Intan ialah Hisyam dan sebelah kanan aku mestilah Dani. Sebelah kiri Intan ialah Mira manakala aku pulak Adaw. Meja kitorang bersambung.
Baru je duduk, aku nampak sampul surat warna pink. Dalam tu ada sepucuk surat yang wangi.
Dear Mary
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...