Cikgu Ramas tak datang hari ini so kelas kitorang riuh rendah ditambah pulak dengan tiada cikgu yang gantikan. Masa ni kitorang guna untuk berkenalan dengan Johan. Adaw, Mira dan Ijan berkumpul kat meja kitorang. Ijan duduk di antara Dani dan Hisyam samalah macam Johan manakala Mira duduk sebelah kiri dan Adaw duduk sebelah kanan Johan.
"Aku pernah nampak dia ni. Kau kenal aku kan?" Tanya Mira.
"Mestilah, Amirah kan?" Balasnya.
"Kau tengok, satu sekolah kenal aku tau?" Mula dah si Amirah ni berlagak. Johan ketawa sahaja.
"Korang memang rapat ye semua?" Tanya Johan.
"Mula-mula kitorang empat je. Tapi sejak si Dani couple dengan Mary jadi ramai lah. Dani pulak bawak member dia join lepak sekali. Sampailah aku jumpa dia ni," kata Intan sambil menggenggam tangan Hisyam.
"Eh Joe, kelas kau dulu ada awek yang cantik ke?" tanya Ijan tiba-tiba. Lepas je Ijan cakap macam tu, aku nampak muka Mira dah lain.
"Eleh kau, awek mana yang nak gigi terkeluar?" ejek Mira.
"Bodohlah minah ni. Sebok je pasal aku," kata Ijan.
"Aku tak biasa orang panggil Joe. Actually nama aku Johan Jamal. Sejak kecik lagi aku dah terbiasa orang panggil JJ," kata Johan. Qamarul datang membawa kerusi lalu duduk di sebelah Ijan.
"Citer apa korang ni?" tanya Qamarul. It's funny because dia guna perkataan 'korang' tapi dia pandang kat Adawiyah. Lagi satu Adaw ni kulit putih, kalau dia tengah blushing memang nampak lah.
"Kenal-kenal je," jawab aku.
"Diorang taknak join ke?" Johan menunjuk guna ibu jari ke belakang (Faris dan Akmal). Akmal dah tidur sejak cikgu Nilam keluar. Faris pulak melukis apa entah kat buku dia tu. Haritu Akmal pernah tengok buku tu tapi Faris tak bagi alasannya 'personal'.
"Ris, nak join kitorang tak?" tanya aku. Faris menggeleng sambil angkat buku latihan dia tu.
"Busy lah. Lain kali ajelah," balas Faris. Dia sambung buat kerja dia.Normalas dan Liling buat perangai diorang kalau takde cikgu iaitu keluar kelas. Aku tak tahulah. Diorang ni kalau takde cikgu yang masuk kelas, mesti buat tour satu sekolah ni. Tak pun, berjemaah pergi tandas dengan ketua diorang the one and only Anita. Alia je la yang duduk kat situ seorang diri. Nasib baik Rina dan Amani ajak dia study. Yes, Rina dan Amani tak join sebab diorang study. BOSAN.
Pintu kelas kitorang diketuk oleh dua orang lelaki. Aku rasa senior dan yang seorang tu macam pernah nampak.
"Ye, cari sape?" kata Ijan.
"Mary ada?" kata lelaki muka familiar tu.
"Nyah, kau kena panggil," ujar Ijan.
Aku berjalan ke arah dua lelaki senior tu.
"Hai Mary, ingat saya lagi tak?" kata lelaki tu. Aku baru teringat kenapa muka dia familliar sangat. Bukan sebab muka dia macam pelakon lelaki drama TV3 tapi sebab dialah yang aku jumpa semalam sebelum buat live ig tu.
"Adi rupanya. Abang senior?" Aku tak tahu kenapa terpanggil abang mungkin sebab dia senior kot.
"Ingat pun. Ni la Jonathan. Dia betul-betul minat kat Mary,"
Aku bersalaman dengan Jonathan. Tangan kirinya di belakang.
"You wear those earrings," katanya sambil tersenyum.
"Thanks sebab bagi. Saya suka sangat," kataku. Jonathan malu-malu kucing pulak. Tangan kirinya tadi ditunjukkan dan sekuntum bunga plastik yang jual kat koperasi harga seringgit setengah dia bagi kat aku.
"Abang pun tak paham la si Joe ni. Dia nak jumpa Mary sebab bagi ni je," kata Abang Adi.
"Takpe la bang. Saya bukannya busy pun. Thanks once again, Joe untuk bunga ni," kataku. Jonathan tersenyum sambil mengangguk. Cikgu Azim nampak Abang Adi dan Jonathan berdiri depan kelas aku.
"Buat apa tu? Korang tak masuk kelas ke?" kata cikgu Azim dari belakang. Abang Adi dan Jonathan terkejut lalu mereka balik ke kelas."Kau tak marah ke?" tanya Johan kepada Dani.
"Marah kenapa?"
"Ye la. Dia dapat bunga, hadiah... macam macam lagi lah." kata Johan.
"Takde la. Dah biasa. Lagipun tu kan fans dia. Aku tak kesah lah," kata Dani dengan selamba.
"Sape tu wey? Siap bagi bunga. Dia ke yang bagi earrings tu?" tanya Intan.
"Jonathan. Haah dialah yang bagi surat, earrings ni dan jugak bunga ni," ujar aku.
"Eh sama nama ngan Johan," kata Ijan. Semua gelak. Aku harap lepasni takdelah dua character yang tak berapa nak penting tu (Abang Adi dan Jonathan) muncul lagi. Diorang bukannya menggerakkan apa yang aku nak cerita ni.Aku skip part balik dari sekolah sebab takde apa-apa jugak yang menarik. Melainkan korang nak dengar ayat-ayat manis dari Dani. Cringe kot, baik tak payah. So aku dah sampai depan rumah. Macam biasa, aku parkir basikal kat tempat asal dan bukak stoking. Kali ni papa dah takde kat luar sebab kerja. Masuk je rumah aku nampak mama kat living room tengah berzumba.
"Mama, orang dah balik!" kataku.
"Oh hai!" mama masih menari sambil melambai aku. Peluhnya banyak keluar.
"Kalau nak makan, bukak tudung saji. Mama dah masak," kata mama.
"Okey,"
Aku bukak tudung saji. Mama masak ikan goreng je. Takpelah yang penting ada. Aku dah lapar gila ni. Aku ambik seekor ikan dan segenggam nasi. (Aku diet). Lepas makan, aku bawak beg naik atas dan mandi. Lepas mandi, aku bukak phone. Nampak je apps 'Photos' kat phone aku ni terus gelabah. Semalam ada orang masuk bilik aku. Dah lah kuncinya rosak. Notifications aku penuh dengan apps Instagram.📸 Instagram 11m ago
[j.j] johan_jamal started following you.📸 Instagram 23m ago
[adawiyah syuhadah] adwyh_ added to their story.📸 Instagram 1h ago
[baka_people] fareeyz02 liked your posted.📸 Instagram 1h ago
[baka_people] react to your story.📸 Instagram 2h ago
[milo tabur] miraai_jan posted for the first time in a while.Aku bukak apps ig dan buat live. Aku ceritakan dari A sampai Z cerita semalam. Komen komen banyak yang bagi nasihat. Ada pulak si Anita dalam live aku ni. 'Desperate Attention' dia komen? Lepas buat live ig, aku terus tidur sebab penat nak mampus. Panas pulak hari ni so aku bukak sliding window aku luas luas biar angin ribut masuk.
Aku terbangun dari tidur. Aku tengok jam menunjukkan pukul 9 malam. Lama sia aku tidur. Last aku ingat aku tidur pukul 3 petang. Aku iron baju untuk sekolah esok, kemas buku, dan ikat tie. Aku matikan lampu semula untuk sambung tidur. Sliding window aku tutup supaya tak jadi lagi. Aku menepuk bantal yang empuk dan terus merebahkan diri. Mata aku kembali berat. Di saat aku betul-betul dah nak tertidur, mata aku tertangkap satu lembaga yang sedang menolan sliding window aku. Lembaga itu kemudian masuk dalam bilik aku dan berdiri menghadap aku. Aku tak boleh gambarkan perasaan aku waktu tu. Aku menjerit sekuat hati sampailah lembaga tadi keluar semula ikut tingkap. Mama merempuh bilik aku dan memeluk aku. Aku dah tak ingat apa-apa lepas tu. Mama cakap aku pengsan...
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...