"kaki aku ni terseliuh lah masa lari dari pakcik pedo tu," JJ menarik air coke Hisyam.
"So kalau bukan Jay, siapa?" Tanya Mira memperlahankan suara.
"Sekarang ni kita kena buat list untuk cari suspek utama," JJ mengeluarkan pen dalam poket dan mula menulis di atas tisu.
"Dude, seriously what the fuck?" Kata Dani. Dia masih terpinga-pinga.
"Oh my god, kau jangan acah terkejut lah!" Adaw membaling fries ke muka Dani. Dani makan fries yang jatuh ke atas meja tersebut.
JJ menanyakan aku banyak soalan, kenalan dan lain-lain lagi. Nama kawan rapat aku pun ditulis atas tisu tu.
"Agak-agak lah weh kau nak tulis nama Intan. Dia mangsa kot?" Ujar Mira.
"Oh sorry," dia potong nama Intan.
"So orang-orang ni patut diawasi. Kalau korang tak percaya aku, aku tak kesah. Syak je, yang penting aku dah tolong," kata JJ sambil menghulur tisu kepada aku.
______________________________________
Mary's Stalker:
1. Faris
2. Anita
3. Normalas
4. Liling
5. I̶n̶t̶a̶n̶
6. D̶a̶n̶i̶
7. Akmal
8. JJ
______________________________________"Haa, nama kau pun kena ada!" Mira menambah nama yang ke-8. JJ menjeling.
"Hey stalker tu bukan lelaki ke?" Tanya Dani. Semua pandang muka aku.
"Aku tak sure sebenarnya. Tapi badan dia tu lelaki la,"
"Aight, let me fix it. Siapa yang stay kat rumah Mary sampai malam semalam?" Ujar Mira.
Dani dan Intan angkat tangan.
"Ok senang kerja aku,"
Si Amirah ni ambik tisu baru untuk buat senarai nama yang baru.
______________________________________
Mary's Stalker
1. Faris
2. Anita
3. Akmal
4. Qamarul
5. Hisyam
6. Ijan
7. JJ______________________________________
"Apasal ada nama aku?" Hisyam mengeluh.
"Tak tak, kenapa ada Anita?" Tanya JJ.
Semua pandang Mira. Mira buat-buat tak nampak.
"Tak baik do body shaming," Dani pula membuang fries ke muka Mira.
"Dia ada potensi jadi stalker Mary do," ujar Mira sambil makan fries yang dibuang tadi.
"Wak, nama saya ada dalam tu. Saya takkan sakitkan awak, Intan. Tolonglah," rayu Hisyam.
"Takyah gelabah la, Qamarul ngan Ijan pun ada la!" Ujar Adaw.
JJ mengangguk tanda setuju.
"Nama aku pun ada," ujar JJ.
Hisyam pandang JJ bengis gila.
"Kenapa aku takde?" Tanya Dani.
"Habis tu you lawan semalam tu diri you?" Kataku. Dani mengusap rambut aku sambil senyum.
"Okay, aku nak balik la. Mak mesti marah," kata Intan.
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...