xiii

47 2 2
                                    

lepas makan masakan Dani (which is sedap jugak la. nasi dan telur goreng je) aku membasuh pinggan ditemani Dani yang duduk di atas kabinet singki. Intan mengambil kain lap dan bersihkan meja makan.

"so sayang kalau i tanya, jawab betul-betul tau?" kata aku. Dani mengerut dahi seribu.

"soalan apa?"

"apa you buat dengan Jay kat dalam tadi?" tanyaku sambil menunjuk ke bilik stor. Dani menggaru kepala.

"nothing, why?"

"takkan tak ada apa-apa selama 7 minit tu?"

"i told him to stay away from you kot. tak ingat dah," jawapan acuh tak acuh Dani membuat aku terbeliak mata.

"what?" suaraku agak tinggi.

"dia selalu dekat dekat dengan you tau. takkan you tak perasan?"

"for god sake, what the fuck Dani?" aku berhenti mencuci pinggan dan lap tangan guna kain yang kering.

"yang you nak marah ni kenapa? i cakap benda betul kan?"

"dia tu kawan kita lah!"

"yeah whatever. i taknak cakap lagi pasal dia, okay?" Dani turun dari kabinet singki dan pergi ke ruang tamu. Intan masuk ke dapur sambil memegang kain lap tadi.

"kenapa nyah?"

"boleh pulak dia jealous dengan JJ?"

"overprotective lah sangat," Intan menyindir Dani. Boyfriend aku tunjuk jari tengah kat Intan.

Selesai pergaduhan kecil tadi, aku dan Intan mandi bersama sambil menyanyikan lagu anthem mandi aku, Aku Tak Percaya Cinta. (part chorus je weh yang aku tau) malam ni aku rasa selamat sikit sebab kehadiran diorang berdua ni. aku masuk ke bilik dan bersiap untuk tidur. Intan menepuk bantalnya sebelum baring di sebelah katil aku.

"weh, kejap tau. aku nak turun jap," kataku pada Intan. minah tu main phone je tak herankan aku.

aku turun ke bawah untuk memanggil Dani. dia belum mandi lagi. bau peluh memang kuat.
"biy, you better go home now," kata aku mengejutkan dia. Dani menoleh ke arah aku. nafasnya laju. dia berdiri di sebelah tingkap.

"sayang! terkejut i tau!" bisik Dani.

"kenapa?"

"ada orang berdiri kat luar pagar you,"

mendengar sahaja ayat itu, aku terkejut dan merapatkan diri dengan Dani. si dia tu datang lagi?

Dani memberanikan diri untuk membuka pintu depan. aku menangis merayu padanya untuk tidak buat kerja gila tu. Dani membuka pintu dengan cepat sambil aku melihat melalui tingkap rumah. kelihatan si dia itu terkejut dan terus berlari hilang dari pandangan.

"biy, he's already gone! tutup balik!" aku dah menjerit sikit. Dani menurut lalu mengunci pintu. dia memeluk erat tubuhku.

"tak payah balik, stay dengan kitorang," kataku sambil airmataku dikesat.

Intan berlari turun ke bawah setelah mendengar aku menjerit tadi.

"korang kenapa? gaduh ke?" tanya Intan. Dani menggeleng laju.

"aku tidur sini jaga korang,"

"hek eleh kau. acah hero lak," aku tampar jugak si Intan ni. orang tengah serious lah dia bergurau.

Selesai sahaja Dani mandi, dia duduk di kerusi malas yang berada dalam bilik aku. Dia mencuba untuk tidur. Intan sudah lama tidur dan berdengkur kecil. aku memang tak dapat nak lelapkan mata jadi aku main phone berharap supaya mengantuk. trick aku nampaknya berjaya apabila aku sudah mamai. dalam kepekatan malam, aku mengecilkan mata untuk melihat Dani tidur. tidur pun hensem.

Aku terbangun apabila mendengar pagar rumah berbunyi. mangga dan besi itu bersentuhan menghasilkan bunyi yang agak kuat pada malam yang sunyi itu. hanya kedengaran dengkuran kecil Dani sahaja. aku memalingkan badan dan pelik apabila Intan tidak berada di sebelahku.

aku bangun dari katil sambil memegang phone mencari di mana Intan. aku membuka pintu bilik, kelihatan Intan sedang meniarap sambil memerhati dari celah tangga. dia memalingkan pandangan melihat aku. matanya besar dan dia menekup mulutnya sambil memanggil aku guna tangan. aku agak panik. aku ikut meniarap sekali dengan dia.

"kenapa?" tanyaku berbisik.
Intan meletakkan jari di bibir tanda senyap. dia menunjuk ke depan. kelihatan satu figura hitam yang sedang menatap gambar-gambar di atas kabinet tv. gambar aku, mama dan papa. aku terkejut gila dan rasa takut.

"go get Dani," kata Intan berbisik. aku mula berundur perlahan-lahan. tiba-tiba, phone tak guna ni berbunyi menandakan notifikasi masuk.

suasana jadi senyap. even cengkerik pun tak berbunyi. nafas pun boleh dengar tapi Intan menahan nafas. aku terkejut dan bersuara sedikit.
Intan melihat dari celah tangga lagi tetapi lembaga tadi hilang. rupanya, dia sudah berada di bawah tangga. berdiri, sangat tinggi di dalam gelap.

"Mary, go get Dani!" jerit Intan sambil bangun dan menolak aku masuk bilik. aku berlari di koridor rumah sambil menjerit nama Dani. tangan Intan tidak aku lepaskan ketika berlari.

sampai dalam bilik, aku kejutkan Dani yang sedang lena tidur. dia terbangun.
"Dani, benda tu kat bawah!" kata Intan. Dani segera mengambil kayu di bawah katil aku dan turun ke bawah.

lampu bilik aku hidupkan. Dani di depan, aku kat tengah dan Intan belakang. setiap koridor aku hidupkan suis lampu. kami berjalan agak perlahan. satu-satu lampu aku hidupkan. koridor rumah yang biasa aku lalu nampak sangat menyeramkan sekarang. Dani mengeratkan genggaman kayu. kami bertiga menuruni anak tangga perlahan-lahan. apabila semua lampu sudah dipasang, terang benderang lah rumah aku jadinya. Dani meninggalkan aku dan Intan di atas anak tangga. dia menjenguk seluruh rumah.

"tak ada pape pun-"

"DANI, TUNDUK!"

nasib baik Dani mempunyai daddy refleks. serangan hendap lembaga hitam itu di elak. dia membuang peanut butter jar ke arah Dani.

serangan tersebut dari arah dapur. Dani segera mengejar lembaga tersebut. kelihatan lembaga itu sibuk mencari sesuatu yang ingin digunakan sebagai senjata. Dani dengan cepat memukul lembaga itu dengan penyapu kayu di kepalanya dan terus patah. lembaga tersebut pusing dan memegang pisau roti. lembaga tersebut berlari mengejar Dani sambil mengacu pisau. Dani mengangkat kerusi untuk menghalang serangan tersebut.

"call someone!" Intan menjerit.

aku terus mendail nombor kecemasan dan mama. aku ceritakan apa yang terjadi sekarang. Dani bertarung nyawa di dapur. Intan mengangkat fire extinguisher yang entah dari mana dia jumpa dan terus memukul kaki lembaga tersebut. pisau rotinya jatuh dan rasanya kaki lembaga itu terseliuh. paling teruk pun patah.

Dani menghentak badan lembaga tersebut menggunakan kerusi tadi. lembaga tersebut bangun dan menolak Intan sampai terjatuh. dia keluar mengikut tingkap dapur dan berlari sepantas kilat. Dani cuba mengejar lembaga tersebut. dia membuka pintu belakang. Dani melihat JJ memakai baju hitam sedang berlari di taman permainan.

"what? JJ?" Dani bermonolog. dia masuk ke dalam rumah semula dan mengunci pintu belakang.

kelihatan Intan tidak sedarkan diri di atas lantai dapur. Dani cepat-cepat mendapatkannya. nama aku dipanggil berkali-kali. aku menangis melihat keadaan Intan.

STALKERWhere stories live. Discover now