Hari ni hari terakhir aku bersekolah, well untuk minggu ni lah sebab hari Jumaat kitorang dah plan nak ponteng sekolah. Aku terbangun kerana mama ketuk pintu aku macam nak pecah pintu bilik aku sambil menyeru nama aku dengan kuat.
"Mary, wake up. You're gonna late for school!"
"Okay!"
"Sekarang dah pukul 7!"
Dengar je dah pukul 7 aku terus gelabah. Cepat-cepat aku bukak baju, ambik tuala pink belakang pintu dan berlari masuk bilik air. Aku punya nak cepat tu sampai air panas pun aku dah tak hidupkan. Memang menjerit lah aku masa kena air sejuk tu. (Terbalik, orang menjerit kena air panas, aku air sejuk pulak). Selesai mandi, aku berlari masuk bilik dan pakai baju sekolah. Phone yang tengah charge tu aku cabut masuk terus dalam beg. Aku bukak langsir dan biarkan sliding window tu tertutup rapat. Aku tengok cuaca pagi ni macam nak hujan. Guruh pun dah start berbunyi sayup-sayup. Aku turun tangga untuk ke dapur dan ambik sekeping roti nutella.
"Hati-hati pergi sekolah," ujar papa. Aku hanya menangguk sambil melambai mama dan papa yang tengah sarapan. Aku memakai kasut sambil mengunyah baki roti tadi. Aku ikat rambut panjang beach waves aku sampai paras bahu. Masa aku tolak basikal tu, aku nampak tayarnya pancit. Aku mencarut dalam Bahasa Mandarin sambil hentak kaki. Aku terus keluar dari rumah dan berjalan kaki sahaja ke sekolah. Tiba-tiba aku terserempak dengan classmate aku sorang ni bernama Faris yang sedang bawak scooter jenis Vespa Sprint 150 Carbon warna putih keluarkan baru pada masa tu (2019).
"Tak naik basikal ke?" tanya Faris. Aku menggeleng lemah.
"Kenapa?"
"Tayar pancit la, tak sempat nak pump. Takut tak sempat pegi sekolah," kataku. Dia memberhentikan scooternya.
"Naik ah,"
"Boleh ke? Tak menyusahkan?" tanya aku.
"Tanak sudah," dia mula berjalan perlahan meninggalkan aku.
"Faris!"
Dia berhenti lagi.
"Tau takut. Meh la! Aku taknak kena denda," kata Faris lagi. Aku cuba avoid dia ni sebab kitorang dulu ada history. (He confess but I reject him sebab dia confess tu masa aku dan Dani dah couple). Tapi dengan keadaan sekarang aku terpaksa lah ikut dia. Gerimis mengundang eh, hujan dan start turun. Aku dengan cepat naik atas scooter dia. Dia memecut laju ke sekolah. Hujan ni main-main pulak. Masa kitorang atas scooter tu bukan main lagi kuat hujannya. Bila dah sampai sekolah baru nak reda. Aku dan Faris hampir 100% basah. Aku turun dari scooter dia dan ucap terima kasih lepas tu berlari masuk dalam sekolah sementara dia cari parking untuk scooter dia. Pengawas empat mata Ijat tu berdiri depan pagar sekolah sambil pegang payung. Aku melangkah dengan berat hati masuk pagar sekolah.
"Kenapa lambat?" kata Ijat. Dia mengambil buku nota kecik yang penuh dengan nama pelajar. Aku tak tahu nak jawab apa. Time ni jugak lah lidah aku kelu.
"Aku accident. Mary yang tolong aku tadi," selamba Faris. Aku terkejut. Aku tengok dia jalan acah sakit kaki. Aku mengangguk mengiyakan sahaja.
"Teruk ke?" tanya Ijat. Muka dia macam tak percaya.
"Look, kitorang basah ni. At least bagilah masuk dulu. Agak-agak lah kau nak suruh kitorang berdiri kena hujan ni?" kata Faris lagi. Ijat akhirnya lepaskan kitorang tanpa tulis nama. Kitorang berlari masuk kelas.
"Thanks. Lagi sekali," kataku.
"No hal,"
Kitorang ketuk pintu kelas. Sekarang subjek Moral. Diorang subjek Pendidikan Islam lah. Aku masuk, letak beg dan ambik buku Moral terus masuk library (kelas Moral selalu kat situ). Sebelum keluar, aku dengar Faris dimarahi ustaz sebab lambat masuk. Dia bagi alasan yang sama, accident. Aku tersenyum sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
STALKER
Misteri / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...