Fuh. Siap jugak la kerja cikgu Ramas ni. Aku tengok jam dah pukul 2:48 petang. Aku bergegas ikat rambut, pakai perfume, bawak phone dan pakai lipstik sikit supaya tak nampak pucat bibir aku. Aku berjalan kaki sahaja untuk ke taman permainan yang agak sunyi kerana baru nak dekat pukul 3 kot, gila ke nak main kat taman ni panas-panas? Aku chat Jonathan yang aku dah sampai kat taman. Dia balas 'okehh'.
Tiba-tiba ada seorang lelaki yang agak kacak menegur aku. Rupanya macam Hafidz Roshdi (aku syak adik dia ni). Lelaki tu pakai cermin mata bulat macam Harry Potter. Dia agak tinggi dalam 170 cm gitu. Mukanya di hiasi dengan senyuman manisnya. Handsome gila! Dani if you read this, I'm sorry but he is so gorgeous!
"You're Mary right?" kata lelaki itu.
"Yeah," kataku sambil merenung menusuk ke dalam matanya.
"Oh hi, saya Adi. Joe mintak tolong saya untuk bagi awak benda ni," dia menghulurkan kotak kecik tapi nampak sangat eksklusif kepadaku.
"Um, apa ni?" tanya aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"I believe it's an earrings and also dia pesan suruh bagitau awak yang dia nak request awak nyanyi lagu favorite dia," kata Adi. Aku terkejut bila buka isi kotak itu. Anting-anting warna perak berbentuk bintang.
"Cantiknya! Ah by the way, mana Joe?" aku mencari kelibat Jonathan jika dia berdekatan.
"Oh, dia tak berani jumpa awak. Dia kata dia malu,"
"Kenapa pulak nak malu? Lagu apa dia nak saya cover?" tanyaku.
Adi memberikan aku sehelai kertas.
"ah, lagu ni. I'll look forward for this. Thanks Adi. And Joe," ujar aku sambil senyum manis.
"You're welcome. Saya pun minat awak jugak. hehe," katanya. Aku memeluk Adi sebelum berpisah.Aku berlari masuk ke dalam rumah dan terus buat live ig. Views makin naik dari 69 sampai 200 lebih dalam masa 2 minit live. Aku menunjukkan kotak tadi ke kamera.
"Guess what guys? Someone name Joe gave me this earring! Cantik kan? Untuk berterima kasih dengan Joe, aku akan tunaikan request dia," aku ambik phone dan letak atas keyboard dalam bilik aku. Aku mula bermain lagu Always Be My Baby dendangan Mariah Carey. Lagu ni la dia request aku nyanyi. Ruangan komen penuh dengan pertanyaan tentang siapa bagi kotak tu.
Selesai sahaja aku habis nyanyi, aku nampak komen dari Joe yang dia berterima kasih sebab dengar request dia. Bercerita lagi yang aku jumpa dengan Adi, lepastu aku teruskan dengan cover lagu Misha Omar (my favorite hehe). Views dah mula jatuh. Dari 7.9k jatuh ke 5.2k sahaja. Aku meminta izin untuk berhentikan live.
Habis sahaja live ig, Intan spam aku kat WhatsApp. Aku call Intan. Malas nak balas chat dia.
"Hello,"
"Ah hello," sahutku.
"Malam ni jadi tak?" tanya Intan.
"Malam ni ada apa je?" tanyaku pula.
"Kan aku nak buat kerja sains tu, kau teman la aku. Dani pun join sekali," balasnya.
"Alah kau ni. Tu je? Semata nak temankan kau buat kerja cikgu Ramas?"
"Dekat kot rumah kita, please la Mariam!" merayu pulak si Intan ni.
"Mariam abah kau!" kitorang bergelak ketawa di hujung talian.
"Abah-abah jangan main eh," gelak Intan.
"Hm yelah. Aku stay sampai lewat malam kot," ujarku.
"Tidur sini pun okey. Dah la. Bye bitch!"
"I wish aku boleh tidur kat sana, bye!"Sebelum ke rumah Intan, baik aku sedia untuk sekolah esok. Baju aku iron, buku dah kemas, tie dah ikat. Aku turun ke bawah untuk meneguk segelas air orange yang tak berapa nak fresh (selalu aku dengar fresh orange). Mama dan papa kat luar tengah makan pisang goreng sambil minum teh o panas. Aku datang dekat ke arah mereka.
"Mama, papa, malam ni saya nak gi rumah Intan la," kataku.
"Buat apa?" tanya mama. Matanya masih memandang phone.
"Study group,"
"With Dani?" tanya papa. Aku mengangguk.
"Korang tiga je?" tanya mama lagi tapi kali ni mama dah pandang aku.
"Yes,"
"Jangan lewat balik," kata putus mama. Dia sambung membaca artikel di Facebook.
"Maybe pukul 11,"
"Cepat balik, esok you sekolah young lady!" mama menekan suaranya. Aku gelabah jap.
"Okay, fine!" aku hentak kaki masuk rumah. Papa gelak je.8:33 PM
"Mama papa, gerak lu pape roger!" kataku di luar rumah. Aku gelak sendiri dengan ayat aku tadi.
"Sebelas malam paling lewat, okay?" mama bagi warning.
"Tidur kat sana boleh?" tanya aku mencuba nasib.
"Young lady, you're dating with Dani. Mama nak elak benda buruk jadi. Lagi satu, esok sekolah. Tunggu la masa cuti ye?"
"Aight ma. Bye," aku melambai mama sambil berjalan ke rumah Intan.Rumah dia dengan aku tak jauh pun. Langkah empat buah rumah je. Satu daripada empat tu adalah rumah kosong yang dah lama tak ada penghuninya. Ada orang pernah hisap dadah kat situ. Aku menekan loceng rumah. Kedengaran samar-samar suara garau yang bercakap di dalam. Let me open. Dia betul-betul nak kiss aku.
Pintu terbuka perlahan. Kelihatan seorang jejaka yang mencuri hati aku masa darjah 6 dulu. Rambutnya yang di biarkan jatuh tak berpomade, memakai rantai tali homemade bertuliskan Mary. Dia tersenyum melihat aku.
"Apa lah yang I dapat kalau I bukak pintu untuk you?" tanya Dani berpura-pura. Aku muncungkan bibir dan mendekati dia. Dia senyum lalu muncungkan juga bibirnya.
"Mentos or Double Mints?" tanya aku selepas mencium Dani.
"Teka la,"
"Mentos?"
Dani menggeleng sambil senyum menampakkan giginya yang rata. (Insecure jap dengan gigi dia ni sebab aku ada gigi lapis)
"Eclipse," jawab Dani sambil menarik tanganku untuk masuk ke dalam.Aku lihat Intan dan Mak dia basuh pinggan. Mak Intan tanya Dani.
"Siapa yang datang tu Dani? Gelabah betul bukak pintu ye?"
"Kawan Intan ni,"
"Sape? Suzila ye?"
"Mary lah, auntie!" kataku lalu peluk belakang mak Intan.
"Oh Mariam dah datang," Dani dan Intan gelak sahaja bila mak Intan panggil aku Mariam."Mak, Intan nak buat homework dulu. Mak basuh la pinggan yang lain ni," kata Intan sambil buka apron yang terikat di pinggangnya.
"Jangan bagi Dani masuk bilik korang ye,"
"Dani nak join gak buat homework! Akak ni," aku pelik jugak sebenarnya. Mak Intan ni adik kepada mak Dani, tapi dia panggil Kakak instead of Makcik.
"Kau nampak pisau ni Dani? Akak siat kulit kau kalau kau masuk bilik diorang tu," aku dan Intan gelak kuat nak mampus.
"Intan, kat meja je la kita study ye?" kataku. Dani merayu kepada Intan. Intan mengangguk sahaja lalu masuk ke bilik ambil buku sains.10:54 PM
Mak Intan dah masuk tidur. Aku, Intan dan Dani masih berborak depan TV. Lampu ruang tamu dan dapur Intan tutup. TV yang menyiarkan cerita Pontianak Harum Sundal Malam itu kitorang tak ambil peduli. Walaupun muka Maya Karin dalam tu boleh buat aku tak tidur sembilan hari. Aku dah tak sedar masa berlalu dengan cepat. Lepas je aku bagi buku sains aku untuk Intan (dan jugak Dani) tiru, kitorang lepak sampai dah nak pukul 11 malam.
"Beb, aku gerak dulu la. Mak aku bising lagi nanti kalau balik lambat," ujar aku sambil mengemas barang.
"Curfew sampai pukul berapa?" tanya Dani.
"11,"
"Okay la beb. Aku pun dah ngantuk ni. Dani kau hantar la dia balik, aku nak tidur awal," kata Intan sambil mengangkat punggung dari sofa.
"Tidur awal mende kau bodoh! Sekarang dah pukul 11," Dani membaling kusyen ke arah Intan.
"Bye beb. Bye sayang," aku berlaga pipi dengan Intan. Dani pulak aku cium pipinya.
"Hati-hati," ujar Dani.Aku keluar dari rumah Intan dan berjalan balik rumah. Masa tengah on the way tu, aku rasa macam ada orang perhati. Aku pandang belakang tengok-tengok kalau Dani berdiri kat depan pintu tapi hampa. Apa yang aku nampak adalah seseorang sedang keluar dari rumah usang tadi memakai hoodie warna hitam berjalan mengekori aku sambil tangannya berada di dalam poket. Jarak dia dan aku jauh jugak. Aku mempercepatkan langkah tapi orang tu mula berlari ke arah aku. Aku menjerit sambil berlari laju ke rumah. Nasib baik pintu tak berkunci. Aku terus lock dan naik atas masuk bilik lepas tu kunci. Aku baring berselubung dengan selimut. Aku terlalu ketakutan sampai tertidur.
YOU ARE READING
STALKER
Mystery / ThrillerMARY gadis yang cantik dan juga terkenal di sekolahnya kerana mempunyai suara emas. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu hari...