vi

66 4 4
                                    

"Beb, kau tak caye apa yang aku nak citer kat kau ni!" Intan berkerut dahi seribu.

"What?" tanya Intan. Aku menceritakan benda yang jadi semalam sama aku baru balik dari rumah Intan. Her reaction was priceless.

"Kau okay tak? Oh my god Mary!" Intan memeluk aku. Dia mengusap belakang aku.

"Sekarang dah okay lah. Tapi masa kena kejar tu aku menjerit kuat gila wey,"

"Yeah. Aku dengar ada orang menjerit semalam. Aku suruh la si Dani tu check lepas tu dia kata tak ada apa-apa pun kat luar," riak muka Intan memang menampakkan dia risau nak mampus.

"Dani, kau nampak apa semalam kat luar masa aku suruh kau check tu?" tanya Intan menampar lengan Dani yang sibuk bergelak ketawa dengan Hisyam.

"Kan aku dah cakap. Tak ada apa-apa. Just some random guy wear hoodie je," katanya.

"He was after me," kataku.

"He what?" Dani terus berhenti ketawa dan melihat aku dengan muka terkejut. Aku mengangguk lemah.

"Kau okey?" tanya Hisyam pulak. Dia pun dah berhenti gelak.

"Sekarang dah okay lah. Malam tu je," kataku sambil mengambil phone dalam beg. Harini Anita tak datang, patutlah kelas senyap je. Normalas pulak yang menggantikan tempat Anita. Dani dan Hisyam keluar kelas.

Aku bukak apps camera untuk bergambar lah apa lagi! Masa tengah nak tekan snap tu, aku perasan sesuatu kat sebelah button snap tu. Nampak macam gelap. Aku tekan untuk tengok gambar apa. Alangkah terkejutnya aku apabila aku nampak muka aku tengah tidur. Aku membuang phone aku kat atas meja.

"Kau dah kenapa?" tanya Intan. Dia mencapai phone aku.

"Kau tengok tu," kataku.

"iPhone kau retak?" tanya Intan.

"Tengok!" tengking aku secara tiba-tiba.

"Okay okay. Gambar kau tidur? Lawa gila posing kau. Sape yang tangkap gambar ni?" tanya Intan. Dia punya level lembap tu tak boleh bawak bincang.

"That's the problem! Sape yang gambar aku time tidur?" kataku separuh menjerit. Mata Intan membesar. Mulutnya ditutup.

Dani dan Hisyam baru masuk kelas nampak kitorang muka pucat. Dani datang rapat kat aku. Aku bagi phone tu kat dia. Dani scroll semua gambar masa aku tengah tidur.

"What the hell?" Hisyam merampas phone aku dari Dani. Dia jugak ikut terkejut dengan gambar tu.

"Adaw! Mira! Sini jap!" Intan memanggil mereka. Hisyam bagi phone aku kat Mira. Diorang scroll semua gambar aku tengah tidur tadi. Lebih kurang banyak jugak gambar tu di tangkap.

"Ew! Crazy stalker!" Mira membuang phone aku kat atas meja semula. Dia menggigil. Nafas aku turun naik macam kena serangan panik campur asthma.

"Baby calm down," Dani memeluk aku. Lengan Dani aku genggam kuat-kuat. Bila nafas aku dah reda, barulah aku lepaskan Dani.

"You pakai Dashing, right?" tanyaku. Dia ketawa sambil mengangguk. Tiba-tiba kelas aku senyap kerana ada seorang pelajar baru masuk. Semua mata memandang lelaki itu. Rambutnya ala-ala K-pop dan berkaca mata. Dia memandang semua muka yang ada dalam kelas ni. Matanya berhenti apabila nampak aku.

"Introduce yourself to the class," kata cikgu yang bertugas minggu itu, Cikgu Zayana Zain tapi kitorang panggil cikgu Zizi (aku tak tipu. Nama dia memang Zayana Zain).

"Saya Johan dari kelas 4 Biru. Saya pindah sini sebab nak belajar sastera," katanya.

"4 Biru ambik aliran apa ye?" tanya Ijan. Dia sengaja tanya.

"4 Biru ambik aliran Lukisan Kejuruteraan," jawabnya.

"Kenapa pindah sini?" tanya Normalas. Dia ni dah lama sekolah kat sini tapi nama cikgu pun dia tak ingat. (atau dia malas nak ingat sebab nama dia kan Normalas).

"Kan dia dah bagitau kat korang!" ambik kau kena marah dengan cikgu Zizi. Normalas senyum malu.

"Tapi meja dan kerusi kelas ni dah habis," kata Akmal. Cikgu Zizi memanggil Akmal dan Faris untuk angkat meja dan kerusi.

"Serious lah kau dari kelas LK masuk Sastera?" Aku setuju dengan soalan Qamarul. Aku pun terkejut jugak dengan budak baru ni. Jauh tu kelas LK nak ke Sastera.

"Yup," balasnya.

"Single ke?" tanya Rina dan Amani serentak. Lepas tu gelak.

"Dia plural!" kata Ijan. Dani dan Hisyam ketawa kuat gila diikuti dengan Qamarul. Johan senyum sahaja. Aku rasa dia tak faham kot jokes tu but that is fine.

Akmal dan Faris dah sampai sambil bawak meja dan kerusi untuk Johan. Cikgu Zizi tengok kelas kitorang.

"Semua cukup, cantik susunan meja korang ni. Takpe, meja tu korang letak je kat situ," cikgu Zizi menunjuk ke arah aku. Aku dah terpisah dengan Adaw dan Mira. Johan duduk di mejanya. Meja dia seorang sahaja menghadap ke depan.

"Aku Hisyam," Johan menyambut salam tangan Hisyam.

"Intan," Perempuan ni buat jari peace pulak.

"Aku Dani," Dani menghulurkan tangan untuk berjabat. Tangannya disambut.

"And I'm-"

"Mary, right?" katanya sambil melihat aku sedalam dalamnya. Aku mengangguk sambil senyum.

"She's taken," ujar Intan.

"Oh really? With who?" tanya Johan. Aku menunjuk ke arah Dani. Dia senyum malu. Johan mengangguk sahaja

"By the way ni phone siapa?" tanya Johan. Aku cepat-cepat ambil phone aku lalu masukkan dalam beg.

"Oh sorry,"

STALKERWhere stories live. Discover now