iii

84 3 0
                                    

"Aku mana ada fotostat lebih," kata Alia. Dia dari tadi tak lepaskan stick glue kat tangan dia. Adaw menghentak - hentak kaki balik ke tempat duduk dia di sebelah aku. Meja aku dengan Adaw ni ada satu ruang yang boleh Anita lalu (Anita ni gemuk sebenarnya).

"So, dapat tak?" Tanya aku.
"Aku dah balik tangan kosong sambil hentak kaki ni kau rasa aku dapat ke?" Balasnya. Betul juga. Si Adaw ni ambik keputusan untuk taknak hantar buku sains.

"Cuba mintak Anita," kata Intan. Adaw membesarkan matanya.
"Kau gila ke bitch? Perangai pun macam hantu, ada hati nak bagi aku kertas lebih?" Bisik Adaw.
"Ye do. Sejahat-jahat aku lah kan, aku tak macam dia tau," ujar Mira. Sebenarnya kalau Mira dengan Anita ni bergabung, memang sekolah ni adalah tempat yang paling tidak selamat di duduki kerana wujudnya dua makhluk yang digeruni oleh pelajar sekolah ni.

"Well at least try," cadang Intan lagi. Aku senyap je. Tak ada apa nak dicakapkan.
"Kiss my as-"
"Girls. Kamu dengar ke apa yang saya terangkan ni?" Kata cikgu Ramas. Dia memeluk tubuh sambil memegang pen marker biru yang telah banyak kali landing di atas kepala pelajar. Kitorang duduk tegak. Soalan dia tadi saja kitorang palau. Kelas jadi sunyi dan semua orang pandang kitorang.

"Kamu dah hantar buku ke?" Kata Cikgu Ramas. Aku tengok Adaw, mesti dalam kepala dia menyumpah seranah si Ijan dengan cikgu Ramas ni.
"Dah cikgu," kata Intan. Cikgu Ramas tak membalas. Dia teruskan mengajar seperti biasa.
"Fuh, nasib baik ada Intan!" Bisik Mira dengan riang. Dani meletakkan jarinya ke mulut. Semua mengangguk dan duduk tegak.
"Tunggu dia blah nanti aku join korang borak," ujar Dani. Semua mengangguk setuju.

Aku sebenarnya memang suka subjek Sains. (Bukan nak berlagak tapi aku tak pernah dapat B sebab selalu A je) Tapi yang membuatkan aku malas nak belajar Sains sebab cikgu Ramas ni. Dia mengajar macam malas nak mengajar. Nama dia sama dengan perangai dia, meramas pelajar (especially lelaki). Suara pun kecik. Haritu dia buat lawak tapi satu kelas diam, so Akmal (adik Anita) support cikgu tu.

"Mengapa kamu ketawa? Saya ada suruh gelak ke?" Sejak dari itu, Akmal hilang sense of humor dia.

"Ketua kelas, saya amanahkan kamu untuk jaga kelas ini. Saya akan keluar sebab ada emergency. Esok saya nak tengok kerja saya dah siap dan hantar kat meja saya," ujar cikgu Ramas.

"Baik cikgu," balas Ijan. Aku tahu dia memang talam dua muka. Depan cikgu baik betul tapi belakang cikgu, perghh kaw kaw dia maki.

Cikgu Ramas berjalan sambil betulkan sarinya yang tertiup angin. Adaw mendekati Ijan.

"Woy mangkuk, kau memang saje kan!"
"Kau ingat aku siap jugak ke bodoh?" ujar Ijan.
"Entah. Dia bukan semak pun. Esok kau hantar la buku tu," ujar Qamarul pula.
"Haah la Daw. Esok je la kita hantar. Ijan pun belum kumpul semua buku tu," kataku. Adaw menjeling Ijan tapi senyum pada Qamarul.

Adaw ada bagitau kitorang yang dia ada crush kat Qamarul tapi ada satu rahsia yang Adaw tak tahu pasal Qamarul ni. Dia berkemungkinan gay dan dah ada bf. (Aku syak bf dia Faris sebab diorang rapat semacam tapi tempat duduk jauh pulak). Qamarul kantoi dengan awek dia dulu yang kat phone dia video gay dalam file. Tak tahu betul ke tak tapi Qamarul ada cakap yang awek dia tu tipu sebab Qamarul tak bagi awek dia duit shopping. (Yeh, Qamarul anak orang kaya). Awek dia sekarang dah senyap sebab Qamarul bagi RM 12,000 and breakup with her. Khabar angin pasal dia gay tu dah mula senyap.

Dani ternampak surat pink tadi. Adaw menendang kaki aku dengan kuat.

"Ouch! Kenapa beb?" tanya aku sambil mengusap kaki. Adaw muncungkan mulut ke arah Dani.
"Mary, ni fan letter you?" tanya Dani. Aku mengangguk. Dani tersenyum.
"You dah ada first fan letter. I'm proud of you," katanya lagi. Aku agak terkejut.
"You tak baca ke isi surat tu?" tanyaku.
"Tu kan surat you. Buat apa pulak I nak baca?" ujar Dani. Makin sayang aku dengan Dani ni.
"I rasa baik you baca surat tu," cadangku. Dani mengerut dahi.
"Kenapa?"
"Kau baca je la ngok!" marah Adawiyah.

Dani menggaru kepalanya yang tak gatal masa tengah baca surat tu. Dia hidu surat pink tadi.

"Ni carrie junior en?" katanya.
"Kau pun perasan?" ujar Mira pula. Dani dan Mira bergelak ketawa pulak.
"Apa yang pelik dengan surat ni? Dia nak jumpa Mary je kan?" tanya Dani.
"Haah en," balas Adaw. Amira termenung kejap. Fikir pasal Ijan la tu.

Hisyam dan Intan join discussion yang tah apa-apa ni.

"So kau nak jumpa?" tanya Hisyam.
"Entah la Syam, aku tak sure lagi," balasku.
"Beb, aku rasa pegi je kot. Takpe, aku ikut kau sekali," kata Intan.
"Intan ikut you, tapi jangan dekat sangat. Maksud I, Intan kena undercover sikit," cadang Dani.
"Ni yang aku suka ni. Dah lama aku nak jadi spy," ujar Intan.
"Saya dah cakap, jangan tengok SpyKids banyak kali. Awak ni dah keracunan TV tau," kata Hisyam.
Semua orang ketawa terbahak bahak.

Anita yang duduk agak jauh dari kitorang nampak terganggu.

"Woy, kau ingat ni Pasar ke? Bising bodoh!" Tengking Anita.
"Eleh gemuk ni. Memekak aje," ujar Amira agak kuat.
"Tak tahu pulak shadow boleh bercakap kan?" kata Anita dengan group dia. Aku tengok diorang semua gelak paksa.
"Kau diam la Anita. Aku report nama kau kat cikgu!" marah Ijan. Dia backup Mira ke? Anita diam serta-merta. Okey, biar aku terangkan kedudukan kelas aku ni. (4 Merah)

Yeh, aku tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Yeh, aku tahu. Kelas aku ni kurang sangat orang. Ramai yang taknak aliran Kesusasteraan. Ini je la yang tinggal.

"Okay, aku dah decide nak jumpa dia petang ni. Tak perlu kot Intan ikut. Pape roger, deal?" putusku. Semua berkerut dahi.
"Sure?" tanya Dani?
"Yes, baby. I'm sure," kataku.
Tiba-tiba Mira menyampuk.
"Jap, sape nama dia tadi?"
"Jonathan," balas aku.
"Kau kenal ke?" tanya Hisyam.
Amira menggeleng.
"Kata kenal semua orang kat sekolah ni," ejek Intan sambil membelek-belek mukanya di cermin.
"Cermin tu aku pecahkan kejap lagi," selamba Mira.

STALKERWhere stories live. Discover now